Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata masak;

Puisi
 

Asam jawa terlalu masak,
     Masak tak boleh dijeruk lagi;
Hati saya terlalu rosak,
     Rosak tak boleh dipujuk lagi.


Lihat selanjutnya...(145)
Peribahasa

Dibalik-balik bagai memanggang.

Bermaksud :

Difikirkan masak-masak.

 

Lihat selanjutnya...(62)

335

Look before you leap

Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).

Pukul anjing tengok-tengok tuannya

I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.

Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi pukul anjing tengok-tengok tuannya . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tanak-tanakkanbermain masak-masak (bkn anak-anak);Kamus Dewan Edisi Keempat
merenungkanmemikirkan dalam-dalam (masak-masak, sungguh-sungguh), meme­nung­­kan: ia mengambil masa yg lama utk ~ nasihat-nasihat yg diberikan oleh ibunya;Kamus Dewan Edisi Keempat
berancang1. dgn diatur (difikir­kan masak-masak, direncanakan) lebih dahulu: pembunuhan ~; 2. ada atau tersedia rancangan atau rencananya, diatur dan diawasi (berdasarkan asas-asas tertentu): sistem laissez-faire digantikan dgn sistem ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
rancang II; berancang 1. dgn diatur (difikir­kan masak-masak, direncanakan) lebih dahulu: pembunuhan ~; 2. ada atau tersedia rancangan atau rencananya, diatur dan diawasi (berdasarkan asas-asas tertentu): sistem laissez-faire digantikan dgn sistem ~; merancang 1. mengatur lebih dahulu, mem­persiapkan, merencanakan: antara beberapa kemajuan yg dicapai oleh ilmu perubatan sekarang ialah ilmu ~ keluarga; mereka cuba ~ suatu pemberontakan; 2. meng­anggarkan: negara ~ jumlah peng­hasilan yg mesti dicapai, menentukan apa yg penting dan tidak...; 3. bercadang, mengagak-agak, memikir-mikir, mem­per­timbangkan: ke­raja­an Indonesia ~ hendak memutuskan hu­bung­­­an diplomatik dgn China Komunis; terancang sudah dirancang, sudah disediakan rancangannya, mengikut asas-asas dsb yg telah ditentukan; rancangan 1. sesuatu yg dirancang, per­sediaan, persiapan, program, rencana; ~ lima tahun rencana pembangunan negara utk jangka masa lima tahun; 2. = tanah ~ tanah yg diusahakan oleh peneroka-peneroka FELDA (FELCRA dsb); perancangan perbuatan (tindakan, usaha) merancang sesuatu: ~ ekonomi, perusahaan, kebajikan, dan sebagainya; ~ bahasa; perancang orang yg merancang: seorang ~ pelajaran yg terkemuka telah didatangkan; badan ~ badan (jawatankuasa dll) yg bertugas membuat rancangan (undang-undang dll); Lembaga P~ Keluarga lembaga yg bertugas memberi penerangan dan kemudahan-kemu-dahan bagi orang awam utk merancang keluarga.Kamus Dewan Edisi Keempat
proaktifbkn sikap positif (individu, institusi dll) merangka atau melakukan sesuatu tin­dakan (setelah difikir masak-masak) jauh lebih awal drpd berlakunya sesuatu perkara yg sememangnya memerlukan tindakan yg berkenaan (tindakan tidak dilakukan hanya setelah sesuatu hal itu berlaku): kerajaan negeri akan mengambil pendekatan ~ utk menjayakan projek yg dirancang.Kamus Dewan Edisi Keempat
separuh masaksetengah masak, belum masak betul;Kamus Dewan Edisi Keempat
habis-habis1. hingga habis kesemuanya (ke­se­luruhannya dll); cakaplah (katakanlah) ~ cakaplah (katakanlah) segala-galanya (dgn tidak menyembunyikan sedikit pun); berfikir ~ berfikir masak-masak (dgn memper­hitung­kan segala-galanya); tak ~(nya) tidak putus-putusnya, tidak ada kesudahannya; 2. paling-paling, (yg) sebanyak-banyaknya (se­be­sar-besarnya dsb): orang-orang tua apa boleh dibuat mereka, ~ mereka meratap, ~ mereka me­maki-maki; memakan ~ me­nyorok hi­lang-­hilang prb merahsiakan se­suatu biar­lah sampai tidak diketahui orang sedikit pun;Kamus Dewan Edisi Keempat
renung II; merenung diam memikirkan se­suatu, termenung memikirkan sesuatu: be­berapa lama ia tinggal ~ di dlm biliknya; ~ hari depan memikir-mikirkan masa depan­nya; merenungkan memikirkan dalam-dalam (masak-masak, sungguh-sungguh), meme­nung­­kan: ia mengambil masa yg lama utk ~ nasihat-nasihat yg diberikan oleh ibunya; renungan sesuatu yg direnungkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
setengah masaka. belum masak betul (ttg buah-buahan dll). b. kurang luas pengetahuannya atau kurang matang fikirannya (bkn orang).Kamus Pelajar Edisi Kedua
setengah masaka) belum masak betul (tentang buah-buahan dll); b) ki orang yg tidak mempunyai pengetahuan yg cukup atau luas;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas