Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,

Puisi
 

Sudah lama tidak ke ladang,
     Lebih padi dari kangkung;
Sudah lama tidak terpandang,
     Hati beramuk dengan jantung.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Dari lecah,
     lari ke duri.

Bermaksud :

Menghindarkan diri daripada kesukaran yang kecil, jatuh dalam kesukaran yang lebih besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Takut akan lumpur, lari ke duri).

 

Lihat selanjutnya...(4)

602

The tongue is sharper than the sword

Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal

Lidah lebih tajam daripada mata pedang

Indeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.

Sesungguhnya lidah lebih tajam daripada mata pedang . Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(20)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pindahan blok(block transfer)Pindahan satu blok data atau lebih dari satu tempat ke tempat lain.Kamus Komputer
menyingkir1. mengelak, meng­hindar, menepi, menyisi: setiap orang ~ dari­ku; orang berbadan gemuk yg berdiri di tengah jalan itu, nampaknya tidak mahu ~ ke tepi; 2. menyelamatkan diri (ke tempat yg lebih aman), mengungsi; 3. ki tidak me­makainya lagi (adat lama), membuang: akhirnya kelak, hendaklah kita ~ semua sistem upah yg berlainan dan aneh itu; 4. = menyingkirkan mengelilingi atau menge­dari sambil berjengkek-jengkek (spt ayam jantan ketika hendak mengawan);Kamus Dewan Edisi Keempat
isomer(Kim) satu drpd dua atau lebih molekul yg mempunyai bilangan dan jenis atom yg sama, tetapi berbeza strukturnya; keisomeran kewujudan dua atau lebih sebatian yg mempunyai formula molekul yg sama tetapi berbeza dari segi sifat kimia dan fizik masing-masing; ~ cis-trans keisomeran pd sebatian yg ada ikatan ganda dua atau gelang tegar; ~ struktur keisomeran pd sebatian yg mempunyai for­mula struktur yg berbeza.Kamus Dewan Edisi Keempat
singkir; menyingkir 1. mengelak, meng­hindar, menepi, menyisi: setiap orang ~ dari­ku; orang berbadan gemuk yg berdiri di tengah jalan itu, nampaknya tidak mahu ~ ke tepi; 2. menyelamatkan diri (ke tempat yg lebih aman), mengungsi; 3. ki tidak me­makainya lagi (adat lama), membuang: akhirnya kelak, hendaklah kita ~ semua sistem upah yg berlainan dan aneh itu; 4. = menyingkirkan mengelilingi atau menge­dari sambil berjengkek-jengkek (spt ayam jantan ketika hendak mengawan); menyingkiri 1. menjauhkan (menghindar­kan) diri dr: ~ bahaya; 2. ki tidak mema­kainya atau menggunakannya lagi (dlm ber­bagai-bagai erti), membuangi: segala ungkap­an yg dapat melukai perasaan orang lain hendaklah disingkiri; menyingkirkan 1. menjauhkan (menghindar­kan) dr: pergaulan di sekolah dan di tempat kerja lazimnya tidaklah dapat disingkirkan; ~ diri dr keindahan dan kelazatan hidup di kota; 2. membuangkan, mengesampingkan, menyisihkan: utk mengolah sebuah berita secara jujur, pemberita harus ~ pendapat dan fikiran sendiri; sekularisme ~ nilai-nilai yg diperoleh dlm usaha-usaha utk mencari objektiviti dan ilmu yg dapat dimanfaatkan; 3. menyelamatkan ke tempat yg lebih aman, mengungsikan; 4. ki menjatuhkan (orang dr jawatannya), mengeluarkan (orang sbg ahli sesuatu badan dll): parti tersebut sedang mengambil langkah ~ anggota-anggota yg terlibat dlm perarakan haram itu; 5. ki menghilangkan (jiwa orang), melenyapkan, menghabisi: setiap orang yg menentang Hitler disingkirkan; 6. mengelilingi sambil berjengkek-jengkek (spt ayam jantan meng­edari ayam betina); tersingkir 1. sudah disingkirkan (diber­hentikan, ditolak, dll), terbuang: setelah ~ dr parti politik, ia cuba bergiat dlm badan kebudayaan; 2. terluput (terhindar) dr, di­jauhkan (dipisahkan) dr: kepercayaan kuno mereka tidak ~ oleh agama Islam; 3. terasing (terpisah) dr, terbuang: dia tidak mahu melihat Murad ~ dr keluarganya; selagi tidak ~ kuasa asing dr bumi kita ini, kita tidaklah patut berpuas hati; penyingkiran 1. perbuatan menyingkiri atau menyingkirkan: dlm rampasan kuasa dan ~ Jeneral Khan ini, Amerika mungkin campur tangan; 2. pengungsian; penyingkir = kaum ~ pengungsi.Kamus Dewan Edisi Keempat
keisomerankewujudan dua atau lebih sebatian yg mempunyai formula molekul yg sama tetapi berbeza dari segi sifat kimia dan fizik masing-masing; ~ cis-trans keisomeran pd sebatian yg ada ikatan ganda dua atau gelang tegar; ~ struktur keisomeran pd sebatian yg mempunyai formula struktur yg berbeza.Kamus Dewan Edisi Keempat
pacuan CLV(CLV drive)Kaedah pemacuan yang membenarkan lebih banyak data disimpan dalam cakera, seperti cakera CD-ROM dan cakera WORM, dengan menggunakan kaedah rakaman halaju linear tetap. Mengikut kaedah ini data disusun dalam jejak tunggal yang berpilin dari pusat cakera menuju ke tepi piring cakera.Kamus Komputer
di I1. kata sendi nama yg menunjukkan tempat dll: ketika cuti sekolah, Busu lebih suka duduk ~ rumah drpd berjalan-jalan; ~ atas; ~ bawah; 2. pada, dalam: wajah Mawi ter­bayang ~ mata Aini; ~ hari kemudian; 3. Mn pada, kepada, akan, oleh, dari; datang ~ air datang dr sungai.Kamus Dewan Edisi Keempat
gambar rajah keadaan terhingga(finite state diagram)Gambar rajah yang terdiri daripada nod keadaan dan lengkung yang menyambungkan satu nod dengan nod lain. Bermula dari nod mula, pemprosesan berpindah ke salah satu nod terhingga, jika keadaannya wujud. Lebih daripada satu nod boleh ditentukan sebagai nod akhir.Kamus Komputer
mesin keadaan terhingga(finite state machine)Peranti pengkomputeran yang dimodelkan pada struktur yang terdiri daripada nod dan lengkung yang menyambungkan satu nod ke nod lain. Bermula dari nod mula, pemprosesan akan berpindah ke salah satu nod terhingga jika wujud keadaan tertentu, dan jika terdapat lebih daripada satu nod, peranti ini boleh ditentukan sebagai nod akhir.Kamus Komputer
awal1. sebelum waktu yg biasa (yg dijang­ka­kan, ditetapkan, dsb), terlebih dahulu (drpd yg lain): dia datang ke pejabat ~; kereta api tiba ~ sedikit drpd jadualnya hari ini; 2. baha­­gian yg mula-mula (cerita dll), lwn akhir: ceritakan dari ~ hingga akhir; 3. permulaan (sesuatu jangka waktu): pd ~ tahun ini; ~ mula mula-mula sekali; ~ bermula ... pd permulaannya ...;berawalkan bermula dgn, mempunyai (sesuatu) sbg unsur yg mula-mula: bentuk-bentuk dasar kata yg ~ konsonan; mengawalkan membawa ke waktu atau tarikh yg lebih awal, mempercepat;terawal 1. lebih awal (dahulu) drpd yg dijangkakan (ditetapkan dsb); 2. paling awal; awalan imbuhan di depan kata dasar (spt me, ber, ke, per, ter);berawalan mempunyai awalan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas