kucup I | ; berkucupan (saling) berciuman (dgn melekatkan bibir); berkucup bercium (dgn melekatkan bibir): nampaknya anak-anak muda kita semakin berani ~ di khalayak ramai; mengucup mencium dgn melekatkan bibir pd bibir atau pd sesuatu: ia ~ dahi anak itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pateri | sj perekat drpd aloi timah dan timah hitam (utk melekatkan perkakas ayan dll); berpateri berlekat (bersambung) dgn pateri, mempunyai pateri; mematerikan 1. melekatkan dgn pateri: udaranya telah dikeluarkan sebelum tin itu dipaterikan; 2. ki melekatkan, menyambungkan (menyatukan dll) erat-erat: ~ perjanjian dgn sumpah; terpateri 1. sudah dipaterikan, sudah dilekatkan; 2. ki sudah dilekatkan (diperkukuh dll) erat-erat: sukar utk melupakan cinta yg telah ~ sekian lama; pematerian perihal (proses atau perbuatan) mematerikan: ~ kekisi besi yg patah; pemateri alat utk mematerikan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melekatkan | 1 menjadikan sesuatu melekat pd; menempelkan: Ia sedang ~ gambar-gambar itu pd dinding. 2 mengenakan pakaian; memakai: Bapanya ~ baju tebal lalu pergi. 3 mengenakan pukulan; memukulkan (tangan, kaki dsb): Kerana terlalu marah, ia ~ tangannya pd anaknya. 4 menanam modal dlm perusahaan atau membeli barang-barang berharga: Wangnya dilekatkannya pd tanah getah. 5 menumpukan atau menghalakan perhatian atau pandangan: Dia ~ pandangannya pd gadis yg berbaju biru. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melekatkan | 1. menjadikan melekat, menampalkan: ~ label pd botol ubat; 2. mengenakan (pakaian), memakai: dgn dada berdebar-debar, dia ~ pakaiannya; 3. sl memberi gelaran (pangkat, bintang, dsb): pd hari ini, aku ~ gelar kpd Nakhoda Muda ini Kiai Demang Purwasedana; 4. menanam (modal, wang) dlm perusahaan atau dgn membeli barang-barang berharga: wangnya dilekatkan pd barang-barang emas; 5. menghalakan pandangan (perhatian dll), menetapkan pandangan dll; 6. mengenakan sesuatu (ubat, guna-guna, dll) pd, membubuh; 7. memukulkan (tangan, kayu, dll): kerana marahnya, ia pun ~ tangannya pd budak itu; 8. menaruh (hati), memautkan (hati): ~ hatinya kpd gadis itu; 9. menyalakan, menghidupkan (api): ~ api kpd rumput-rumput kering di belakang rumahnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecup | ciuman dgn melekatkan bibir; mengecup mencium dgn melekatkan bibir pd sesuatu; mengecupi mengecup berulang kali atau utk beberapa ketika: maka Tun Tuah pun tersenyum-senyum seraya dikecupinya akan pustakanya itu; ®kucup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kucup | ; mengucup mencium dgn (melekatkan) bibir: Dia ~ dahi anaknya. kucupan ciuman dgn melekatkan bibir. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mematerikan | 1. melekatkan dgn pateri: udaranya telah dikeluarkan sebelum tin itu dipaterikan; 2. ki melekatkan, menyambungkan (menyatukan dll) erat-erat: ~ perjanjian dgn sumpah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memateri | 1 melekatkan dgn pateri. 2 ki menghubungkan atau menyatukan erat-erat: ~ perjanjian. 3 menjadikan melekat; melekatkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memakukan | 1. melekatkan sesuatu dgn paku: hujung rantai itu dipakukan pd suatu kepala balak; 2. ki melekatkan, mengekalkan (perhatian, ingatan, pandangan, dll): ia masih ~ matanya pd wajah isterinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keling I | IB paku besi yg berkepala dua (utk melekatkan dua keping besi); mengeling melekatkan (menyatukan) besi dgn menggunakan keling. | Kamus Dewan Edisi Keempat |