lentur | bengkok pd benda melengkung; lengkok. melentur 1 melengkung atau membengkok spt julai batang buluh dll; berkelok (bkn benda-benda panjang yg lembut): Dawai-dawai telefon ~ pd musim panas. 2 mudah dilengkungkan atau dilentukkan tetapi tidak mudah patah. 3 ki dpt disesuaikan dgn keadaan (bkn peraturan dsb); lw ketat atau kaku. melenturkan membuat supaya sesuatu menjadi lentur; membengkokkan atau melengkungkan. lenturan sesuatu yg melentur atau melengkung. kelenturan keadaan melentur atau keadaan dpt dilenturkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keluk | 1. lengkung; 2. garis yg melengkung bentuknya (dlm graf, rajah, dll); ~-lekuk ki perbuatan curang (tidak jujur); berkeluk berbentuk melengkung, melengkung; berkeluk-keluk berbentuk melengkung-lengkung; mengelukkan menjadikan melengkung, melengkungkan: ~ dawai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lengkung | kelok atau sesuatu yg berkelok bentuknya. melengkung berkelok spt selekoh; membengkok; garis ~. melengkungi melengkung pd sesuatu; melingkungi: Kawat berduri ~ kolam itu. melengkungkan melenturkan sesuatu supaya melengkung; mengelokkan: Ia ~ buluh itu utk dijadikan busur. lengkungan sesuatu yg bentuknya melengkung: ~ insang ikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melengkung | berkelok spt selekoh; membengkok; garis ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melengkung | berkelok spt bahagian drpd sesuatu bulatan, membengkok: misainya diputar-putarkan juga semakin tajam dan semakin ~ ke atas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membentuk | 1. melengkung, melentur: ~ spt kail; 2. menjadikan atau membuat supaya melengkung; 3. menjadikan sesuatu mengikut bentuk yg tertentu, membuat sesuatu dgn bentuk atau rupa yg tertentu; 4. membuat, mendirikan, menubuhkan, menyusun: ~ kata terbitan yg baru; ~ syarikat kerjasama; ~ kabinet baharu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penjanaan koordinat garis melengkung(curvilinear coordinates generation) | Pengeluaran titik koordinat bagi satu garis melengkung yang dilakukan oleh atur cara grafik penjana garis lengkung. | Kamus Komputer |
kubah | 1 atap atau bumbung yg melengkung menyerupai separuh bulatan. 2 bentuk yg melengkung dan menyerupai separuh bulatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lengkung I | lengkok, kelok, berkelok atau berlengkok: ~ pintu gerbang itu diperbuat drpd buluh; melengkung, terlengkung berkelok spt bahagian drpd sesuatu bulatan, membengkok: misainya diputar-putarkan juga semakin tajam dan semakin ~ ke atas; melengkungi melingkungi, mengelilingi: balai itu dilengkungi oleh pagar dawai berduri; melengkungkan mengelokkan (garisan, dawai, dll), membengkokkan: siapa pula yg sanggup ~ batang besi yg sebesar itu; lengkungan 1. tempat (pd garisan, besi, dawai, dll) yg melengkung: ~ pelangi yg saya lihat itu pendek sahaja; ~ yg terdapat pd dawai itu tidak mudah diluruskan; 2. = pelengkung sesuatu (perhiasan, pintu gerbang, dll) yg bentuknya melengkung; kelengkungan keadaan melengkung; pelengkungan perihal (proses atau perbuatan) melengkung atau melengkungkan: proses pelenturan, ~ dan peretakan kerak bumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sabit I | 1. sj pisau yg melengkung (utk memotong padi, rumput, dll); 2. (bentuk) melengkung spt sabit; bulan ~ bulan sehari (bulan baru); menyabit memotong (padi, rumput, dll) dgn sabit: orang tua itu sedang ~ di bendang; ~ kelapa mengait kelapa dgn sabit; menyabitkan menyabit utk: petang itu dia ~ ayahnya rumput utk lembu ternakan mereka; penyabit 1. pisau yg digunakan utk menyabit, sabit; 2. orang yg kerjanya menyabit: ~ rum-put. | Kamus Dewan Edisi Keempat |