semiparasit | (sémiparasit) (Bio) parasit, khusus-nya beberapa jenis kulat, yg boleh juga men-jalani hidup sbg saprofit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khusus | (jamak bagi khas) khas, istimewa (utk seseorang atau sesuatu), tidak umum: kursus-kursus dan latihan itu ~ utk kaum wanita; persidangan pegawai-pegawai itu diadakan utk membincangkan masalah ekonomi, ~nya ekonomi luar bandar; badan-badan ~ badan utk tujuan (tugas, tanggungjawab, dll) yg tertentu; mengkhusus menjadi khusus, menjadi (merupakan) sesuatu yg bersifat khusus: teknologinya berkembang dgn sangat pesat dan ~; ~ kpd menuju kpd, menjadi tertumpu kpd, menumpu kpd; mengkhususi menumpukan usaha kpd bidang atau aktiviti tertentu: penyelidik-penyelidik yg ~ bidang geofizik; mengkhususkan menjadikan khusus (utk orang atau sesuatu yg tertentu), mengistimewakan, mengekhaskan: ia ~ diri dlmbidang kebudayaan; tempat yg dikhususkan bagi para jemputan khas; terkhusus terkhas, teristimewa, tertentu (utk sesuatu); kekhususan 1. perihal (sifat dsb) khusus: ~ sesuatu ilmu pengetahuan; 2. sesuatu yg (bersifat) khusus; pengkhususan perihal menjurus dlm sesuatu bidang; berpengkhususan mempunyai pengkhususan: syarikat tersebut berkecimpung dan ~ dlm bidang reka bentuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
umum I | 1. secara keseluruhan (tidak pd atau mengenai yg tertentu sahaja), bersifat menyeluruh, mengenai keseluruhan sesuatu, lwn khusus (khas): perbualan kami bersifat ~ belaka; penjelasan emaknya itu terlalu ~ dan tidak dapat meredakan kegelisahan-nya; pemandangan ~ pemandangan mengenai keseluruhan soal; pd ~nya pd keseluruhannya, ghalibnya, kebiasaannya; 2. khalayak ramai, orang banyak (bukan orang atau golongan tertentu sahaja): sebagaimana yg diketahui ~, di negeri ini cuma ada empat buah akhbar yg menyebarkan siarannya dlm Bahasa Kebangsaan; kepentingan ~ kepen-tingan orang banyak, kepentingan semua orang (tidak terbatas kpd orang atau golongan tertentu); rapat ~ rapat utk orang ramai; 3. berkaitan dgn orang ramai, utk orang ramai; pilihanraya ~ pemilihan (dgn cara mengundi) yg dilakukan oleh semua orang; rumah sakit ~ rumah sakit utk sekalian orang (bukan utk orang tertentu sahaja); 4. sudah diketahui oleh orang banyak, bukan merupakan rahsia lagi, sudah tersiar ke mana-mana: cerita itu sudah ~, tidak perlu diceritakan lagi; 5. biasa terdapat (digunakan dll) di mana-mana, sudah lazim, tidak asing lagi: sudah banyak perkataan Indonesia yg ~ dipakai di sini; seumumnya 1. sekaliannya, seluruhnya, semuanya: pendeknya perkara-perkara yg bersangkut-paut dgn kepentingan kebangsaan ~ diserahkan kpd kerajaan pusat; keten-teraman yg amat dihajati oleh manusia ~; 2. pd kebiasaannya, pd lazimnya, pd umum-nya; mengumumkan 1. memberitahu kpd orang ramai, memaklumkan, menyerantakan: beliau ~ hari ini bahawa pelajaran sains akan diadakan menerusi televisyen; 2. menyiarkan (dlm akhbar dll), menyebarkan: keputusan-keputusan lengkap peperiksaan akan di-umumkan dlm akhbar-akhbar tempatan; 3. menjadikan umum, menjadikan tersebar di merata-rata tempat, melazimkan; keumuman perihal (sifat dsb) umum, sifat menyeluruh (tidak khusus kpd sesuatu): ~ dan kekhususan tiap-tiap satu kemahiran itu tidak sama; ~ fasal-fasal yg terkandung dlm syarat-syarat dan peraturan-peraturan itu; pengumuman 1. perihal (perbuatan dsb) mengumumkan, pemberitahuan kpd orang ramai, pemakluman: kerajaan dijangka akan membuat ~ mengenai pelantikan itu tidak berapa lama lagi; 2. yg diumumkan: ~ dlm akhbar itu ringkas sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
atribut | 1. sifat (ciri) khusus pd seseorang atau sesuatu benda: kenyataan itu harus terdiri drpd jisim dan ~nya; 2. sesuatu yg menjadi lambang atau simbol: sifat yg kita anggap sbg ~ yg memberi sifat kpd golongan orang bujang; 3. kumpulan atau kelas manusia (tumbuhan dll) drpd berbagai-bagai tingkat kualitatif; 4. (Komp) nilai atau ciri tertentu data, struktur data, unsur model data, atau sistem; 5. (Komp) kata yg menerangkan cara sesuatu pemboleh ubah dikendalikan oleh komputer. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terhad | 1. ditentukan batas atau perenggannya, terbatas: kebebasan bekas tahanan itu ~ di dlm daerahnya sahaja; 2. khusus (utk): faedah drpd keuntungan syarikat kerjasama ~ utk ahli-ahlinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beza | /béza/ 1 sifat atau keadaan yg menjadikan sesuatu benda lain drpd yg lain: Cuba kamu nyatakan apa ~nya antara dua orang pemimpin itu. 2 ukuran atau kadar yg menjadikan beberapa benda tidak sama; selisih pd ukuran dsb: Berapa ~nya antara satu ela dgn satu meter? berbeza 1 tidak sama antara satu dgn yg lain; berlain: Segala perbuatannya ~ drpd yg dikatakannya. 2 tidak sama ukurannya; berselisih sukatannya: Waktu ketibaan mereka ~ lebih kurang dua puluh minit. berbeza-beza tidak serupa sama sekali; berlainan: Pendapat manusia memanglah ~. membezakan 1 menyatakan ada bezanya; menunjukkan bezanya: Dia sudah dpt ~ yg baik drpd yg buruk. 2 memberikan layanan yg tidak sama: Kita seharusnya dpt ~ tugas rasmi drpd tugas peribadi. membeza-bezakan menganggap tidak sama; melebihkan yg satu drpd yg lain (dlm memberikan layanan): Kita janganlah ~ teman kita, sama ada mereka itu miskin ataupun kaya. perbezaan keadaan atau sifat berbeza: Kekecohan itu timbul drpd ~ pendapat. pembezaan 1 perbuatan atau hal membezakan: ~ rakyat berdasarkan warna kulit tidak seharusnya berlaku dlm zaman moden ini. 2 ist (fasa) perkembangan sel bukan khusus menjadi sel khusus utk menjalankan fungsi tertentu. pembeza 1 orang yg membezakan. 2 alat yg digunakan utk membezakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
diploma | (sijil) kelayakan yg biasanya lebih rendah tarafnya atau lebih khusus sifatnya drpd ijazah: dia baru lulus drpd latihan pertanian dan ~nya terpampang di dinding rumahnya; dia mengikuti kursus ~ pendidikan di Universiti Malaya; berdiploma sudah mendapat diploma. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tawassul | Ar perihal berhubung dgn Allah SWT dgn mengamalkan ibadat khusus mahupun umum: dlm terminologi Islam, dlm terminologi Islam ~ bererti mendekatkan diri kpd Allah dgn mentaati dan beribadah kpd-Nya; bertawassul melakukan tawassul: Islam melarang ~ dgn menggunakan perantara yg ditegah oleh syarak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
persepsi | (persépsi) gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera), tanggapan: kekuatan imaginasi, kepekaan dan ~nya terhadap alam dan kehidupan memberikan gaya dan pengucapan yg khusus pd karya-karyanya; mempersepsi membuat gambaran (bayangan) dlm hati atau fikiran tentang sesuatu: objek-objek yg dipersepsi secara visual diterima tanpa soal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
had | 1. batas, perenggan: kesabaran manusia ada ~nya; ~ laju batas laju (kelajuan maksimum yg dibolehkan atau dibenarkan); 2. hingga (sampai) ke, setakat: boleh masuk ~ serambi sahaja; kain disingsingnya ~ lutut; ~ itulah yg terbaca oleh saya; berhad berbatas, berhingga: kekuasaan Tuhan tidak ~; syarikat ~ syarikat yg tanggungannya terbatas kpd modal dan hartanya sahaja (tidak meliputi harta peribadi pemiliknya atau pemegang sahamnya); mengehadkan 1. menentukan hadnya (banyaknya, luasnya, perenggannya, dll), membatasi: kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd 100 orang sahaja; percubaan ini dijalankan di dlm tempat yg dihadkan bekalan udaranya; 2. mengkhususkan, menguntukkan: seorang pekedai akan ~ jualan hutang kpd pelanggan-pelanggannya sahaja; ahli ekonomi kurun ke-19 mahu ~ tugas kerajaan kpd hal menjaga undang-undang dan keamanan negeri sahaja; terhad 1. ditentukan batas atau perenggannya, terbatas: kebebasan bekas tahanan itu ~ di dlm daerahnya sahaja; 2. khusus (utk): faedah drpd keuntungan syarikat kerjasama ~ utk ahli-ahlinya; keterhadan perihal (keadaan) terhad, keterbatasan: ~ dan kelemahan manusia; pengehadan perihal mengehadkan, pembatasan: perintah ~ kediaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |