variometer | /variométer/ ist alat utk mengukur perubahan medan magnet (terutamanya utk mengkaji medan magnet bumi). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
variometer | (variométer) (Fiz) sj alat utk mengukur perubahan dlm medan magnet, digunakan ter-utamanya bagi mengkaji medan magnet bumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
magnet | (magnét) sj besi yg mempunyai daya menarik logam-logam lain, besi berani, semberani; ~ kekal (Fiz) sj magnet yg kekal bermagnet walaupun medan magnet yg menghasilkannya itu sudah tiada; ~ ladam magnet yg berbentuk ladam; ~ sementara (Fiz) bahan yg bertindak sbg magnet hanya apabila bahan itu berada dlm medan magnet; bermagnet mempunyai (ciri) magnet: kunci ~; memagnetkan menjadikan (sbg) magnet; termagnet telah menjadi magnet; magnetan, kemagnetan perihal magnet; pemagnetan proses memagnetkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
magnetosfera | (magnétosféra) (Ast) kawasan di sekeliling planet yg dipengaruhi oleh medan magnet planet berkenaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
medan magnet | kawasan di sekeliling magnet yg ada daya magnetnya atau ada tarikan magnetnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sinaran elektromagnet | rambatan tenaga yg dihasilkan oleh getaran medan elektrik dan medan magnet, mis gelombang radio dan X-ray; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peta magnet | gambar rajah yg menunjukkan garis-garis daya magnet dlm medan magnet (yg mengelilingi sesuatu bar magnet). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemadam pukal(bulk eraser) | 1. Peranti yang memadamkan keseluruhan kandungan segulung pita magnet atau cakera magnet dengan menggunakan medan magnet kuat yang perlahan-lahan didekatkan pada jejak pita atau cakera ketika pita atau cakera sedang berputar. 2. Atur cara yang digunakan untuk memadamkan keseluruhan kandungan bahantara ingatan bermagnet dengan cepat. | Kamus Komputer |
gegelung | 1. sesuatu yg berbentuk gelung: wanita dr Myamar itu memakai ~ di keliling lehernya; 2. (Fiz) dawai berpilin berpenebat nipis yg digunakan utk mewujudkan medan magnet; ~ aruhan (Fiz) alat utk menghasilkan arus ulang-alik yg bervoltan tinggi drpd bekalan arus terus yg bervoltan rendah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
magnet kekal | (Fiz) sj magnet yg kekal bermagnet walaupun medan magnet yg menghasilkannya itu sudah tiada; | Kamus Dewan Edisi Keempat |