hala -kebala | Kl, bp biarkan(lah), lupakan (lah), maafkan(lah): ~lah, jangan diingat-ingatkan lagi perkara itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pesanan | 1. pesan: ~ ibu tidak akan kami lupakan; 2. sesuatu yg dipesan (dipesankan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hala II | ; ~-kebala Kl, bp biarkan(lah), lupakan (lah), maafkan(lah): ~lah, jangan diingat-ingatkan lagi perkara itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tercekik | 1. dicekik; 2. tersangkut makanan di kerongkong (tekak); 3. ki tertekan (oleh kemiskinan dll), berada dlm kesusahan yg amat sangat: janganlah kita lupakan golongan yg kehidupannya ~ dan sentiasa berhempas-pulas utk menyambung hidup sehari-hari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperkarakan | 1. menjadikan perkara, membawa ke mahkamah supaya diadili: kalau kita tidak berhati-hati dan melanggar undang-undang kita boleh diperkarakan; 2. menjadikan perselisihan (pertengkaran, pergaduhan), mempertengkarkan, mendebatkan: tidak ada gunanya kita ~ hal itu, lebih baik kita lupakan sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkara I | 1. sesuatu yg harus diselesaikan, pokok perbincangan (pertelingkahan dll), fasal, hal: sbg pengurus syarikat, banyak ~ yg harus diselesaikannya; Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu mengandungi seratus sebelas ~ yg pendek-pendek; ~ belakang urusan yg boleh diselesaikan kemudian; ~ besar hal yg penting; ~ kecil hal yg tidak penting (tidak sukar); habis ~ sudah beres segala-galanya (tidak ada yg hendak diuruskan lagi); 2. kejadian, peristiwa: wartawan yg memberikan ~ kemalangan itu sempat juga mengambil gambar; 3. hal yg menghendaki keputusan, mahkamah, dll (perbuatan jenayah, perselisihan, dll), kes, sengketa: beberapa ~ menerima rasuah sedang disiasat oleh jabatan itu; masih dalam ~ sedang dibicarakan (oleh mahkamah); 4. bp berkenaan dgn, mengenai, tentang hal: lupakan sajalah dahulu ~ hutangnya yg belum selesai itu; 5. bp disebabkan oleh, kerana: ~ perempuanlah mereka berdua itu bergaduh; seperkara; ~ lagi (pula) satu hal lagi, tambahan lagi: ia dilantik memegang jawatan itu kerana kecekapannya, ~ lagi ia memang berpengalaman; berperkara 1. mempunyai perkara (urusan); 2. sedang dibicarakan (diadili); memperkarai ark menjadikan perkara (kes), membawa ke mahkamah; memperkarakan 1. menjadikan perkara, membawa ke mahkamah supaya diadili: kalau kita tidak berhati-hati dan melanggar undang-undang kita boleh diperkarakan; 2. menjadikan perselisihan (pertengkaran, pergaduhan), mempertengkarkan, mendebatkan: tidak ada gunanya kita ~ hal itu, lebih baik kita lupakan sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cekik I | ; mencekik 1. mencengkam leher hingga tidak boleh bernafas: ia membunuh perempuan itu dgn ~ lehernya; 2. ki menekan, memeras, menindas, menyeksa, menyengsarakan: mereka dicekik kemiskinan; mereka mendoakan agar kemarau jangan ~ mereka; 3. bk makan; ~ darah memeras (wang, tenaga, dll); tercekik 1. dicekik; 2. tersangkut makanan di kerongkong (tekak); 3. ki tertekan (oleh kemiskinan dll), berada dlm kesusahan yg amat sangat: janganlah kita lupakan golongan yg kehidupannya ~ dan sentiasa berhempas-pulas utk menyambung hidup sehari-hari; cekikan perihal mencekik; pencekik 1. orang yg mencekik; ~ darah pemeras, penindas; 2. alat utk mencekik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keruh I | 1. tidak jernih (kerana mengandungi kotoran spt keladak, lumpur, dll), agak kotor (bkn air): lumpur dr lombong bijih itu menjadikan air sungai itu ~; 2. tidak menyenangkan atau menggembirakan (bkn kejadian, peristiwa, suasana, dsb), tidak cerah (bkn keadaan cuaca dll), agak muram (bkn air muka), agak kacau (kusut) atau tidak keruan (bkn perasaan dsb), tidak sopan atau tertib (bkn kata-kata dsb): Bidin terkenangkan peristiwa-peristiwa ~ yg telah berlaku pd dirinya; cuaca cerah dan udara tenang telah berubah menjadi ~ dan malap; air muka yg ~ dan sedih; bahasanya ~ bahasanya tidak sopan (tertib); jejaknya ~ Mn asal keturunannya atau perbuatannya yg sudah-sudah kurang baik; ~-~ kerak keruh sedikit (bkn air); buang yg ~ ambil yg jernih prb lupakan perkara atau peristiwa yg tidak baik dan ambil (ingatkan) yg baik-baik sahaja; mengeruh menjadi keruh (tidak jernih, tidak cerah, tidak menyenangkan, dll); mengeruhkan menjadikan atau menyebabkan keruh (tidak jernih, tidak cerah, tidak menyenangkan, dll): gas karbon dioksida boleh ~ air kapur; pertelingkahan mengenai calon pilihan raya ini akan ~ suasana dlm parti; kekeruhan keadaan atau sifat keruh, keadaan tidak jernih (tidak menyenangkan dll): ada sesuatu ~ dlm suasana rumah tangga Zarina; ~ air itu disebabkan oleh kotoran yg terkandung di dlmnya; ~ air mukanya menunjukkan ada sesuatu yg kurang baik telah berlaku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kacang I | sj tumbuhan dan buahnya; ~ arab = ~ bendi = ~ lendir sj tumbuhan (herba), Hibiscus esculentus; ~ belimbing = ~ botor = ~ kelisa = ~ kotor sj tumbuhan (pokok memanjat), Psophocarpus tetragonolobus; ~ buncis = ~ pendek sj tumbuhan (herba), Phaseolus vulgaris; ~ cina sj tumbuhan (herba), Phaseolus lunatus; ~ goreng = ~ cina = ~ jawa = ~ tanah sj tumbuhan (herba), Arachis hypogaea; ~ hantu a) = ~ parang = ~ polong sj tumbuhan (pokok memanjat), Canavalia ensiformis; b) orang jahat; ~ hijau = ~ cindai = ~ padi sj tumbuhan (pokok renek), Phaseolus aureus; ~ kara = ~ sepat sj tumbuhan (pokok), Dolichos lablab; ~ kayu a) sj tumbuhan (pokok renek), Cajanus indicus; b) = ~ riang-riang = ~ sekucuk sj tumbuhan (pokok), giring-giring, Crotalaria striata; ~ kelor sj tumbuhan (pokok) emunggai, Moringga oleifera; ~ kota sj tumbuhan (pokok), ketepeng hutan, Cassia occiden-talis; ~ kuda sj kacang yg agak bulat, berwarna kekuning-kuningan atau coklat muda, yg biasanya direbus utk dimakan, Cicer arietinum; ~ laut a) sj tumbuhan (herba), Vigna marina; b) sj tumbuhan (pokok menjalar), Canavalia rosea; ~ miang a) sj kacang yg gatal; b) orang yg suka menghasut; ~ panjang = ~ merah = ~ perut ayam sj tumbuhan (pokok), Vigna sinensis; ~ putih sj tumbuhan (pokok memanjat), Pisum sativum; ~ soya sj tumbuhan (herba), Glycine max; ~ sepalit = ~ puyuh sj tumbuhan (herba), Phaseolus calcaratus; kuih ~ kuih kasturi, rengas; ~ lupakan kulitnya = panas hari, lupa ~ akan kulitnya prb orang yg lupa akan asalnya (orang yg telah menolongnya dll) setelah menikmati kesenangan dll; bagai ~ direbus satu prb meloncat-loncat kerana kesukaan; bagai ~ tengah dua bulan prb, Mn sangat subur tubuh badannya (bkn kanak-kanak); kacang-kacang a) sj tumbuhan (pokok renek), teruntum, Aegiceras corniculatum; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), kacang hijau hutan, Pueraria phaseoloides; akar ~ a) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar pah kuda, akar sarang punai, akar tegun pontianak, Dichapetalum deflexifolium; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar telur bujuk, akar nyamuk, Agelaea vestita; mengacang 1. membahagi-bahagi (barang yg diperoleh dll); 2. berbuat sesuka hati atau semahu-mahunya (atas hak milik orang lain); memperkacang menghabiskan (memboroskan) harta atau wang orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pesan | 1. amanat (nasihat, permintaan, suruhan, dll) yg diterima (diteruskan kpd orang lain): ia teringat ~ ayahnya supaya surat itu jangan diberi kpd tangan orang lain; ada ditinggalkan ~ sebelum ia berangkat tadi; 2. amanat (nasihat, wasiat, dll) yg penghabisan drpd orang yg akan meninggal: emaknya yg baru mati tidak sempat meninggalkan apa-apa ~ kepadanya; 3. permintaan barang utk dibeli, tempahan; ~ dituruti, petaruh dimalami, berserah berkehendak hati prb mempercayakan sesuatu kpd orang dgn tidak percaya bulat-bulat; berpesan 1. meminta supaya amanatnya (kehendaknya, nasihatnya, suruhannya, dll) diterima atau diteruskan kpd orang, memberi pesan (kpd): sebelum ia bertolak ia ~ kpd Kak Loyah supaya menjaga anaknya; 2. memberi nasihat (amanat, wasiat, dll) ketika hampir akan meninggal: sebelum ia meninggal ia ~ beberapa kali supaya Dewi berbanyak sabar dan bertenang; 3. membuat permintaan (utk membeli dll barang dagangan), menyuruh membuatkan (menyediakan, mengirimkan), menempah: “Kek”, katanya ~, sebelum kuih tiba ia minum seteguk; ~ berturut, harap ada, percaya tidak prb tidak mempercayai sepenuh-penuhnya; memesan 1. memberi pesan (nasihat, arahan, dll): sejak dr rumah tadi ia sudah ~ anak-anaknya supaya jangan berenggang jauh; 2. meminta supaya dibawakan (dikirim, dibuatkan, dll), menempah: tidak lama kemudian pelayan tadi muncul pula dgn makanan dan minuman yg dipesan; ~ tempat menempah tempat; memesani berpesan (memesan) kpd: maka kata orang yg dipesani itu, “Baiklah”; memesankan 1. memesan kpd; 2. memesan (barang dll) utk orang: sudah saya pesankan tuan buku itu; 3. meminta (menerusi orang lain) supaya datang dll: apa maksud ~ saya ke mari? pesanan 1. pesan: ~ ibu tidak akan kami lupakan; 2. sesuatu yg dipesan (dipesankan); pemesanan perbuatan memesan (memesankan); pemesan orang yg memesan atau menempah (barang dll): ~ buku diharap akan mengirim wang harganya sekali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |