menanggungkan | 1 menyerahkan segala tanggungjawab kpd; membebankan sesuatu kpd: Perbelanjaan utk membina jambatan itu akan ditanggungkan kpd penduduk kampung itu sendiri. 2 meletakkan kesalahan dsb kpd: Kerugian yg dialami oleh perusahaan itu ditanggungkan kpd pengurusnya. 3 menyerahkan harta milik sbg sandaran hutang; menggadaikan: Dia terpaksa ~ tanah dan rumahnya kpd bank utk mendapatkan hutang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
khianat | perbuatan menganiaya orang lain; perbuatan belot atau tidak setia (kpd kawan, bangsa, negara dsb): Jangan sekali-kali kita berbuat ~ kpd bangsa dan negara. berkhianat berbuat khianat: Dia tidak suka ~ kpd sesiapa juga. mengkhianati berbuat khianat kpd; tidak setia kpd: Dgn membelot kpd pihak musuh, kamu telah ~ bangsamu sendiri. pengkhianatan perihal (perbuatan) mengkhianati: Seseorang yg baik tidak mungkin melakukan ~. pengkhianat orang yg berbuat khianat; orang yg tidak setia; pembelot. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengkhianati | berbuat khianat kpd; tidak setia kpd: Dgn membelot kpd pihak musuh, kamu telah ~ bangsamu sendiri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berguru | 1 belajar kpd; (pergi) menuntut ilmu kpd: Banyak orang yg ~ kpd Haji Hussain. 2 berbuat atau berlaku spt guru: Dia sebenarnya bukan guru tetapi pandai ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menujukan | 1 membawa sesuatu ke arah tertentu; mengarahkan ke: Ia ~ kapal itu ke Pelabuhan Kelang. 2 mengalamatkan kpd; menyampaikan kpd: Bakar ~ surat itu kpd ibunya di kampung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kitab | 1 buku suci yg di dlmnya terkandung hal-hal yg berkaitan dgn agama: Tuhan telah menurunkan ~ Taurat kpd Nabi Musa, Injil kpd Nabi Isa, Zabur kpd Nabi Daud dan Quran kpd Nabi Muhammad SAW. 2 buku ttg berbagai-bagai ilmu pengetahuan: ~ ramalan buku yg digunakan utk meramal atau melihat nasib. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertuhan | percaya kpd Tuhan: ~ kpd menyembah, memuja atau mendewakan sesuatu sbg Tuhan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sedekah | apa-apa yg diberikan kpd orang (biasanya kpd orang-orang miskin) dgn hati yg tulus ikhlas. bersedekah mengeluarkan atau memberikan sedekah. menyedekahi memberikan sedekah kpd: ~ orang-orang miskin. menyedekahkan memberikan sesuatu sbg sedekah: Dia ~ wang lima puluh sen kpd pengemis itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
takwa | ketaatan kpd perintah dan larangan Allah (kerana takut, kasih dan hormat kpd-Nya). bertakwa menaruh perasaan takut, kasih, hormat, serta patuh kpd Allah: Sesungguhnya orang yg paling ~ kpd Allah ialah orang yg benar-benar taat kpd perintah-Nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Tuhan | Allah yg mencipta alam semesta: ~lah yg menjadikan kita semua. bertuhan percaya kpd Tuhan: ~ kpd menyembah, memuja atau mendewakan sesuatu sbg Tuhan. bertuhankan 1 percaya akan sesuatu sbg Tuhan: ~ Allah. 2 ki mendewa-dewakan; terlalu mementingkan sesuatu lebih drpd memikirkan Tuhan: ~ wang ringgit. mempertuhan menyembah atau menganggap sesuatu sbg Tuhan. ketuhanan 1 sifat keadaan Tuhan. 2 segala sesuatu mengenai Tuhan: ilmu ~ ilmu mengenai Tuhan dan agama. 3 kepercayaan atau kebaktian kpd Tuhan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |