telanjur | 1 melebihi had atau melebihi tujuan tertentu; terlampau: Dia hendak pergi ke Taman Templer tetapi ~ hingga ke Kuala Kubu. 2 terlangsung (ttg perkataan, perbuatan dsb); terlajak; terdorong: Perkataannya sudah ~. ketelanjuran keadaan atau hal telanjur: Dia amat menyesali ~ kata-katanya itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
telanjur | 1 melebihi had atau melebihi tujuan tertentu; terlampau: Dia hendak pergi ke Taman Templer tetapi ~ hingga ke Kuala Kubu. | Kamus Pelajar |
melebihi | menjadi lebih drpd; mengatasi; melampaui: Markahnya tidak dpt ~ markah kakaknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melebihi | 1. lebih drpd, melewati, melampaui, mengatasi: darjah hidup kaum pekerja sekarang betul-betul sudah ~ darjah hidup mereka sebelum perang; 2. membuat supaya jadi lebih: mereka mesti berusaha dan memeras tenaga untuk ~ jangka yg ditentukan itu; ~ ancak-ancak, mengurangi sia-sia prb sesuatu pekerjaan atau perbuatan janganlah lebih atau kurang drpd yg sepatutnya tetapi hendaklah pertengahan jua; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melebihi | menjadi lebih drpd; mengatasi; melampaui: Markahnya tidak dpt ~ markah kakaknya | Kamus Pelajar |
lampau kemampuan(over capacity) | 1. Sifat sistem yang dibebankan tugas yang melebihi had maksimum yang boleh ditanggung oleh sesuatu proses. 2. Palam atau port input litar yang disambungkan dengan litar yang melebihi had yang dibenarkan. 3. Nilai kiraan atau data yang tidak mampu dikendalikan oleh pemproses kerana melebihi had yang dibenarkan. | Kamus Komputer |
demam | 1. penyakit yg menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa; 2. kenaikan suhu tubuh yg melebihi suhu biasa: semalam saya ~, saya tidak pergi kerja; 3. ki keghairahan utk sementara waktu: ~ pop enam puluhan; ~ berselang (berlat, berganti hari) demam yg tidak terus-menerus; ~ cupak Kl demam tubuh tetapi pesakit masih berselera utk makan; ~ denggi demam akibat virus yg disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes; ~ denggi berdarah demam denggi yg berbahaya (boleh membawa maut); ~ dingin (gigil, ketar, sejuk) demam kerana penyakit malaria (menyebabkan badan terasa sejuk dan menggigil); ~ kepialu demam kerana sj penyakit yg disebabkan oleh kuman dlm makanan atau air yg kotor; ~ ketulangan demam yg disertai oleh rasa sengal-sengal tulang; ~ kuning sj penyakit berjangkit yg menyebabkan warna badan penghidapnya menjadi kekuning-kuningan (kerana sakit pd hempedu); ~ merah sj penyakit berjangkit yg disebabkan bakteria Streptococcus pyogenes yg dicirikan dgn demam, sakit kerongkong, sakit kepala dan bintik-bintik merah pd kulit; ~ panas demam dgn suhu badan yg tinggi; ~ puyuh demam pura-pura (bukan sebenarnya demam); ~ reumatik penyakit yg menyebabkan demam serta bengkak dan rasa sakit pd sendi; ~ selesema (sesa-sesa) demam yg menyerang saluran-saluran pd paru-paru dan menyebabkan pesakit berasa kesejukan dan selalu mengeluarkan hingus, influenza; ~ skarlet demam merah; mendemamkan menyebabkan (menjadikan) demam, membuat (seseorang) demam: esoknya Jamilah bertandak-tandak pula sambil memomokkan mukanya herot-merot, ~ budak-budak yg memandang; terdemam, terdemam-demam menjadi (kena) demam: kanak-kanak itu ~ selepas menonton filem cerita hantu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
unggul I | melebihi (mengatasi) yg lain (baik, bijak, cekap, tinggi, dll), terbaik, teristimewa, terutama: dia seorang ahli olahraga yg ~; ahli sains yg ~; mengungguli mengatasi, melebihi (pihak lain): tiap-tiap golongan cuba ~ yg lain; keunggulan perihal unggul, kelebihan (drpd yg lain), keistimewaan, keutamaan: seniman harus juga berlatih dgn sabar, ~nya sebaha-gian besar adalah berkat latihan dan ke-sabaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keradikalan | perihal (sifat) radikal: tidak ada seorang pun yg melebihi pengalamannya dan tidak ada pula yg melebihi ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
industri kecil dan sederhana | perusahaan yg pusing ganti jualan tahunannya tidak melebihi RM25 juta, dan jumlah pekerja tidak melebihi 150 orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |