Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.se.di.han] | کسديهن

Definisi : perihal sedih, kepiluan: bibirnya bergerak-gerak dan hidungnya kembang-kempis menahan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.se.di.han] | کسديهن

Definisi : perasaan atau keadaan sedih; kesusahan hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedih (kata nama)
Bersinonim dengan sedan, isak, sedu, sedu-sedan, tangis, senggukan, esakan.,
Kata Terbitan : sedih2, bersedih, menyedihkan, penyedih, kesedihan,

Peribahasa

Luka di tangan dapat diubat (= tampak berdarah),
     luka di hati siapa tahu?

Bermaksud :

Kesedihan atau kesusahan hanya seorang sajalah yang dapat merasainya.

 

Lihat selanjutnya...(2)

100

Nothing so bad but it might have been worse

Di sebalik malang yang menimpa, tentu ada kebaikan atau rahmatnya.

Dalam buruk ada baik

She was deeply depressed when her megastar fiancé dumped her. She had known him long before he became famous. But nothing so bad but it might have been worse. Her broken relationship has been trust into the limelight and opened doors to many lucarative offers from big companies. Now, she’’s crying all the way to the bank!

Dia dirundung kesedihan apabila tunangnya yang merupakan artis ternama telah meninggalkannya. Dia mengenali lama sebelum tunangnya itu menjadi terkenal. Tetapi dalam buruk ada baik. Kisah putus tunangnya itu menjadi perhatian ramai dan mengundang banyak tawaran lumayan daripada syarikat yang besar. Kini, rintihannya itu mengaut rezeki!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kesedihanperasaan atau keadaan sedih; kesusahan hati.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kesedihanperihal sedih, kepiluan: bibirnya bergerak-gerak dan hidungnya kembang-kempis menahan ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
kesedihanperasaan atau keadaan sedih; kesusahan hati.Kamus Pelajar
rasaiMn; merasai, merasaikan selalu men­derita (kesusahan dll), mengalami kesedihan: ~ kesengsaraan hidup; perasaian perihal merasai(kan), pe­nang­gung­an (kesedihan, kesusahan, dll): ia sudah dihanyutkan untung ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kedukaan1. perihal (sesuatu) yg men­dukakan, kesedihan, kesusahan hati, ke­dukacitaan: pd pemandangan patik ada juga sesuatu ~ tuanku; 2. ark dlm perkabungan, dlm kesedihan.Kamus Dewan Edisi Keempat
rintihan1. suara mengerang (kerana kesakitan dll), keluhan, keluh-kesah: kedengaran pula olehnya ~ dan igauan isteri­­nya; 2. kesedihan yg dilahirkan dgn kata-kata, jeritan, keluhan, ratapan: rintihan ang­gota kesatuan itu terhadap penindasan se­tengah-setengah pihak majikan; 3. ke­su­sahan hati, kesedihan: rintihan yg dideritai oleh segolongan manusia; suara itu penuh rintihan;Kamus Dewan Edisi Keempat
rintih I= rintihan 1. suara mengerang (kerana kesakitan dll), keluhan, keluh-kesah: kedengaran pula olehnya ~ dan igauan isteri­­nya; 2. kesedihan yg dilahirkan dgn kata-kata, jeritan, keluhan, ratapan: rintihan ang­gota kesatuan itu terhadap penindasan se­tengah-setengah pihak majikan; 3. ke­su­sahan hati, kesedihan: rintihan yg dideritai oleh segolongan manusia; suara itu penuh rintihan; merintih 1. mengerang (kerana kesakitan dll), mengaduh, mengeluh: di atas sebuah bangku, berbaring seorang laki-laki yg se­dang ~ kesakitan; 2. melahirkan perasaan susah (sedih), mengeluh, mengesah: mereka se­­lalu ~ kerana kesusahan; 3. sedih, pilu (suara): janganlah ketawa hai anakku, kata­­nya dgn suara ~; merintihi me­­­­­­­lahir­kan pe­­­­­­­­­­­­­­rasaan susah (sedih, kesal, kecewa, dsb) terhadap sesuatu: ~ nasib malang yg me­nimpanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kemasyghulan1. kesedihan (kesusahan, kesebalan) hati: ~nya itu diketahui juga oleh bapa angkatnya walaupun ia cuba menyem-bunyikannya; 2. menjadi (menderita) masy­ghul: ia masih sangat ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
sedihkesedihan perasaan atau keadaan sedih; kesusahan hati.Kamus Pelajar
kemasyghulanperasaan masyghul; kesedihan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678

Kembali ke atas