luang I | 1. ruang yg kosong, kelapangan, lowong; 2. kekosongan pekerjaan, lowong: ~ dan lubang kerja cukup banyak; 3. kesempatan (baik): kalau ada ~ saya akan pergi ke rumah awak; meluangkan mengosongkan (tempat dll), melapangkan (masa dll): walaupun sibuk, ia sentiasa ~ masa utk kanak-kanak; terluang 1. kosong, lapang, terbuka (tempat dll): stadium itu penuh sesak tidak ada tempat ~; 2. ki tidak ada yg menduduki (jawatan, pekerjaan, dll), kosong, lowong: tiada pekerjaan yg ~ di pejabat itu; 3. tidak sibuk, senggang: setiap waktu ~ mereka berbual; 4. tidak bertutup, terbuka (langkah, jalan, dll): itulah sahaja langkah yg ~ baginya; keluangan kelapangan, kesempatan: itu pun dr kalangan mereka yg mempunyai ~ masa serta bersetuju dgn pimpinan parti politik yg diceburi; peluang kesempatan baik, ketika yg baik: kalau ~ ini dilepaskan, mungkin seumur hidup ia akan menyesal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lowong | tidak ada yg menduduki (jawatan, pangkat, tugas, dsb), terluang, kosong; melowongkan mengosongkan (jawatan, pangkat, dsb), meluangkan; lowongan jawatan (pekerjaan) kosong: tahun hadapan akan terbuka banyak ~ kerja di jabatan itu; kelowongan keadaan lowong, kekosongan: akan tetapi ~ itu diisi dgn pengarang-pengarang baru yg berbakti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelowongan | keadaan lowong, kekosongan: akan tetapi ~ itu diisi dgn pengarang-pengarang baru yg berbakti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terluang | 1. kosong, lapang, terbuka (tempat dll): stadium itu penuh sesak tidak ada tempat ~; 2. ki tidak ada yg menduduki (jawatan, pekerjaan, dll), kosong, lowong: tiada pekerjaan yg ~ di pejabat itu; 3. tidak sibuk, senggang: setiap waktu ~ mereka berbual; 4. tidak bertutup, terbuka (langkah, jalan, dll): itulah sahaja langkah yg ~ baginya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |