kod pesanan(order code) | 1. Nama lain untuk kod pengendalian atau kod perintah sistem. 2. Kod unik yang digunakan untuk mewakili pesanan dalam pangkalan data bagi urus niaga tertentu. | Kamus Komputer |
kod p(p-code) | Kod khas yang diperoleh daripada penterjemahan fail kod sumber yang dilakukan oleh penyusun. Pentafsir khas pada komputer hos diperlukan untuk menukarkan kod p kepada kod objek yang boleh dilaksanakan. | Kamus Komputer |
kod makro(macro code) | Kaedah pengekodan atur cara. Dalam kaedah ini, suatu kumpulan suruhan mesin dikodkan untuk diwakili oleh kod tertentu. Kod ini kemudian boleh digunakan di mana-mana bahagian atur cara seperti suruhan mesin sistem yang asal. Kaedah ini membolehkan suruhan mesin baru diwujudkan dalam atur cara. | Kamus Komputer |
kod bermagnet aksara(character magnetic code) | Kod aksara berdasarkan sistem kod bermagnet. | Kamus Komputer |
kod ASCII(ASCII code) | Set kod tujuh bit yang mewakili 128 corak aksara. Kod ini digunakan sebagai piawaian kod aksara bagi membolehkan data dipindahkan antara sistem-sistem komputer tanpa masalah pengenalan. | Kamus Komputer |
ASCII terluas(extended ASCII) | Skim pengekodan aksara yang mengembangkan set kod ASCII asal menjadi 256 aksara dengan penggunaan kod 8 bit. 128 kod aksara tambahan ini, yang dikodkan dengan bit tertingginya bernilai satu, mengandungi aksara grafik, aksara Greek dan set huruf bahasa asing yang tidak menggunakan huruf Rumi. | Kamus Komputer |
kod warna | kod yg menggunakan pelbagai warna sbg cara utk mengenal pasti komponen, objek dsb yg berlainan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kod Morse | kod yg terdiri drpd titik dan sempang yg digunakan dlm pengiriman berita dll menerusi telegraf; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kod warna | sistem kod yg menggunakan pelbagai warna sbg cara utk mengenal pasti komponen, objek dsb yg berlainan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kod Baudot(Baudot code) | Kod telekomunikasi kuno yang terdiri daripada kod aksara lima bit yang biasa digunakan dalam sistem telegrafi dan telepencetak. | Kamus Komputer |