Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kesan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tanda: bekas, jejak, cap, denai, tapak, tompok, surih, parut, tikas,

2. Bersinonim dengan akibat: hasil, padah, ekoran, kebaikan, keburukan, efek,

3. Bersinonim dengan pengaruh: akibat, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berkesan, keberkesanan, mengesan, mengesani, mengesankan, terkesan, pengesanan, pengesan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kesan1. tanda yg ditinggalkan oleh sesuatu, bekas: banyak ~ tapak kaki orang di tepi pantai itu; kelihatan ~-~ pahat pd tiang seri rumah itu; terdapat ~-~ jari pd senjata yg digunakan itu; 2. sesuatu (sama ada kebaikan atau keburukan) yg timbul drpd sesuatu keja­dian (keadaan, perbuatan, tindakan, dll), kesudahan (hasil, akibat) drpd sesuatu, efek: kebersihan akan memberi ~ yg baik kpd perniagaan; penderitaan rakyat adalah ~ besar drpd peperangan yg belum tamat itu; 3. pengaruh (pd pemikiran, sikap, watak, dsb) yg timbul akibat drpd menyaksikan (men­dengar atau membaca) sesuatu, efek: ~nya terlalu buruk, manusia tidak mempunyai kepercayaan lagi terhadap diri sendiri; puisi dapat memberikan ~ yg mendalam kpd pembaca; ~ balas kegiatan (perbuatan dll) yg timbul kerana didorong oleh sesuatu perbuatan (peristiwa) lain, reaksi, tindak balas; ~ gelombang bekas (jejak) gelombang; ~-~ kilat kesan-kesan sepintas lalu; ~ sampingan kesan yg turut timbul selain drpd kesan utama yg dikehendaki atau yg telah dijangkakan; berkesan 1. meninggalkan (menunjukkan) kesan atau bekas, meninggalkan bekas (tanda), berbekas: beberapa kali ia disebat tetapi sedikit pun tidak ~ pd kulitnya; 2. menim­bulkan hasil (kesudahan dsb) yg diharapkan, membawa kpd sesuatu perubahan (perkembangan dsb), efektif: kerajaan akan meneruskan langkah dan tindakan yg ~ utk meninggikan taraf hidup rakyat; pasukan tentera telah melancarkan serangan yg ~ ke atas musuh; 3. mendatangkan sesuatu penga­ruh kpd pemikiran (sikap, watak, dsb) seseorang atau sesuatu golongan dll (spt mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan, dll), efektif: kata-kata Mawi pagi tadi masih ~ benar di hatinya; keberkesanan perihal berkesan, berkesan­nya (sesuatu tindakan, perubahan, dsb): ~ sesuatu tindakan itu dapat dilihat drpd hasil yg diperoleh sesudahnya; Ujian Pencapaian Sekolah amatlah penting dr segi menilai ~ pengajaran dan pembelajaran KBSR; mengesan 1. meninggalkan atau memberi kesan; 2. mencari-cari (mengikut) dgn berpandukan kesan (bekas, jejak), mengikuti sesuatu yg telah berlaku (dgn fikiran, ingatan, dll), mengekori: dlm gerakan ~ pasukan keselamatan telah menjumpai satu pasukan pengganas; 3. = mengesani menandakan peredaran (perjalanan) atau kedudukan se­suatu benda (pd kertas dll): ~ perjalanan kapal angkasa yg baru dilancarkan oleh Amerika Syarikat; peraduan ~ bola yg dianjurkan oleh akhbar itu mendapat sambutan baik drpd pembaca; mengesani mengesan sesuatu, menjejaki: dia sering ~ semula perkembangan hidupnya seterang-terang yg dapat diingatnya; mengesankan meninggalkan kesan (bekas, tanda, gores, dll): berus yg bergetar itu ~ garisan berkelok-kelok di atas kertas; memperkesankan menyebabkan berkesan; terkesan mendapat kesan (setelah memer­hatikan, mendengar, dll): jika berlaku tindakan sekatan minyak, negara-negara pengimport minyak tidak begitu ~; pengesanan perihal atau perbuatan mengesan; pengesan sesuatu (alat dll) utk mengesan.Kamus Dewan Edisi Keempat
rosot; merosot 1. meluncur turun, gelongsor, menggelingsir: ia tidak sedar ketika anaknya ~ dr pangkuannya; 2. sangat banyak turun­nya, jatuh sekali (harga barang dll): harga getah sangat ~ tahun ini; 3. menjadi kurang sangat (hasil, pendapatan, pengaruh, dll): maka majalah itu pun mulai ~ pen­jual­an­nya; gengsi kami di luar negeri sangat ~ dan sentiasa menjadi bahan tertawaan; 4. semakin kurang (mundur), tidak maju (ke­pandaian, kesihatan, dll): kesihatannya se­makin ~; merosotkan menurunkan, mengurangkan, menyusutkan (harga, mutu, dll); kemerosotan perihal (kejadian dsb) me­rosot, keadaan merosot, kemerosotan: kesan-kesan ~ ekonomi; ~ disiplin.Kamus Dewan Edisi Keempat
antihistaminaubat yg digunakan utk mengu­rangi atau mencegah kesan histamina, ter­utama­nya dlm merawat alahan.Kamus Dewan Edisi Keempat
efek I(éfék) kesan: rancangan luar bandar jelas kelihatan ~nya di kampung-kampung.Kamus Dewan Edisi Keempat
tautanhasil bertaut, hubungan, kaitan, cantuman: kesan yg negatif ini mungkin ada ~nya dgn kejadian yg lalu;Kamus Dewan Edisi Keempat
penangan1 pukulan dgn tangan. 2 ki akibat atau kesan drpd sesuatu perbuatan: Biar dirasa ~nya disebabkan sifat degilnya itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cap I1. alat utk menurunkan bekas atau kesan tanda (tandatangan, nama, dll) dgn menekan­kannya di atas kertas (surat dll), tera: ~ ini dibuat drpd getah; 2. cetak, cetakan; huruf ~ huruf cetak (bukan huruf tulisan); kain ~ kain yg dicetak (tidak dibatik); tukang ~ tukang mencetak buku; 3. bekas atau kesan (tanda, gambar, tandatangan, dll) yg dibuat dgn cap: tiap-tiap surat perjanjian itu mesti ada ~ pegawai daerah, barulah boleh diterima; 4. tanda yg berupa gambar dll (utk barang dagangan dll): Datuk Ujang menghulurkan sebatang cerut ~ ayam; 5. ki ciri, sifat (keadaan, watak, dll); dgn demikian kelihatan ~nya keadaannya yg sebenarnya; ~ batu cetakan yg dibuat dgn batu, litograf; ~ dagang(an) tanda (gambar, nama, dll) yg digunakan dlm perdagangan (pd barang­barang dll); ~ jari bekas tekanan jari (utk ganti tandatangan atau utk mengenali orang yg memiliki jari itu); ~ kempa sl tera (cap) diraja kerajaan Melayu; ~ mohor a) cap kerajaan (tera kerajaan): Sultan Johor telah mengurniakan ~ mohor kpd Raja Melewar; b) cap pd mata wang; mengecap 1. membubuh atau menaruh cap, menjadikan bercap; 2. mencetak (buku, surat khabar, kain, dll): surat khabar Utusan Melayu telah ~ berita itu dgn huruf-huruf kasar di muka hadapannya; 3. memberi bertanda: bilangan gigi gear itu ada dicap pd gear tersebut; 4. ki menganggap sbg, menuduh atau menamai: Amerika sendiri mungkin dicap ingin menguasai Vietnam Selatan; kita boleh ~ dia sbg “sasterawan nakal”; cap-mengecap segala usaha cetakan, cetak-­mencetak; mengecapkan menerakan, mencetakkan; pengecapan 1. ark perihal (perbuatan, kerja, dll) mengecap(kan); 2. percetakan; 3. per­usahaan cap-mengecap, pencetakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
ironikeadaan atau kejadian yg menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yg dijangkakan dgn yg menjadi hakikatnya: ~nya jika “Dasar Belia Nasional” ini mahu diterima, maka dgn sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
pengembangorang yg mengembangkan (memperluas pengaruh dsb): pengaruh drpd kesan tatabahasa Melayu tradisional menjadi amat kuat dgn Za’ba sbg ~nya; ~ agama orang yg mengembangkan agama (dgn me­nyebarkan ajarannya dan menambah bilang­an penganutnya).Kamus Dewan Edisi Keempat
jejak1 bekas tapak kaki; bekas orang (binatang) berjalan; gerakan air bekas jalan perahu; kesan: Harimau itu tidak dpt ditangkap, hanya ~nya saja yg kelihatan. 2 hampir sampai atau hampir mengenai tanah (dasar dll): ~ bara hampir sampai ke dasar atau ke tanah (bkn barang yg digantung). 3 ki tingkah laku; tabiat; perangai: Anak itu mengikut ~ orang tuanya, menjadi pelaut. berjejak 1 meninggalkan bekas kaki; berkesan: Berjalan di atas pasir mesti ~. 2 menginjak (di); bertumpu: Kakinya tidak ~ di bumi. menjejak 1 mengenai atau mencecah (bumi, dasar dll); menginjak: Sauh yg dilemparkan itu ~ dasar laut. 2 sampai di; mengunjungi: Ini ialah kali pertama saya ~ tanah Semenanjung. 3 menyelidik; menyiasat: Pihak polis sedang berusaha ~ pencuri-pencuri itu. menjejakkan menginjakkan (kaki); melangkahkan: Orang Amerikalah yg pertama sekali ~ kaki di bulan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
1234

Kembali ke atas