Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.se.na.ngan] | کسنڠن

Definisi : perihal senang, kebahagiaan, kegembiraan, keenakan, kepuasan: segala perintah dan hukumnya itu menuju kpd suatu perkara yg besar iaitu ~ hati bagi segala rakyat; ~ dan kemewahan hidup yg dirasainya itu ialah disebabkan oleh harta pusaka Mak Haji sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.se.na.ngan] | کسنڠن

Definisi : keadaan senang; kepuasan hati: Kalau tidak kerana berusaha, ayahmu tidak akan mendapat ~ spt sekarang ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senang (adjektif)
1. Bersinonim dengan mudah: gampang, ringan, ganyir, suang, lasuh, enteng,
Berantonim dengan susah

2. Bersinonim dengan suka: mesra, deman, setuju, gemar, cocok,
Berantonim dengan benci

3. Bersinonim dengan rehat: enak, nyaman, gembira, selesa, lega, sedap, menyenangkan, segar, seronok, nikmat, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan sesak

4. Bersinonim dengan bahagia: aman, tenteram, sentosa, baik, elok, aman makmur, mujur, beruntung, sejahtera, tuah, selamat,
Berantonim dengan huru-hara

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersahaja tenang, sedang, sederhana, tidak berlebihan, lugu, sewajarnya,
Berantonim dengan berlebih-lebih

Kata Terbitan : bersenang, bersenang-senang, menyenangi, menyenangkan, mempersenang, kesenangan,

Peribahasa

Tidur di kasur.

Bermaksud :

Mendapat kesenangan; beristeri orang kaya.

 

Lihat selanjutnya...(31)

203

Every flow must have its ebb

Kesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan.

Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa

He came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow must have its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever.

Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa. Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
merasai1. mengecap (makanan, minuman, dll), mencicip: alangkah puas hatinya ~ makanan masakan ibunya; rasai dulu kopi itu sebelum dihidangkan; 2. menikmati (kesenangan, kemewahan, kebahagiaan, dll): kesenangan dan kemewahan hidup yg di­rasainya itu ialah drpd harta isterinya; belum pernah ia ~ hidup senang spt orang-orang lain; 3. menderita (kesusahan, seng­sara, dll): barulah hamba ~ sengsara hidup di dlm penjara; mereka akan ~ duka nestapa yg tidak terkira-kira lagi; rasai olehmu balas­an kekasaran tingkahmu; 4. = merasa-rasai meraba-rabai (menjamah-jamah) hendak me­ngetahui dgn tangan dll: rasa-rasai dahulu dgn kakimu sama ada dalam atau tidak sungai itu; 5. ki menduga (mengajuk, meng­kaji, meninjau, dll) hati orang dll: drpd air mukanya, kita dapat ~ apa yg ter­kandung dlm hati perutnya; syor-syornya itu harus dirasa-rasai dulu sebelum dibuat keputusan; 6. mengalami rasa dlm hati (batin): dirasai­nya cintanya pd wanita itu kian lumpuh; 7. sl menyedari, menginsafi: duduk di Mesir kira-kira tiga bulan lamanya itu pun tiada dirasai oleh Laksamana;Kamus Dewan Edisi Keempat
kesenangankeadaan senang; kepuasan hati: Kalau tidak kerana berusaha, ayahmu tidak akan mendapat ~ spt sekarang ini.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kesenanganperihal senang, kebahagiaan, kegembiraan, keenakan, kepuasan: segala perintah dan hukumnya itu menuju kpd suatu perkara yg besar iaitu ~ hati bagi segala rakyat; ~ dan kemewahan hidup yg dirasainya itu ialah disebabkan oleh harta pusaka Mak Haji sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
kesenangankeadaan senang; kepuasan hati: Kalau tidak kerana berusaha, ayahmu tidak akan mendapat ~ spt sekarang ini.Kamus Pelajar
kemudahan1. perihal atau keadaan mudah, kesenangan (senangnya atau mudahnya se­suatu); 2. kesenangan, keselesaan: pihak yg tertentu hendaknya melengkapkan segala sesuatu utk ~ rakyat; 3. sesuatu yg memu­dahkan atau mempermudah sesuatu usaha (kegiatan dsb): pelbagai ~ disediakan utk projek ini; ~ awam perkhidmatan dan infra­struktur yg disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan utk keperluan orang ramai, spt bekalan elektrik, jambatan, jalan raya dsb;Kamus Dewan Edisi Keempat
kesejahteraankeselamatan, kesenangan (hidup dll), kesentosaan, ketenteraman: manusia mesti bekerja keras utk mendapat ~ di dunia dan di akhirat.Kamus Dewan Edisi Keempat
bunga kehidupankesenangan hidup;Kamus Dewan Edisi Keempat
senangkesenangan keadaan senang; kepuasan hati: Kalau tidak kerana berusaha, ayahmu tidak akan mendapat ~ spt sekarang ini.Kamus Pelajar
kemewahankeadaan mewah; kesenangan: Mereka bekerja keras utk mencari ~ hidup.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cantikdpt menimbulkan kesenangan atau kegembiraan kpd perasaan apabila dipandang; menarik atau manis (ttg rupa dsb); indah: Orangnya ~ serta berbudi bahasa pula. mencantikkan menjadi­kan cantik; mengindahkan. mempercantik menjadikan lebih cantik; memperindah. kecantikan hal atau keadaan cantik; keelokan; keindahan: ~ istana itu telah menjadi perhatian para pelancong. pencantikan perbuatan atau hal mencantikkan. pencantik sesuatu yg mencantikkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas