Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.céng] | لوچيڠ

Definisi : (locéng) 1. sj alat drpd logam yg ber­geronggang, berbentuk cawan serta mem­punyai tukul kecil tergantung di dalamnya, dan berbunyi kuat dan nyaring apabila digoyangkan: ~ sekolah berbunyi pd pukul satu; ~ basikal; ~ gereja; ~ elektrik loceng yg dibunyikan oleh kuasa elektrik; 2. Id jam besar (di dinding dll); berloceng mempunyai (berhias, dilengkap­kan dgn) loceng: gelang ~; meloceng membunyikan loceng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.céng] | لوچيڠ

Definisi : /locèng/ alat yg dibuat drpd logam tuangan, berbentuk spt cawan (terdapat logam kecil tergantung di dlmnya) dan berbunyi kuat serta nyaring apabila digoyangkan atau dipukul; genta: ~ elektrik loceng yg dibunyikan dgn tenaga elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata loceng

Puisi
 

Orang Acheh pulang ke Kubu,
     Bunyi loceng pukul lapan;
Jumpa kasih sama setuju,
     Bagai paku lekat di papan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

171

Easier said than done

Cakap memang mudah tetapi hendak membuatnya payah.

Apa payahnya menaupkan bibir atas bawah

"I suggest that a bell be hung around the cat's neck," said a young mouse to tremendous applause. "But which one of us is going to do that?" interjected an old mouse. Each and every mouse in the barn fell silent suddenly."Well, easier said than done," the old mouse retorted.

''Cadangan saya, kalungkan loceng di leher si kuching itu,'' kata seekor tikus muda sambil disambut tepukan yang gemuruh. ''Tapi siapa antara kalian yang akan melakukannya?'' sampuk seekor tikus tua. Setiap ekor tikus yang ada dalam bangsal itu terdiam tiba-tiba. ''Yalah, apa payahnya menaupkan bibir atas bawah,'' tempelak si tikus tua itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
gemerencingbunyi spt bunyi rantai (besi) atau loceng-loceng kecil yg bersentuhan. bergemerencing berbunyi spt bunyi rantai atau loceng-loceng kecil yg bersentuhan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gemerencingbunyi spt bunyi rantai (besi) atau loceng-loceng kecil yg bersentuhan. bergemerencing berbunyi spt bunyi rantai atau loceng-loceng kecil yg bersentuhan.Kamus Pelajar
giring-giringloceng-loceng kecil sbg perhiasan pd gelang dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
giring II; giring-giring loceng-loceng kecil sbg perhiasan pd gelang dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bergemerencingberbunyi spt bunyi rantai atau loceng-loceng kecil yg bersentuhan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
giring IIgiring-giring loceng-loceng kecil sbg perhiasan pd gelang dll.Kamus Pelajar
bergemerencingberbunyi spt bunyi rantai atau loceng-loceng kecil yg bersentuhan.Kamus Pelajar
gelang keronconggelang kaki yg pada­nya terlekat giring-giring (loceng-loceng kecil): penari-penari yg memakai gelang ~ sedang menari dgn rancaknya;Kamus Dewan Edisi Keempat
keroncong IIIgelang kaki yg pada­nya terlekat giring-giring (loceng-loceng kecil): penari-penari yg memakai gelang ~ sedang menari dgn rancaknya; berkeroncong memakai gelang keroncong.Kamus Dewan Edisi Keempat
loceng(locéng) 1. sj alat drpd logam yg ber­geronggang, berbentuk cawan serta mem­punyai tukul kecil tergantung di dalamnya, dan berbunyi kuat dan nyaring apabila digoyangkan: ~ sekolah berbunyi pd pukul satu; ~ basikal; ~ gereja; ~ elektrik loceng yg dibunyikan oleh kuasa elektrik; 2. Id jam besar (di dinding dll); berloceng mempunyai (berhias, dilengkap­kan dgn) loceng: gelang ~; meloceng membunyikan loceng.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas