faedah | /faédah/ 1 sesuatu yg mendatangkan kebaikan; guna: Buah kelapa banyak ~nya. 2 sejumlah wang yg diperoleh apabila menyimpan wang di sesebuah bank dll (utk jangka masa tertentu); bunga; laba; untung: Bank perdagangan memberikan kadar ~ yg tinggi utk wang simpanan para pelanggannya. 3 sejumlah wang yg perlu dibayarkan apabila meminjam wang dr bank dll: Kebanyakan bank mengenakan kadar ~ 10% utk wang yg dipinjamkannya. berfaedah mendatangkan faedah; memberikan kebaikan atau keuntungan; berguna: Tidak ~ lagi kita menunggu di sini kerana sudah sebegini lama, yg ditunggu tak kunjung tiba. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
faedah | /faédah/ 1. sesuatu yg mendatangkan kebaikan; guna: Buah kelapa banyak ~nya. 2. sejumlah wang yg diperoleh apabila menyimpan wang di sesebuah bank dll (utk jangka masa tertentu); bunga; laba; untung:Bank perdagangan memberikan kadar ~ yg tinggi utk wang simpanan para pelanggannya. 3. sejumlah wang yg perlu dibayarkan apabila meminjam wang dr bank dll: Kebanyakan bank mengenakan kadar ~ 10% utk wang yg dipinjamkannya. berfaedah mendatangkan faedah; memberikan kebaikan atau keuntungan; berguna: Tidak ~ lagi kita menunggu di sini kerana sudah sebegini lama, yg ditunggu tak kunjung tiba. | Kamus Pelajar |
hampa | 1. kosong, tidak berisi: ketika pagi hari dilihatnya lukahnya ~; padi yg ~ itu dibuangkan; 2. = ~ hati ki kecewa: alangkah ~ hatinya apabila orang yg ditunggunya tidak kunjung tiba; 3. ki tidak ada hasil, sia-sia, gagal: rombongan peminangan itu pulang dgn ~ kerana peminangan mereka ditolak; dgn tangan ~ tidak berhasil, tidak mendapat apa-apa; 4. ki tidak berilmu, bodoh, dungu: tidak ada gunanya bertanya pd orang yg ~; ~ beras butir-butir padi yg tidak berisi; ~ berat padi yg tidak cukup penuh isinya (hujung padi); ~ hati gagal, kecewa; ~ udara Id tidak berisi udara; yg ~ biar terbang yg bernas biar tinggal prb yg tidak berguna itu biarlah hilang tetapi yg baik biarlah tinggal; berhampa; ~ tangan tidak mendapat apa-apa (hasil); menghampakan 1. mengosongkan: perahunya itu dihampakannya dan diperbaikinya; 2. membiarkan (pulang dll) dgn tangan hampa, mengecewakan; 3. menimbulkan rasa hampa: mati yg ~; kehampaan 1. perasaan kecewa (kerana tidak mendapat, menemui, mencapai dsb sesuatu yg dihajati atau dicita-citakan), kekecewaan: kebanyakan para orientalis menyatakan ~ mereka terhadap kekurangan tradisi kesusasteraan Islam; ia pergi dlm ~; 2. ki ketiadaan pengetahuan, kebodohan, kedunguan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepi | 1. tidak riuh, senyap, sunyi: kedua-duanya diam sejenak, seluruhnya ~ kecuali bunyi deru jentera yg tidak putus-putus; 2. tidak banyak orang, tidak ramai (pembeli di kedai dll), lengang: awak pernah gambarkan ~nya orang tua kalau dia sakit dan tidak ada orang di sampingnya; 3. ki tidak meriah (sambutan bkn sesuatu dll), dingin: kunjung-annya ke sana telah mendapat sambutan yg ~ sekali; memandang (menganggap) ~ ki tidak menghiraukan atau mempedulikan sangat; menyepi 1. = bersepi-sepi pergi ke tempat yg sunyi (utk menenteramkan diri dll); 2. menghindarkan diri drpd orang banyak, mengasingkan diri, menyendiri; 3. menjadi sepi: keriuhan ayam itik juga turut ~; menyepikan menjadikan sepi: Allah tidak ~ alam ini drpd mereka; ~ diri menghindar-kan diri drpd orang banyak, menyepi; kesepian 1. perihal keadan sepi, kesunyian: hanya bunyi gobek itulah sahaja yg memecah-kan ~; 2. berasa sepi (kerana keseorangan dll): dia ~ apabila ditinggalkan seorang diri; penyepian perbuatan menyepi atau menyepi-kan diri: selama ~nya itu dia telah dapat menyelesaikan karyanya yg paling penting. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunggu I | bp = menunggu; ruang ~ ruang tempat menanti; bertunggu 1. sedang menjaga, berjaga, berkawal: orang besar-besar sekaliannya ~ negeri; 2. sl menanti: maka baginda pun sediakala duduk menghadap Seri Betara ~ tunangan; menunggu 1. = menunggui menjaga supaya selamat (rumah, orang sakit, dll), mengawasi: rumah itu tidak ditunggu orang; 2. menanti (ketibaan orang, berlakunya atau berlang-sungnya sesuatu dll), menyambut atau menyongsong (tetamu): dia ~ kepulangan anaknya di muka tangga; 3. = menunggukan ark bersabar menanti sesuatu yg akan berlaku, menantikan: pokok getah itu hen-daklah ditunggu sehingga tujuh tahun barulah boleh ditoreh; 4. = menunggui menduduki, mendiami, menghuni, tinggal di: harimau yg dijumpai mereka itu ialah jin kuning yg ~ kaki bukit selekoh tiga; ~ angin lalu menunggu dgn sia-sia; ~ masa menunggu hingga tiba masanya (ketikanya); ~ tanduk kerbau goyah prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin (berlaku, tiba, dll); menunggu-nungu, tertunggu-tunggu asyik menunggu, lama menunggu, sentiasa me-nunggu: ~ buah yg tidak kunjung jatuh; Sharifah Aini sedang tertunggu-tunggu kepulangan anaknya; menunggui 1. menjaga (orang sakit, rumah, dll), mengawal: orang yg ~ orang sakit itu di-suruhnya keluar semuanya; segala bangunan itu pun disuruh tunggui dan parit pun diisi air; 2. mendiami, menduduki, menghuni: tempat-tempat demikian itulah pula menurut kepercayaan mereka kerap ditunggui jin jembalang dsb; penungguan perihal menunggu, penantian: apa yg ditunggu dia sendiri kurang tahu, barangkali ~ itu cuma utk mencari ruang utk menarik nafas; penunggu 1. orang yg menunggu (mengawal, menjaga), pengawal, penjaga: ~ pintu; 2. orang yg menunggu (kedatangan orang dll), penyambut (tetamu): bangun lagi dia dan datang lagi ke arah pintu bangunan tempat orang-orang ~ jemputan datang; 3. yg men-diami, penghuni: binatang-binatang ~ hutan membuat lagu alam yg tidak pernah berubah-ubah; 4. (hantu, puaka, dll) yg menunggui atau mendiami: seumur hidupku belum aku ber-jumpa hantu syaitan atau puaka ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kasih I | 1. perasaan sayang (terhadap seseorang atau sesuatu, cinta: ~ku padamu masih spt dahulu; ~ seseorang pd agama, negara, dan bangsa; terima ~ pernyataan penghargaan atas pemberian (pertolongan dsb) yg telah diperoleh, syukur; 2. berasa sayang (akan), berasa cinta (akan): ia bertambah ~ pula pd anak itu; ~ mesra sangat kasih (cinta); ~ ibu sepanjang jalan, ~ anak sepanjang penggalan prb kasih ibu tidak putus-putus tetapi kasih anak dapat hilang; ~ sepantun tulisan pinggan prb kasih yg tidak kunjung hilang (bagi orang yg terlalu mesra pergaulannya); ~ saudara sama ada, ~ bapa menokok harta yg ada, ~ ibu sama rata, ~ sahabat sama binasa prb kasih yg sama berada itulah kasih yg sempurna (sebab biar bagaimanapun kasih seorang itu akan kawannya namun kerana harta akan bercerai juga akhirnya); ~ itu semangat (roh) yg buta prb kasih itu tidak memilih yg baik atau yg cantik sahaja; ~ tidak bersekutu dgn bijak prb apabila hati telah kasih, maka hilanglah cacat celanya; kerja sebarang tempat, ~ sebarang tempat prb orang yg tidak berperaturan dlm pekerjaannya; kasihkan kasih akan; ~ anak tangan-tangankan, ~ isteri tinggal-tinggalkan prb anak yg dimanjakan akan rosak dan isteri yg diuliti selalu akan mendatangkan kedukacitaan; berkasih berasa kasih: adat ~ menanggung rindu; berkasih-kasihan 1. saling berasa kasih, cinta-mencintai: setelah sudah kahwin, maka kedua-duanya pun terlalu amat ~; 2. sl berbaik-baik, bersahabat, tidak bermusuhan: jika Seri Rama hendak ~ dgn kami, kembalikanlah Sita Dewi kpd Maharashi Kala; mengasihi menaruh kasih akan (pd), menyayangi, mencintai: ia sangat dikasihi oleh ibunya; haruslah raja-raja melengkapi negerinya dan ~ segala rakyatnya; kekasihan rasa cinta (sayang); pengasihan perihal mengasihi; berpengasihan mempunyai sifat mengasihi: tangan ibunya yg ~ itu selalu mengusapusap rambutnya; kekasih orang yg dikasihi (dicintai), buah hati: ia selalu menulis surat kpd ~nya; pengasih 1. = ilmu ~ = pekasih jampi (azimat, doa, guna-guna, dll) utk mendatangkan atau membangkitkan rasa kasih: dicari-kannya pekasih atau pembenci kian ke mari, dituntutnya ilmu sihir kpd dukun-dukun yg pandai; kata orang, saya ini memakai ilmu ~; 2. selalu menaruh (menunjukkan) belas kasihan, bersifat belas kasihan, penyayang: ibu yg ~ dan penyayang; perkasihan perihal berkasih: hal ini menguatkan tali ~ antara kita. | Kamus Dewan Edisi Keempat |