Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lintang
Kata Terbitan : melintang, melintangi, terlintang, lintangan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rentaslintang; garis(an) ~ garis(an) yg melintang; keratan ~ keratan yg melintang; merentas 1. meretas, membuka, me­mutus­kan: kena balung ayam kenantan habis direntas taji ayam orang sebelah; 2. melalui atau menempuh (sesuatu kawasan), me­min­tas, melintasi, menjalani: jalan raya yg ~ negeri itu sangat banyak; kita ~ padang yg penuh dgn lalang; berlari ~ desa; 3. me­rintis; ~ jalan a) merintis (membuka) jalan; b) me­mintas jalan; 4. ki mencakup atau me­rangkumi: bahasa Melayu kini mampu ~ semua bidang ilmu; rentasan garisan dll yg merentas: nilaian n dapat diperoleh dr ~ graf pd paksi melintang dan ~ graf pd paksi tegak; salah satu cara yg mudah sekali utk menggambarkan kontur ialah dgn melukis ~; perentas (Mat) garisan lurus yg memotong dua atau lebih garisan lurus; ® retas.Kamus Dewan Edisi Keempat
sanggulgelung atau simpul rambut perempuan, kundai; jenis-jenisnya: ~ ayam mengeram, ~ bulat, ~ kelung, ~ lintang, ~ miring, dll; ~ Fatimah sj azimat pelias; hang tak kurang ~, aku tak kurang tenggek prb hilang yg satu masih ada lagi gantinya yg lain (laki-laki dan perempuan); terlintang oleh ~ prb suami yg selalu menurut kata isterinya; bersanggul 1. memakai sanggul: rambutnya ~ lintang sangkut; 2. sedang mengenakan sanggul; menyanggul, menyanggulkan mengena­kan (memasang) sanggul: maka disanggulnya rambut yg terurai.Kamus Dewan Edisi Keempat
tunggang-langgang1 pontang-pan­ting atau lintang-pukang (ber­lari dsb). 2 = tunggang balik dlm ke­adaan ber­guling-guling. menunggang-lang­gangkan 1 menyebabkan tung­gang-langgang (berlari dsb). 2 menjadikan berguling-guling. 3 membelit-belit­kan sesuatu perjanjian, perkataan dll; memutarbelitkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menghakis1. mengikis (dan meng­hanyut­kan) permukaan tanah atau batu dll (oleh air, angin, dll) sehingga haus, rosak, musnah dsb: angin saja tidak boleh ~ batu, tetapi angin yg mengandungi pasir halus dapat mengikis bahagian batu yg lembut; selepas tanah pantai dihakis oleh air, maka jelas kelihatan akar-akar lintang yg mene­gakkan akar-akar ceracak keluar; 2. menye­babkan (kuasa, moral, keyakinan dsb) se­makin terjejas, berkurang, merosot, hilang dsb: pelbagai amalan tidak sihat akan berlaku dan seterusnya ~ keyakinan pelabur; kenaikan kos ini akan hanya ~ kecekapan pengeluaran pertanian tempatan; 3. ki menjadi kurang (bkn nilai, harapan, keyakin­an dsb), merosot, menurun: apabila tindakan mengenakan kadar faedah dilambatkan, keyakinan terus ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
hakis; menghakis 1. mengikis (dan meng­hanyut­kan) permukaan tanah atau batu dll (oleh air, angin, dll) sehingga haus, rosak, musnah dsb: angin saja tidak boleh ~ batu, tetapi angin yg mengandungi pasir halus dapat mengikis bahagian batu yg lembut; selepas tanah pantai dihakis oleh air, maka jelas kelihatan akar-akar lintang yg mene­gakkan akar-akar ceracak keluar; 2. menye­babkan (kuasa, moral, keyakinan dsb) se­makin terjejas, berkurang, merosot, hilang dsb: pelbagai amalan tidak sihat akan berlaku dan seterusnya ~ keyakinan pelabur; kenaikan kos ini akan hanya ~ kecekapan pengeluaran pertanian tempatan; 3. ki menjadi kurang (bkn nilai, harapan, keyakin­an dsb), merosot, menurun: apabila tindakan mengenakan kadar faedah dilambatkan, keyakinan terus ~; menghakiskan 1. mengikis (dan meng­hanyut­kan) permukaan tanah atau batu dll (oleh air, angin, dll) sehingga haus, rosak, musnah dsb: pohon itu musnah disebabkan oleh ombak yg sudah banyak ~ tanah di sekitarnya; 2. menyebabkan (keuntungan, kuasa, moral, keyakinan dsb) semakin ter­jejas, berkurang, merosot, hilang dsb: peng­ambilan untung selepas urus niaga ber­henti rehat pd tengah hari telah ~ keuntung­an terdahulu di BSKL; terhakis 1. dikikis dan dihanyutkan oleh air, angin, ombak dsb (bkn permukaan tanah, batu dsb): perdu itu tumbang dan akhirnya ~ segala tanah; kejadian itu menyebabkan pantai ~ akibat dipukul ombak besar; 2. menjadi semakin berkurang (merosot, lenyap dsb): pendapatan kerajaan negeri semakin ~ sedangkan perbelanjaan mengurus se­makin meningkat; kedamaian kampung itu sudah mula ~ atas nama pembangunan; hakisan perihal menjadi terhakis; penghakisan proses (perbuatan, tindakan dsb) menghakis atau menghakiskan: kadar ~ tanah bergantung pd beberapa faktor persekitaran fizikal; keruntuhan akhlak dan ~ rasa hormat dan kasih sayang kpd orang tua semakin ketara.Kamus Dewan Edisi Keempat
lebar(lébar) 1. lapang (kawasan dll), luas, tidak sempit: Jawa Tengah tidak se~ Jawa Barat dan Jawa Timur; 2. lintang (lwn panjang) pd sesuatu kawasan: ~ tanah ini kira-kira dua puluh meter; ia tersenyum ~; ~ mulut (orang yg) banyak cakap; melebar menjadi (lebih) lebar: senyuman Datuk Ujang yg sudah tumpas tadi ~ semula; melebarkan membuat jadi lebar, melapang­kan, meluaskan: mereka datang hendak ~ tanah jajahan mereka; ~ jalan-jalan yg sempit; memperlebar menjadikan lebih lebar; kelebaran keadaan lebar; pelebaran perihal atau perbuatan melebar­kan, peluasan.Kamus Dewan Edisi Keempat
dengar; panggil tak ~ ki jauh (sekali); corong ~ Id corong alat mendengar; salah ~ salah me­nangkap (percakapan, kata-kata yg di­tutur­kan, dll); dengar-dengar menurut khabar yg diterima, menurut yg diketahui: ~nya Idah selalu bergaduh di sana; ~ angin menurut khabar angin; engar-dengaran 1. mempedulikan, meng­endahkan, mendengar (menerima, menurut, percaya, dsb): jangan tuanku ~ akan sembah orang yg tiada sebenarnya; 2. perasaan seolah-olah mendengar (sesuatu), perasaan spt terdengar-dengar: cuma ~ saya sahaja agaknya; berdengar Mn didengar(kan), dipedulikan, diturut(kan); mendengar 1. menangkap (bunyi, suara) dgn telinga: pd mulanya dia tidak ~ orang mengetuk pintu; 2. mendapat (khabar, berita, dll), mendapat tahu: setelah ia ~ khabar Raja Iskandar datang, maka Raja Kida Hindi pun menghimpunkan segala rakyat dan raja-raja; 3. memberikan perhatian kpd kata-kata dsb seseorang (utk mengikutnya, memper­timbangkannya, dsb), mempedulikan, me­ngikut (kata, suruhan, dll): kerana si isteri ~ hasutan orang, kedamaian rumah tangga tidak terdapat di rumahnya; ~, mengingat (menimbangkan) memutuskan Id (digunakan berkaitan dgn) proses membuat sesuatu ke­putusan (resolusi); dengar cakap enggang, makan buah beluluk, dengar cakap orang, terjun masuk lubuk prb hendaklah berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu pekerjaan, jangan men­dengar cakap orang; didengar ada, dipakai tidak prb tidak mengikut nasihat; men­dengarkan, mendengari 1. men­de­ngar akan (sesuatu): fikiran Khatijah semakin terang apabila ~ suara takbir memuji Tuhan; kemudian Datuk Ujang men­ceritakan kisah yg pernah didengarinya drpd seorang ko­munis yg ditawan; 2. meng­endahkan, mem­pedulikan, mengikutkan (na­sihat, bujuk­an, dll): jangan kamu dengarkan sangat cakap orang; memperdengarkan 1. melakukan sesuatu (spt memainkan alat muzik, menyanyikan lagu, dsb) supaya didengar oleh orang lain, menyiarkan (lagu dsb) melalui radio: Hamzah sering diundang utk ~ gesekan biolanya dlm majlis yg besar-besar; 2. menyiarkan (menge­mukakan dsb) supaya diketahui umum atau orang lain: keluhan para isteri tentang kelakuan suami yg keterlaluan banyak sekali diperdengarkan menerusi majalah; terdengar 1. (sudah) didengar: apabila ~ oleh Pak Pandir bunyi itu, ia pun lari lintang-pukang; 2. dapat (boleh) didengar: sebelum dia masuk, ~ olehnya bunyi orang mencuci baju; 3. ki sanggup (tahan) didengar: tenarlah bunyi sumpah seranahnya akan Pak Pandir, hingga tiada ~ oleh anjing dan kucing; 4. didengar, diketahui: berita itu sudah ~ merata-rata; terdengar-dengar seolah-olah (masih) men­­­dengar, seolah-olah belum luput dr telinga; kedengaran 1. (dapat) didengar, terdengar: dr jauh ~ bunyi loceng sayup-sayup dibawa angin; 2. diperoleh berita, diketahui: setelah ~lah ke benua Siam, maka paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah; pendengaran 1. pancaindera utk men­dengar, alat mendengar (seluruh bahagian telinga): kalau ~ rosak, tentu tidak boleh mendengar lagi; 2. perihal mendengar(kan), apa yg dapat didengar: Kak Bedah meng­angkat kepalanya utk menjelaskan ~nya; pendengar 1. alat (perkakas, benda) utk mendengar(kan); 2. orang yg mendengar (bunyi, percakapan, dsb): ~ radio; 3. = pen­dengaran pancaindera utk mendengar; 4. Id mahasiswa tidak berdaftar tetapi mengikuti (mendengar sahaja) kuliah-kuliah.Kamus Dewan Edisi Keempat
lari1. = berlari bergerak dgn pantas sekali (lebih cepat drpd berjalan): mereka pun terkejut lalu ~ tunggang-langgang; lumba ~ 100 meter; 2. menyelamatkan atau melepas­kan diri (drpd bahaya, tahanan, dll): kesemua pencuri itu telah dapat ~ drpd serbuan polis; maka tuan Puteri Bongsu pun hendak ~lah, malu akan tuanku Malim Deman; 3. me­ninggalkan (sesuatu tempat, pekerjaan, dll) tanpa kebenaran, (dan biasanya pergi ke mana­mana supaya tidak dapat dikesan): kedua­-dua orang pemuda yg ~ masuk hutan itu akan dihukum; 4. bebas (terlepas, tersisih, dsb) drpd sesuatu atau drpd terpaksa melaku­kan sesuatu: ini ialah pembicaraan forma­listik yg tidak ~ drpd konsepnya; kita tidak dapat ~ drpd membandingkan kedua-dua bahasa kerana dua sebab; 5. bp perginya, arah, hala, haluan: ke mana ~nya wang tadi? 6. kecepatan, kelajuan: kuat sungguh ~nya kereta itu; 7. Jk panjang (sesuatu bidang); ~ celebu Kl, Tr lari dgn pantas; ~ pecut larian pd jarak dekat dgn kadar yg terpantas; selari 1. sama hala atau arah (garisan, banjaran, dll), sejajar: garisan lintang itu ialah bulatan-bulatan yg ~ dgn khatulistiwa; garisan ~ garisan sejajar (tidak akan bertemu walaupun dipanjangkan); 2. = selarian se­imbang dgn, sesuai dgn: terdirinya sekolah menengah itu adalah ~ dgn cita-cita kerajaan hendak menjadikan bahasa kebangsaan sbg bahasa pengantar di sekolah; sengaja kupakai berjalan bersama-sama dgn engkau ini supaya selarian dan sesuai dgn darjatmu; 3. tidak putus-putus, terus-menerus: ulasan ~; berselari dlm keadaan yg selari: ketiga-tiga banjaran itu kira-kira ~ antara satu dgn lain; menyelarikan menjadikan sesuatu selari (sejajar): persediaan tersebut hendaklah diselarikan dgn program pembangunan; keselarian keadaan selari: ~ sinar itu; perselarian persamaan: imej-imej dlm kedua­-dua satira tersebut ada ~nya; berlari bergerak dgn pantas sekali (lebih cepat drpd berjalan): jangan ~ nanti jatuh; ~ (-lari) anak berlari perlahan-lahan; ~(-lari) anjing a) berlari dgn langkah pendek; b) sekejap berlari sekejap berjalan; guru kencing berdiri murid kencing ~ prb murid mencontohi kelakuan gurunya terutama kelakuan yg tidak baik; berlarian, berlari-larian, berkelarian ark 1. berlari atau berkejar tidak tentu hala: maka gemparlah orang ~ ke sana sini; 2. dlm keadaan berlari-lari: semua dayang dan inang pengasuh datang ~ meniarap serta menangis di kakinya; kedua-dua anaknya berlari-larian datang mendapatkan dia; 3. berlari, berjalan cepat-cepat: berjalan pun berlari-larian sahaja kerana hari hampir petang; melarikan 1. membawa lari: dua orang perompak telah ~ wang tunai dr sebuah kedai minyak; 2. memandu atau membawa laju­laju (kenderaan dll), menyebabkan berlari (spt kuda dll): dia ~ skuternya ke pejabat; 3. = ~ diri melepaskan diri drpd (bahaya, tahanan, dll), menghilangkan diri: beberapa orang telah ~ diri ke hutan mencari perlindungan; ketika patah perang pd minggu yg lalu, ia telah ~ diri; 4. mengalihkan (pandangan dll): Zaini telah ~ mukanya ke arah lain; memperlarikan 1. melarikan (memandu kereta dll) dgn laju; 2. lari melalui; terlari-lari berlari-lari kerana: ~ ketakutan; larian 1. perlumbaan (kuda dll); 2. perbuatan (pergerakan) lari: ~ mereka terhenti, di hujung jambatan itu sudah didatangi api; ~ kuda tempat perlumbaan (kuda dll); 3. jalan kecil sebelah dalam kubu (kota dll); pelarian 1. perihal berlari dgn cepat: mata­nya liar memerhatikan sekeliling spt mata pencuri dlm ~; 2. = orang ~ orang yg melari­kan diri, pengungsi; sepelarian sejauh (yg terdaya) berlari; ~ kuda sejauh kuda berlari; pelari orang yg berlari (dlm sukan dll), orang yg melarikan diri; ~ pecut orang yg berlumba lari pd jarak dekat dgn kadar yg terpantas; binatang ~ binatang yg kuat berlari.Kamus Dewan Edisi Keempat
kalang Igalang, landasan, penyangga, ganjal (spt bantal dll), alas; ~ ayam tempat ayam bertenggek (tidur); ~ dada kayu (galah) yg diikat melintang (sbg pelampung) pd perahu; ~ dara gelang-gelang (tali) yg mengikat andang-andang dgn tiang, kelendara; ~ ulu bantal kepala; berlentang ~ Kl lintang-pukang (tidak teratur); besar ~ penakut; sempit ~ mudah marah; terbalik ~ bertentangan pendapat; tidak tentu ~ tumpuan, tidak tentu ~ batang prb apabila marah semua orang digusari; selapik seketiduran, sebantal se~ ulu prb karib sekali (persahabatan); berkalang bergalang, beralas, berbantal, berganjal; (mati) ~ tanah ki mati; mengalang menggalang, menjadikan ber­bantal (berlandasan dll), mengalas, mengganjal; mengalangkan menggalangkan, mengalas­kan, mengganjalkan; ~ leher = ~ merih mem­pertaruhkan nyawa utk menolong orang lain: saya halangi engkau beristerikan Poniem, saya kalangkan leher saya, kerana saya tahu akan akibat yg akan kauhadapi; memperkalang 1. menggunakan sbg bantal (alas); 2. ki menjunjung tinggi; terkalang tergalang, terganjal; ~ di mata, terasa di hati prb tergerak hati hendak mengetengahkan buah fikiran dll; lidah ~ prb tidak dapat membantah (meno­lak, menjawab, dll) permintaan orang (kerana sudah terhutang budi dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
silang1. bentuk spt salib (pangkah, palang) yg miring letaknya, bentuk spt tanda darab; 2. = kayu ~ kayu palang, salib; ~ empat simpang empat (jalan); ~ gunting bentuk atau rajah yg bersengkelang; ~ kata sj teka-teki utk mencari perkataan (dgn mengisi huruf-huruf dlm petak-petak yg disediakan); ~ keris bahagian hujung ganja (keris) yg tajam, kepit; ~ pukang tidak tersusun (letaknya), lintang-pukang; ~-seli selang-seli; ~ selimpat kusut tidak menentu, kacau sekali; ~ selisih a) = ~ sengketa tidak sesuai (fikiran, pendapat, dll), bertikaian; b) berlawanan arah, simpang­-menyimpang; ~ berpangkal, kerja berjunjung = ~ ber­pangkal, kerakap berjumpa junjung prb dlm tiap-tiap pekerjaan mestilah ada ketua atau kepalanya supaya selamat; bersilang 1. bersengkelang (spt salib atau tanda darab): kedua-dua kakinya diangkat ke atas dan ia duduk bersila, kedua-dua tangannya ~ di tepi meja; 2. = silang-menyilang bersimpang-siur (jalan, moto­kar, dll), berpapasan (berselisih) letak atau duduk sesuatu, palang-memalang; ~ selisih berlawanan arah; menyilangkan, mempersilangkan menjadi­kan atau meletakkan bersilang: ia pergi ber­baring di atas tempat tidur sambil ~ kakinya; kedua-dua belah kakinya disilangkan dan digoyang-goyangkan bagai ekor ikan; silang-menyilang bersengkelang letak atau duduknya (pedang, keris, dll), bersimpang­ siur, berpapasan: awan di langit ~; tersilang disilangkan: ia berjalan mundar­-mandir dgn tangan ~ ke belakang; silangan sesuatu yg letaknya (bentuknya dll) bersilang, silang: mereka bersandar pd ~-~ papan yg sedang dikeringkan; persilangan 1. perihal bersilang; 2. tempat pertemuan (jalan raya dll), persimpangan; penyilangan perihal (proses atau perbuatan) menyilang atau menyilangkan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas