gelek I | (gélék); tarian ~ tarian dgn gerakan tubuh yg liang-liuk; menggelek 1. berguling, bergolek, berbalik-balik: guli yg sedang ~ itu disekatnya; 2. menggiling, menggilas, menindih sampai pipih (hancur): siapa tahu kalau-kalau dia digelek kereta; 3. menggiling di antara dua belah tapak tangan supaya menjadi bulat (lilin, tanah liat dll), menggentel: lengannya spt lilin digelek; 4. melenggok-lenggokkan atau menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan berganti-ganti; tergelek kena gelek, tergilas, terlindas; gelekan 1. gerakan tubuh (punggung dsb) yg liang-liuk, terutamanya ketika menari: penari itu menari dgn ~ yg mempesonakan; 2. perbuatan atau hasil menggelek: ~ eloklah dibuat selepas rumput dipotong;penggelek penggiling. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
liang-liuk | gerakan yg lembut, spt api ditiup angin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gelekan | 1. gerakan tubuh (punggung dsb) yg liang-liuk, terutamanya ketika menari: penari itu menari dgn ~ yg mempesonakan; 2. perbuatan atau hasil menggelek: ~ eloklah dibuat selepas rumput dipotong; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tarian gelek | tarian dgn gerakan tubuh yg liang-liuk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
liang-liuk | berliuk-liuk (api pelita ditiup angin dll): batang padi meliang-liuk, berombak-ombak dilanda angin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
liang II | ; liang-liuk gerakan yg lembut, spt api ditiup angin. berliang-liuk bergerak berliuk-liuk (spt api ditiup angin). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
liang II | ; ~-liuk = berliang-liuk = meliang-liuk berliuk-liuk (api pelita ditiup angin dll): batang padi meliang-liuk, berombak-ombak dilanda angin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
liat-liat | liang-liut, liuk-lentok; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
liat I | 1. lembut tetapi tidak mudah patah atau putus (spt getah dll), boleh dilentur-lentur dan tidak patah: besi yg ~; daging kerbau tua biasanya ~; 2. likat, pekat: tanah ~; 3. ki tidak mudah kalah, tabah dan cekal (menghadapi musuh dll); 4. ki tidak suka (melakukan sesuatu), payah, segan: pd esoknya ~ pula hendak bangun kerana sejuknya udara keliling; liat-liat liang-liut, liuk-lentok; meliat 1. menjadi liat (tanah dll); 2. ki mulai berdaging (isi durian); meliatkan menjadikan liat; keliatan perihal (keadaan dsb) liat: malah apabila mendengar ayam kampung, teringatkan hanya ~ dagingnya belaka; ~ air (Kim) perihal air yg tidak berbuih dgn sabun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |