Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : IB, bp garis (pd buku dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : IB pita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lin


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kata1. sesuatu yg diucapkan (dituturkan), cakap, ujar: orang yg angkuh itu juga biasa mengeluarkan ~ yg kesat kpd mereka; 2. (Lin) gabungan atau kesatuan bunyi yg mengandungi atau menyampaikan pengertian (makna) tertentu; ilmu bentuk ~ pengetahuan bkn bentuk kata (bkn awalan, akhiran, dll); suku ~ (Lin) satuan (unit) bunyi yg terdiri drpd satu vokal sahaja atau drpd vokal yg didahului atau diikuti oleh konsonan (atau didahului serta diikuti oleh konsonan) dan merupakan bahagian drpd sesuatu kata: ada empat suku ~ pd perkataan ‘hulubalang’; ~ adat peribahasa yg berkaitan dgn adat; ~ akar (Lin) bentuk dasar dlm sesuatu kata yg boleh merupakan morfem bebas spt anak dlm beranak, atau morfem terikat spt jerumus dlm terjerumus; ~ alu-aluan ucapan (kata­kata) sbg menyambut kedatangan seseorang ke sesuatu majlis dsb (penerbitan sesebuah buku dsb); ~ ambilan kata yg diambil drpd bahasa asing, kata pinjaman; ~ bantu (Lin) jenis perkataan kecil yg biasanya bersambung pd kata lain (spt kah, lah, pun, dll), partikel; ~ bantu bilangan (Lin) kata yg membantu kata bilangan, penjodoh bilangan spt bilah, buah, ekor, helai, keping, orang, pucuk, dll; ~ basi ungkapan dll yg (sudah) selalu benar digunakan; ~ benda ark = ~ nama; ~ bilangan kata yg menyatakan banyaknya benda; ~ bulat persetujuan penuh, persetujuan sebulat suara; ~ dasar = ~ pokok kata yg menjadi pokok drpd kata terbitan (kata tanpa imbuhan spt pandang, gelisah, kuat, dll); ~ depan Id = ~ penghubung; ~ dua pernyataan terakhir oleh sesuatu pihak yg mengemukakan tuntut­an (syarat dsb) yg mesti diterima oleh pihak lain yg terlibat dlm pertikaian (perundingan dsb) dengannya (dgn ugutan atau implikasi bahawa kalau tidak diterima oleh pihak yg lain itu akan menimbulkan peperangan, akibat buruk, dll); ~ entri = ~ masukan; ~ ganti (Lin) kata yg menjadi ganti kpd kata nama (dan menunjukkan atau merujuk kpd orang, haiwan atau sesuatu, mis dia, ia, mereka); ~ hati a) gerak hati, perasaan yg timbul dlm hati; b) angan-angan (dlm hati); ~ hikmat = ~ pujangga perkataan orang bijak pandai yg mengandungi pengertian yg tinggi; ~ hubung (Lin) kata yg gunanya (fungsinya) meng­hubungkan dua kalimat (perkataan, rangkai kata, dsb), mis kerana dan supaya, sendi kata; ~ jadian = ~ terbitan; ~ keadaan ark = ~ sifat; ~ kerja (Lin) kata yg menyatakan sesuatu perbuatan; ~ kerja pasif (Lin) bentuk kata kerja (spt dipukul, ditangguhkan, kehujanan, dll) yg menyatakan bahawa pokok kalimat­nya menderita sesuatu perbuatan (menjadi objek atau penyambut kpd kata kerja); ~ keterangan (Lin) kata yg menerangkan sesuatu kata; ~ laluan a) (Komp) gabungan huruf atau nombor yg membentuk kod unik yg perlu dimaklumkan kpd sistem sebelum pengguna boleh mengakses sumber sistem; b) kata, ungkapan dsb rahsia yg dijadikan sbg penge­nalan diri utk memasuki sesuatu tempat, menganggotai sesuatu pertubuhan dsb; ~ lawan = ~ berlawan kata yg berlawanan erti­nya (spt besar dgn kecil, kuat dgn lemah, dll); ~ majmuk (Lin) kata yg merupakan gabungan atau rangkaian dua perkataan atau lebih yg dianggap sbg satu unit dan mempunyai satu pengertian (mis bumiputera, papan hitam, dll); ~ masukan kata atau ungkapan utama yg terkandung dlm sesebuah kamus, biasanya menurut urutan abjad yg ditakrif­kan atau diberi keterangan tentang makna­nya dll; ~ membazir (mubazir) kata yg tidak perlu turut digunakan kerana makna yg dimaksudkan telah jelas dlm perkataan lain; ~ nama (Lin) kata yg merujuk kpd orang, tempat atau benda, antaranya termasuk kata nama am dan kata nama khas; ~ nama am (Lin) kata yg merujuk kpd benda, orang atau konsep yg umum, mis jalan, guru dan kegemilangan; ~ nama khas (Lin) kata yg merujuk kpd orang, tempat benda yg khusus, mis Kuala Lumpur dan Muhammad; ~ nista kata-kata yg mencerca atau mencaci (sumpah seranah); ~ orang cakap orang, khabarnya; ~ pemutus (putus, pasti) kata yg menentukan (memutuskan atau memastikan) sesuatu perkara (spt pertunangan dll); ~ pendahuluan keterangan ringkas tentang tema atau isi buku pd permulaan buku oleh pengarangnya; ~ penghantar (pengantar) kata alu-aluan oleh tokoh tertentu untuk sesebuah buku dll, mukadimah; ~ penghubung = ~ perangkai kata hubung; ~ pinjaman kata yg telah di­gunakan (terserap) di dlm sesuatu bahasa tetapi berasal drpd bahasa lain; ~ pokok = ~ dasar; ~ pujangga = ~ hikmat; ~ sambutan ucapan (kata-kata) utk mengalu-alukan ke­datangan seseorang; ~ sandang kata yg ber­tugas utk menentukan supaya sesuatu kata menjadi kata nama spt sang, si; ~ sasulan kesilapan menggunakan sesuatu kata bagi kata yg lain yg hampir sama bunyinya; ~ seasal kata-kata dlm berbagai-bagai bahasa yg sama asalnya; ~ sebunyi (Lin) kata-kata yg sama bunyinya (sebutannya) tetapi ber­lainan ertinya, homofon; ~ seerti kata-kata yg sama ertinya dlm sesuatu bahasa (spt kutip dgn pungut, dll), sinonim; ~ sendi nama (Lin) kata, spt di, ke dan dari yg digunakan di depan kata nama atau frasa nama; ~ sepakat (se-faham) persetujuan, muafakat; ~ seru a) kata utk menyeru (memanggil dll); b) kata yg dikeluarkan dgn tiba-tiba (kerana kesakitan, terperanjat, dll); ~ sifat (Lin) kata yg me­nunjukkan (menyatakan) sifat atau keadaan seseorang atau sesuatu, adjektif; ~ tambahan Id kata yg menunjukkan keadaan kata-kata selain kata nama dan kata ganti; ~ terbitan kata yg terbentuk drpd kata dasar dgn peng­gunaan imbuhan; ~ tugas (Lin) kata yg tidak mempunyai makna leksikal, tetapi mempunyai makna tatabahasa dan menunjukkan hubungan tatabahasa, mis dan, kepada dan ialah; ~ ulang (berulang) kata yg diulangi sebutan (penulisan) seluruhnya atau sebaha­giannya (spt langit-langit, berkali-kali); ~ berjawab, gayung bersambut prb baik dibalas dgn baik dan jahat dibalas dgn jahat; ~ dahulu bertepati, ~ kemudian bercarian = ~ biarlah kota prb janji hendaklah ditepati; ~ seorang dibulati, ~ bersama diperiakan prb hal seseorang boleh diputuskan dgn orang itu sendiri tetapi perkara bersama hendaklah dirundingkan; ~ periuk, belanga hitam prb orang yg memburukkan orang lain sedangkan dirinya sendiri buruk juga; ~ tidak dipegangnya, janji tidak ditepati prb orang yg suka mungkir janji; ~ yg benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan prb tidak mahu mengakui kebenaran; elok ~ dlm muafakat, buruk ~ di luar muafakat prb kalau hendak berbuat se­suatu, eloklah dirundingkan dgn kaum keluarga supaya pekerjaan itu selamat; mengalih kain ke balik rumah, mengalih ~ ke hadapan prb memungkiri janji dgn tiba-tiba; sekata 1. sama bunyinya; 2. = seia ~ sepakat, setuju, sependirian, sependapat: dlm sebarang hal, mereka kerap ~ dan saling menyetujui; manusia ini memang tidak ~ dlm serba-serbi; 3. sama (sahaja), segaya, serupa: wasiat Bendahara kpd segala anak cucunya tiada ~, pd seorang seorang lain-lain, masing-masing pd patutnya; 4. sama (pd ukurannya, gerakannya, bentuknya, dll), tidak berbeza­ beza (berubah-ubah dsb) antara satu dgn yg lain (atau antara satu bahagiannya, ketikanya, dsb dgn yg lain): putaran roda itu sentiasa ~; gelendong itu dipusingkan dgn kadar laju ~; mencari luas rajah-rajah yg ~, spt rajah selari tepat, bulatan, dll; katakan 1. memisalkan, mengandaikan: ~lah kamu tidak ada gigi, tentulah kamu tidak dapat makan dgn banyak; ~lah orang di sini bodoh, atau ~lah apa yg kau suka; 2. bp gamak­nya, kiranya, boleh dianggapkan (dimisalkan): bukan dia tak tahu, dia sengaja, muka tarpallah ~; berkata mengeluarkan apa yg terfikir dgn kata-kata, mengeluarkan kata-kata, bertutur: maka Hanuman pun ~, “Ya Tuanku maharesi ...”; ada Doris ~ benar spt apa yg telah dikatakannya kepadaku; ~ dua mengeluar­kan perkataan yg berlainan drpd maksud yg sebenarnya; ~ siang melihat-lihat, ~ malam mendengar-dengar prb, Mn kalau hendak membicarakan sesuatu, baiklah berhati-hati; sudah ~ satu prb tidak berubah drpd yg telah diucapkan; berkata-kata bercakap-cakap, berbicara: janganlah tuan banyak ~ dan bicara lagi; hanya diamlah ia tiada ~ lagi sambil menyudahkan kerjanya; ~ dgn lutut prb bercakap­-cakap dgn orang bodoh; mengata 1. mengucapkan kata-kata; jangan kata lagi a) tidak usah disebut lagi; b) sudah diketahui umum; 2. bercakap buruk tentang seseorang: ceritanya tak lain drpd ~ kawan-kawannya sahaja; barang yg dikata, itulah kota prb janji hendaklah ditepati; menKamus Dewan Edisi Keempat
lin IIIB pita.Kamus Dewan Edisi Keempat
lin IIB, bp garis (pd buku dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
yang I1. (Lin) kata penghubung utk menyatakan bahawa kata keterangan berikutnya dipentingkan atau menunjukkan kelainan: rumah ~ besar itu; orang ~ sakit itu; 2. (Lin) kata penghubung utk menyatakan bahawa katakata (ayat) berikutnya ialah penjelasan utk kata-kata sebelumnya: banyak orang ~ ingin bersalam dengannya; 3. kata yg digunakan sbg kata penyerta, kata yg menentukan kata benda, kata sandang: ~ penting bagi kita ialah mengenai dasar; ~ kaya sama kaya; 4. sl adapun akan: ~ hutang tuan hamba sekati emas itu halallah dunia akhirat; 5. bp kata peng-hubung utk menyatakan isi atau huraiankata (ayat) sebelumnya, bahawa: mengertilah cikgu itu ~ pandangan itu bermaksud meminta nasihat; Y~ Amat Arif rujukan kehormat utk Ketua Hakim Negara (dlm situasi formal, spt di mahkamah dsb); Y~ Amat Berbahagia rujukan kehormat yg digunakan utk mereka yg bergelar Tun dan Toh Puan; Y~ Amat Berhormat rujukan kehormat yg digunakan utk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar; Y~ Amat Mulia rujukan kehormat yg digunakan utk Undang (luak di Negeri Sembilan); Y~ Arif rujukan kehormat yg digunakan utk Hakim (pd situasi yg formal spt di mahkamah dsb); Y~ Berbahagia rujukan kehormat yg digunakan utk mereka yg bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato’, Datuk dan Datin (yg bukan wakil rakyat); Y~ Berhormat rujukan kehormat yg digunakan utk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, dan Ahli Dewan Undangan Negeri; Y~ Berhormat Mulia rujukan kehormat yg digunakan utk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Undangan Negeri yg berketurunan raja; Y~ Dipertua orang yg dilantik menjadi ketua sesuatu persatuan (perkumpulan dll); Y~ Dipertua Negeri gelaran utk ketua negeri bagi Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak; Y~ Dipertuan gelaran utk raja yg memerintah, sultan, tuanku; Y~ di-Pertuan Agong gelaran utk Ketua Negara Malaysia; Y~ Maha Kuasa Tuhan, Allah; Y~ Maha Mulia rujukan kehormat utk sultan atau raja yg memerintah; Y~ Mulia rujukan kehormat utk mereka yg bergelar Tengku, Raja, Syed, Engku (Ungku) dan Datu; Y~ Teramat Mulia rujukan kehormat utk keluarga diraja yg terdekat.Kamus Dewan Edisi Keempat
maknaerti atau maksud (sesuatu perkataan dll): kalau tidak tahu ~ sesuatu perkataan, janganlah gunakan perkataan itu; ~ fungsian (Lin) makna unsur linguistik yg dilihat dr segi fungsi tatabahasanya; ~ kiasan makna kata yg tidak merujuk kpd makna harfiah, tetapi dikiaskan sbg ibarat, mis jambu yg bererti cantik atau lawa; ~ konteks (Lin) makna yg menunjukkan hubungan antara ujaran dgn keadaan; ~ leksikal (Lin) makna kata spt yg terdapat di dlm kamus; bermakna 1. mempunyai (mengandungi) erti, bererti; ~ berbilang mempunyai (me­ngandungi) beberapa erti; 2. penuh tujuan, bermanfaat, penting, bererti: pemberian itu sangat ~ bagi kami; dia merasakan seolah-olah kehidupannya sudah tidak ~ lagi setelah beberapa kali dikecewakan; memaknakan menjelaskan erti (maksud) sesuatu perkataan dll; pemaknaan perihal atau proses memberi makna, pengertian: dlm bahasa Melayu In-donesia masih ada sistem tanda yg ber-hubung dgn raja spt bersantap, beradu, beta yg ~nya tidak sama dgn yg pernah ada sebelumnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
gugus1. benda yg tumbuh banyak-banyak pd setangkai (buah-buahan), benda yg sama jenisnya (anak kunci dll) yg dikumpulkan dalam satu ikatan, rangkai, kelompok, tompok: se~ rambutan; 2. = gugusan serangkai, sekelompok, setompok: ~ pulau-pulau; 3. (Lin) urutan unsur linguistik yg berupa bunyi atau golongan kata: ~ konsonan; ~ akhir (Lin) gugus konsonan yg letaknya di akhir suku kata, mis ks dlm kompleks; ~ awal (Lin) gugus konsonan yg letaknya di awal suku kata, mis pr dlm prasejarah; ~ konsonan (Lin) gabungan dua konsonan atau lebih yg berurutan dlm satu suku kata, mis kl dlm klasik dan pr dlm protes; bergugus-gugus berkelompok-kelompok (bkn pulau, bintang, buah-buahan dsb), bertompok-tompok: setengah-setengah pokok kelapa itu sudah berbuah dgn lebatnya ~ pd tandannya; gugusan sesuatu yg berada dlm kelompok: ~ pulau-pulau.Kamus Dewan Edisi Keempat
majmukterdiri atau terbentuk drpd beberapa bahagian dsb tetapi merupakan kesatuan; cahaya ~ Id cahaya yg berasal atau terjadi drpd beberapa cahaya lain; kalimat ~ = ayat ~ (Lin) kalimat yg mengandungi (terdiri drpd) dua atau tiga kalimat lain; kata ~ (Lin) gabungan dua atau tiga perkataan yg mem­punyai satu pengertian; masyarakat ~ masya­rakat yg terdiri drpd beberapa kaum (suku bangsa) atau bangsa; minyak ~ sj minyak wangi (merupakan campuran drpd beberapa jenis minyak wangi lain); memajmukkan menjadikan majmuk, meng­gabungkan dua atau beberapa kata dsb supaya menjadi bentuk majmuk; kemajmukan sifat atau keadaan majmuk, kepelbagaian yg terdapat dlm sesuatu (ga­bungan, kesatuan, dll): ~ imej budaya Ma-laysia sebelum 1969 telah bertukar kpd budaya Malaysia yg berteraskan kebudayaan Melayu; ~ masyarakat negara Malaysia; pemajmukan perihal (proses atau perbuat­an) memajmukkan, penghasilan atau pen­ciptaan sesuatu dgn memadukan dua atau beberapa bahagian atau unsur, penggabungan unsur-unsur dsb menjadi satu kesatuan: peng-gabungan perkataan yg membawa satu makna yg tertentu disebut ~ dan hasilnya disebut kata majmuk.Kamus Dewan Edisi Keempat
vernakular(Lin) bkn penggunaan bahasa atau dialek yg dipertuturkan oleh sesuatu golongan atau kaum dlm masyarakat: sistem pendidikan ~; sekolah ~; bahasa ~ bahasa yg dipertuturkan oleh golongan atau kaum ter­tentu.Kamus Dewan Edisi Keempat
triftong(Lin) gabungan tiga bunyi vokal yg disebut dlm satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah, mis [aie] dlm fire.Kamus Dewan Edisi Keempat
transliterasi(Lin) penukaran huruf (per­kataan dsb) drpd abjad sesuatu tulisan (mis tulisan Arab) kpd huruf yg selaras bunyinya dsb dlm abjad sistem tulisan lain (mis Rumi); mentransliterasikan membuat (menye­dia­kan) transliterasi.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas