melahu | 1 berjalan ke sana ke mari tanpa tujuan. 2 (bkn seseorang pekerja) duduk tanpa membuat kerja yg sepatutnya dilakukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melahu | Pl berjalan dgn tidak ada tujuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melahu | 1. tidak membuat atau tidak mempunyai apa-apa pekerjaan yg bermanfaat, menganggur: banyak lagi siswazah yg masih ~ walaupun sudah agak lama lulus universiti; dia risau kerana ~ tidak bekerja; 2. tidak berbuat apa-apa dgn masa yg terluang: duduk ~ selepas makan adalah membosankan; 3. (Kej) bergerak perlahan-lahan dgn gear yg neutral (bkn enjin): tiada gegaran atau getaran semasa enjin ~; 4. (Komp) tidak menjalankan sebarang pengendalian atau tugas berfaedah ketika menunggu tindakan pengguna (bkn komputer). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melahu(idling) | Keadaan sumber komputer yang tidak menjalankan sebarang pengendalian atau tugas berfaedah ketika menunggu tindakan pengguna | Kamus Komputer |
masa melahu(idle time) | Masa sesuatu sumber komputer yang sepatutnya digunakan tetapi tidak menjalankan sebarang pengendalian atau tugas berguna bagi pengguna. | Kamus Komputer |
aksara melahu(idle character) | Aksara kawalan yang dikirim melalui sistem penghantaran data segerak untuk menyuruh sesuatu sistem menunggu tanpa berbuat apa-apa supaya sistem boleh disegerakkan. | Kamus Komputer |
lahu | ; melahu 1 berjalan ke sana ke mari tanpa tujuan. 2 (bkn seseorang pekerja) duduk tanpa membuat kerja yg sepatutnya dilakukan. pelahu 1 orang yg berjalan ke sana ke mari tanpa tujuan. 2 pekerja yg tidak membuat kerja yg sepatutnya dilakukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lahu | ; melahu 1. tidak membuat atau tidak mempunyai apa-apa pekerjaan yg bermanfaat, menganggur: banyak lagi siswazah yg masih ~ walaupun sudah agak lama lulus universiti; dia risau kerana ~ tidak bekerja; 2. tidak berbuat apa-apa dgn masa yg terluang: duduk ~ selepas makan adalah membosankan; 3. (Kej) bergerak perlahan-lahan dgn gear yg neutral (bkn enjin): tiada gegaran atau getaran semasa enjin ~; 4. (Komp) tidak menjalankan sebarang pengendalian atau tugas berfaedah ketika menunggu tindakan pengguna (bkn komputer). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lahu | melahu | Kamus Pelajar |
lahu | melahu 1. berjalan ke sana ke mari tanpa tujuan. 2. (bkn seseorang pekerja) duduk tanpa membuat kerja yg sepatutnya dilakukan. pelahu 1. orang yg berjalan ke sana ke mari tanpa tujuan. 2. pekerja yg tidak membuat kerja yg sepatutnya dilakukan. | Kamus Pelajar |