Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bu.nuh] | ممبونوه

Definisi : 1. mematikan, menghilangkan nyawa: dia dituduh ~ kawannya; 2. memadamkan (api, tulisan, dll), menghapuskan (sesuatu), meluputkan: sebelum dapat dibunuh, api telah menjalar ke sekeliling rumah; ia ~ perkataan yg telah ditulisnya;Tuan Hess ~ maksud Encik Ramli; sikap begini akan ~ keyakinan diri anak-anak itu sendiri; 3. menutup (menampal) tempat yg bocor; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bu.nuh] | ممبونوه

Definisi : melakukan sesuatu terhadap benda-benda yg bernyawa supaya mati; mematikan: Dua orang pemuda telah dikenakan hukuman gantung kerana ~ seorang polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membunuh

Puisi
 

Bukan bukit saja meruntuh,
     Orang Serani meruntuh juga;
Bukan penyakit saja membunuh,
     Dendam berahi membunuh juga.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Merebut merampas,
     membunuh membangun.

Bermaksud :

Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas).

 

Lihat selanjutnya...(9)

337

Love is blind

Cinta yang lebih menurut hawa nafsu berbanding kewarasan akal budi sehinggakan seseorang itu tidak nampak akan, atau tidak mahu mengakui, keburukan orang yang dikasihi.

Kasih itu roh (semangat) yang buta

She did again. She fell head over heels in love with another woman's husband. We didn't know what he saw in that man. She knew that the man was jobless and gambling seemed to be his passion. When her parents tried to stopher from seeing his useless man

Dia buat hal lagi. Kali ini dia bercinta pula dengan suami orang. Tidak tahulah apa yang menarik sangat tentang lelaki itu dari pandangan matanya. Dia menyedari bahawa kekasihnya itu penganggur dan kaki judi. Apabila orang tuanya cuba menghalang perhubungannya dengan lelaki yang tidak berguna itu, dia mengugut untuk membunuh diri. Betullah kata orang, cinta itu buta.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tikam membunuhtusukan yg membunuh;Kamus Dewan Edisi Keempat
menuntut belamembalas dgn membunuh seseorang yg telah membunuh orang lain;Kamus Dewan Edisi Keempat
pembunuh1. orang yg membunuh; 2. alat atau sesuatu yg digunakan utk membunuh: ubat ~ serangga; ~ bersiri orang yg membunuh beberapa orang, seorang demi seorang dlm kejadian yg berurutan.Kamus Dewan Edisi Keempat
bunuh; ~ diri mengambil nyawa sendiri dgn sengaja; hukum ~ hukum mati (dgn dipancung, digantung, ditembak, dll); berbunuhan, berbunuh-bunuhan, bersibunuhan ark, bunuh-membunuh mati-mematikan (sesama sendiri), saling membunuh (mematikan): pd zaman dahulu, masing-masing berperangan dan ~;membunuh 1. mematikan, menghilangkan nyawa: dia dituduh ~ kawannya; 2. memadamkan (api, tulisan, dll), menghapuskan (sesuatu), meluputkan: sebelum dapat dibunuh, api telah menjalar ke sekeliling rumah; ia ~ perkataan yg telah ditulisnya; Tuan Hess ~ maksud Encik Ramli; sikap begini akan ~ keyakinan diri anak-anak itu sendiri; 3. menutup (menampal) tempat yg bocor;terbunuh mati (akibat kemalangan, dibunuh, dsb);bunuhan 1. (orang dll) yg dibunuh; 2. bahagian lukah yg di belakang (di dalam sekali) tempat ikan tertangkap (terperangkap); pembunuhan perbuatan membunuh;pembunuh 1. orang yg membunuh; 2. alat atau sesuatu yg digunakan utk membunuh: ubat ~ serangga; ~ bersiri orang yg membunuh beberapa orang, seorang demi seorang dlm kejadian yg berurutan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tikam Iperbuatan menusuk dgn benda tajam (spt pisau, keris, dll); ~ membunuh tusukan yg membunuh; ~ sela-dang Kl sj permainan kanak-kanak; luka ~ luka kerana tusukan dgn senjata dll; bertikam, bertikam-tikaman, bertikaman, tikam-menikam saling menusuk dgn senjata (spt pisau dll): maka orang mengamuk itu pun datang, lalu ~ dgn Raden Kelang; mereka menaiki perahu lanun itu dan bertikam-tikaman dgn hebat; ~ lidah berdebat, berbahas, ber-bantah, bertengkar; bertikamkan sl 1. menikamkan: maka kede-lapan hulubalang itu bertetakan pedang dan ~ tombak; 2. bertikam utk: kurang ia berlawankan yg dipertuan lebih ia ~ anak isterinya; menikam 1. menusuk (dgn pisau dll), men-cucuk atau melukai (dgn senjata tajam): ada orang yg telah mati ditikamnya; 2. seolah-olah masuk ke dlm tubuh dll, mener­bitkan (mendatangkan) sesuatu kesan yg terasa benar: angin malam kian ~ ke tulang sumsum; hentakan kaki bergema ~ gegen­dang telinganya; 3. ki menyakiti, melukai, menyinggung; ~ jantung (hati, perasaan) ki menyakiti perasaan (fikiran); menikami banyak kali menikam: aku bertikam dgn engkau, kelak orang lain datang ~ aku; menikamkan menusukkan (pisau dll), mem-benamkan senjata (ke dlm tubuh dll); tertikam ditikam, telah ditikam, ditikam dgn tidak sengaja; tikaman hasil menikam (dgn pisau dll), tikam, tusukan: dgn pantas panglima Hitam melompat mengelakkan ~ itu; pertikaman 1. pergaduhan dgn tikam-me-nikam; 2. sl orang yg bersenjatakan tombak: ada pun orang ~ku yg empat ribu, ku­suruh­kan mengamuk di dlm negeri Melaka; penikaman perbuatan menikam; penikam 1. orang yg menikam; 2. sesuatu (senjata) utk menikam.Kamus Dewan Edisi Keempat
bela(béla); mencari ~ = mengambil ~ = menuntut ~ menuntut balas (dgn cara membunuh pembunuh, memukul orang yg telah memukul orang lain, dll); membela 1. membunuh diri utk ikut mati: bersama-sama di atas lorong itu ialah mayat isteri-isteri yg telah ~ kematian suami mereka; 2. membalas membunuh dll: mereka bermuafakat hendak ~ kematian ayah mereka; 3. melindungi, menyelamatkan, mempertahankan: aku ingin melihat anak aku menjadi doktor atau peguam supaya dapat ~ nasib orang miskin spt aku; jikalau mahkota ini tiada dibuangkan, tiadalah patik semua dapat ~ kenaikan ini; tradisi ~ rakyat; ~ diri mempertahankan diri (drpd tuduhan, dakwaan, dsb); terbela dapat dibela (dilindungi, diselamatkan, dipertahankan): nasib bangsa Melayu tidak ~ pd zaman penjajahan; pembelaan perihal membela: si miskin tetap menderita tanpa ~ yg sewajarnya; pembela orang yg membela; ~ uri pemain terakhir dlm permainan gasing.Kamus Dewan Edisi Keempat
membunuhmelakukan sesuatu terhadap benda-benda yg bernyawa supaya mati; mematikan: Dua orang pemuda telah dikenakan hukuman gantung kerana ~ seorang polis.Kamus Pelajar Edisi Kedua
membunuh1. mematikan, menghilangkan nyawa: dia dituduh ~ kawannya; 2. memadamkan (api, tulisan, dll), menghapuskan (sesuatu), meluputkan: sebelum dapat dibunuh, api telah menjalar ke sekeliling rumah; ia ~ perkataan yg telah ditulisnya;Tuan Hess ~ maksud Encik Ramli; sikap begini akan ~ keyakinan diri anak-anak itu sendiri; 3. menutup (menampal) tempat yg bocor;Kamus Dewan Edisi Keempat
membunuh bocormenutup lubang tiris;Kamus Dewan Edisi Keempat
membunuhmelakukan sesuatu terhadap benda-benda yg bernyawa supaya mati; mematikan: Dua orang pemuda telah dikenakan hukuman gantung kerana ~ seorang polis.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas