data kom(data comm) | Singkatan bagi komunikasi data. Lihat komunikasi data. | Kamus Komputer |
siarawan | (Kom) orang yg terlibat secara lang-sung dlm aktiviti merancang, menyediakan dan menyiarkan rancangan utk disalurkan melalui media elektronik: kebebasan ini sudah disalahgunakan oleh ~ stesen radio swasta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telemetri | (télémetri) (Kom) pemancaran, peng-hantaran dsb data dr atau ke satelit, stesen angkasa dsb dgn menggunakan gelombang radio. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
output grafik | hasil janaan komputer dlm bentuk cetakan atau plot grafik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
katabolisme | (Bio) pemecahan bahan kompleks menjadi bahan ringkas dlm organisma hidup utk menghasilkan tenaga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anabolisme | (Bio) pembinaan sebatian kompleks drpd bahan ringkas dgn menggunakan tenaga, mis pembinaan protein drpd asid amino. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
piridoksina | (Ubat) salah satu vitamin B kompleks yg banyak terdapat dlm hati, jagung dan susu, dan berfungsi sbg koenzim dlm sintesis asid amino drpd karbohidrat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
celik komputer | pandai atau tahu menggunakan komputer; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyiaran | 1. perbuatan menyiarkan: ~ agama Islam di Tanah Melayu; 2. (Kom) aktiviti mengadun dan memancarkan rancangan radio dan televisyen kpd khalayak di sekitar kawasan yg dapat diliputi oleh alat penerima siaran dgn menggunakan sistem analog, satelit atau kabel; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pepijat II | (Komp) 1. kesilapan yg terdapat dlm perisian, sistem atau perkakasan komputer; 2. peranti elektronik yg tersorok di tempat tertentu utk menangkap perbualan orang secara rahsia, spt dlm pengintipan; ~ alaf gangguan terhadap perisian atau sistem komputer yg dijangka berlaku akibat perubahan tarikh apabila bermulanya abad ke-21 sehingga boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |