taklik I | taklik I Ar perjanjian (kahwin dll) atau pengakuan gugurnya talak dgn janji (spt ke darat enam bulan ke laut setahun, tiada berita, talak gugur dgn sendirinya): dgn ~ kaum perempuan boleh melepaskan dirinya drpd kongkongan suami yg tidak disukainya; hukuman ~ hukuman yg dikenakan dgn perjanjian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyokong | 1 apa-apa yg digunakan utk menyokong; sokong. 2 orang yg memberikan sokongan atau bantuan; penolong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kontra | menentang, melawan, tidak menyokong (menyetujui): kecamannya yg keras menunjukkan sikapnya yg ~ terhadap perjuangan kita; ~ nasional menentang negara; ~ revolusi menentang revolusi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengampu | 1. penahan, penyangga, penyokong; ~ susu baju dalam perempuan, coli, kutang; 2. orang yg memerintah negeri; 3. orang yg menjaga keselamatan seseorang, wali, orang tua; 4. orang yg mengangkat-angkat (suka menyanjung) seseorang, orang yg mengampu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tumpil | Jk sesuatu yg digunakan utk menyokong (menyangga, menopang, dll), galas, sangga, sokong, tunjang; menumpil menopang sesuatu (supaya jangan rebah, runtuh, dll), menyangga, menyokong, menunjang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tiang | 1. kayu yg dipasang tegak utk menyokong sesuatu bahagian bangunan (spt lantai dll): kesemua ~ rumah itu drpd kayu jati; 2. tonggak (drpd kayu, besi, dll) yg ditanam atau didirikan tegak utk kegunaan tertentu; ~ bendera tiang utk mengibarkan bendera; ~ telegraf (telefon) tiang utk digantungkan wayar telegraf (telefon); mengibarkan bendera setengah ~ menaikkan bendera ke takat separuh tiang (sbg alamat berdukacita atau berkabung); 3. kayu dll yg didirikan tegak dlm kapal utk memasang layar; 4. ki orang atau sesuatu yg menjadi unsur atau sumber kekuatan (kesempurnaan dll) sesuatu: pemuda harapan bangsa, pemudi ~ negara; ~ agama solat (dlm Islam); ~ agung tiang kapal yg terpenting; ~ balai badan penasihat yg terdiri drpd empat orang utk menasihati Undang di Negeri Sembilan; ~ beralas tiang rumah yg berasas (berlapik) batu; ~ gantung tiang yg tidak jejak ke tanah (utk menyambung bahagian tambahan rumah kpd rumah ibu); ~ gol satu drpd dua tiang yg dihubungkan dgn kayu palang utk matlamat tendangan bola; ~ guntung tiang perahu yg papak pd puncaknya; ~ kampung orang yg tertua dlm kampung; ~ negara orang dll yg menjadi sumber kekuatan negara; ~ seri (tengah, sendi rumah) tiang rumah yg mula-mula sekali didirikan (letaknya di tengah-tengah rumah); ~ topang tiang depan (perahu); ~ pandak hendak menyamai ~ panjang prb hendak meniru-niru orang kaya (orang besar-besar); bertiang mempunyai tiang, ada tiangnya; bertiangkan mempunyai atau menggunakan (sesuatu) sbg tiang, bertonggakkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
namun | 1 sungguhpun; meskipun; walaupun: Banyak bahagian Hong Kong yg berbukit bukau, ~ demikian, lebih 3.7 juta orang tinggal di tanah jajahan yg kecil itu. 2 tetapi: Walaupun Laksamana Hang Tuah telah lama meninggalkan kita, ~ nama dan semangat kepahlawanannya tetap hidup dlm ingatan seluruh bangsa. 3 asalkan; sekadar: Apa kehendakmu kuberikan, ~ jangan juga aku kaubunuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
alat ujaran | alat atau bahagian dlm rongga mulut dan kerong-kong yg dapat menyebutkan perkataan atau mengeluarkan bunyi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penumpu | 1. orang yg menumpu (memberi bantuan, sokongan, dll), pembantu, penyokong; 2. sesuatu yg digunakan utk menumpu (menumpukan) kaki dll, pengampu, penunjang; 3. (Fiz) sesuatu yg digunakan utk memusatkan pancaran cahaya dll (kanta dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
namun | 1 sungguhpun; meskipun; walaupun: Banyak bahagian Hong Kong yg berbukit-bukau, ~ demikian lebih 3.7 juta orang tinggal di tanah jajahan yg kecil itu. 2 tetapi: Walaupun Laksamana Hang Tuah telah lama meninggalkan kita, ~ nama dan semangat kepahlawanannya tetap hidup dlm ingatan seluruh bangsa. 3 asalkan; sekadar: Apa kehendakmu kuberikan, ~ jangan juga aku kaubunuh. | Kamus Pelajar |