Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kira-kira, di sekitar (sesuatu angka dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,

Puisi
 

Kalau tuan menebang jati,
     Biar serpih tumbangnya jangan;
Kalau tuan mencari ganti,
     Biar lebih kurang jangan.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Kurang kerat,
     rengkuh yang lebih.

Bermaksud :

Usaha tiada seberapa hanya cakap saja yang lebih.

 

Lihat selanjutnya...(13)

530

Six of one and half a dozen of the other

Dua pihak atau perkara yang dianggap sama sahaja buruknya, tidak lebih dan tidak pula kurang.

Seperti birah dengan keladi

My little brotherblamed his friend for starting the fight, but as far as I could tell, it's six of one and half a dozen of the other. Both are equally naughty.

Adikku menuduh kawannya yang memulakan pergaduhan, tetapi setahu aku, kedua-duanya sama sahaja nakalnya : seperti birah dengan keladi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kurang lebihkira-kira, di sekitar (sesuatu angka dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
bubursj makanan (drpd beras, jagung, kacang hijau, dll) yg lunak dan berair; ~ Asyura bubur drpd campuran berbagai-bagai bahan yg dibuat pd hari Asyura, iaitu hari yg ke-10 dlm bulan Muharam; ~ ayam bubur nasi yg mengandungi daging ayam; ~ kacang hijau bubur drpd campuran kacang hijau, gula, dll; ~ kanji (ayam) bubur nasi (ayam) yg dibubuhi bawang dan rempah-rempah lain; ~ lambuk sj bubur nasi yg dicampurkan dgn sayur-sayuran, isi ikan, dll; ~ sumsum bubur drpd tepung beras; kurang-kurang ~, lebih-lebih sudu prb a) perkara kecil yg dibesar-besarkan orang; b) sedikit pengetahuan tetapi cakap besar; nasi sudah menjadi ~ prb sesuatu (perbuatan dll) yg sudah terlanjur.Kamus Dewan Edisi Keempat
kurang-kurang1. sekiranya kurang (tidak cukup atau memadai), jika tidak: ~ laku barang ini rugi besar nanti; 2. sangat kurang, makin kurang: ~ dikerah orang, lebih-lebih ia hendak datang;Kamus Dewan Edisi Keempat
generasi/génerasi/ 1 peringkat dlm sesuatu keturunan (keluarga). 2 masa (lebih kurang 30 tahun) dr seseorang itu dilahirkan, berkahwin dan mempunyai anak: Satu ~ yg lalu. 3 sekalian orang yg hidup dlm masa yg lebih kurang sama dan mereka juga lebih kurang sebaya atau seumur: ~ muda; ~ yg akan datang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lebih kurang sedikit janganlah diambil aci sangatlebih kurang sedikit janganlah diambil berat;Kamus Dewan Edisi Keempat
pertolehan harisl masa pagi (lebih kurang pukul 9) atau petang (lebih kurang pukul 3 petang).Kamus Dewan Edisi Keempat
pertolehan; ~ hari sl masa pagi (lebih kurang pukul 9) atau petang (lebih kurang pukul 3 petang).Kamus Dewan Edisi Keempat
relung IIukuran luas tanah (Id lebih kurang 5300 m2 atau 2800 m2, Kd satu relung lebih kurang 0.71 ekar atau 0.29 hektar).Kamus Dewan Edisi Keempat
tengah naika) matahari mulai tinggi (lebih kurang pukul 9 pagi); b) sudah mulai besar (anak yg berumur lebih kurang 15 tahun);Kamus Dewan Edisi Keempat
tegak naika) matahari mulai tinggi (lebih kurang pukul 9.30 pagi); b) sudah mulai besar (budak yg berumur lebih kurang 15 tahun);Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas