Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mata (kata nama)
1. Bersinonim dengan organ penglihatan: pancaindera, ain,

2. Bersinonim dengan bilah
Berantonim dengan hulu

3. Bersinonim dengan markah: skor, agregat, kredit, gred, ponten.,


Puisi
 

Macam mana mata nak tidur,
     Daun pauh jatuh melayang;
Macam mana mata nak tidur,
     Dari jauh nampak bebayang.


Lihat selanjutnya...(254)
Peribahasa

Bersultan di mata,
     beraja di hati.

Bermaksud :

Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Beraja di mata, bersultan di hati, c. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati).

 

Lihat selanjutnya...(92)

602

The tongue is sharper than the sword

Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal

Lidah lebih tajam daripada mata pedang

Indeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.

Sesungguhnya lidah lebih tajam daripada mata pedang . Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(18)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
keceng/kécéng/ tertutup mata sebelah. mengecengkan; ~ mata memejamkan mata sebelah (spt orang yg sedang membidik). sekeceng; ~ mata sekelip mata: Malam tadi, ~ mata pun saya tidak tidur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
detektif/detéktif/ mata-mata yg mencari rahsia; mata-mata gelap; polis rahsia.Kamus Pelajar Edisi Kedua
celakabuk hitam (coklat, biru dsb) utk mewarnai kening, bulu mata atau ke­liling mata: ~ mata. bercelak memakai celak. mencelak mewarnai kening (bulu mata, keliling mata) dgn celak: Ani sedang ~ bulu keningnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kejapgerak mata (pejam dan celik); kelip; kedip: ~ mata kelip mata. berkejap-kejap berkelip-kelip. mengejapkan mengelipkan: ~ mata. sekejap sekelip mata; tidak lama; sebentar; seketika: ~ lagi dia akan pulang. Dia bermain ~ saja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pelupuk matadaging nipis yg menutupi biji mata apabila mata dipejamkan; kelopak mata.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pelupuk; ~ mata daging nipis yg menutupi biji mata apabila mata dipejamkan; kelopak mata.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sipat II= ~ mata celak mata: ia jarang sekali memakai bedak, ~ mata atau gincu bibir; menyipat membubuh sipat (pd mata): bibir matanya disipat hitam dan alisnya dicukur melecut.Kamus Dewan Edisi Keempat
sekeceng; ~ mata sekelip mata: Malam tadi, ~ mata pun saya tidak tidur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kejam Itertutup mata sehingga tidak dpt melihat; pejam: ~ celik sekejap terbuka sekejap tertutup (bkn mata). mengejamkan menutup (mata); memejamkan: ~ mata.Kamus Pelajar Edisi Kedua
saujana mata (memandang)sejauh pemandangan mata, sejauh mata memandang.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas