peti mel(mail box) | Fail dalam storan komputer yang dikhaskan untuk memegang fail pesanan yang dikirim melalui rangkaian komputer dari pangkalan lain. | Kamus Komputer |
pencantuman mel(mail-merging) | Proses menggabungkan fail yang mengandungi surat borang dengan fail data untuk pencetakan. Proses ini akan menyisip secara automatik medan data dalam surat borang dengan data seperti nama dan alamat daripada fail data sebelum surat dicetak. | Kamus Komputer |
surat elektronik(electronic mail) | Lihat mel elektronik. | Kamus Komputer |
mel suara(voice mail) | Surat komputer yang mengandungi data suara pengirim mesej yang dituturkan ke dalam peranti input suara. | Kamus Komputer |
mel komputer(computer mail) | Lihat mel elektronik. | Kamus Komputer |
mel elektronik(electronic mail) | Surat, pesanan, atau mesej dalam bentuk fail komputer yang dikirim dan diterima melalui sistem rangkaian komputer. Singkatan e-mel. Sinonim surat elektronik, mel komputer. | Kamus Komputer |
mel berkomputer(computerized mail) | Teknik penghantaran surat dalam bentuk elektronik dengan menggunakan komputer. Sinonim surat berkomputer. | Kamus Komputer |
e-mel(e-mail) | Lihat mel elektronik. | Kamus Komputer |
sistem mel elektronik(electronic mail system) | Sistem yang berkaitan dengan proses pengarangan, penghantaran, penerimaan, penyimpanan, pembacaan, dan penghalaan semula surat, pesanan, atau mesej melalui sistem rangkaian komputer. | Kamus Komputer |
ECOM | Singkatan bagi electronic computer oriented mail, iaitu mel berorientasi komputer elektronik. | Kamus Komputer |