ternak | , = ternakan binatang spt kuda, lembu, atau kerbau yg dipelihara: Kerjanya bercucuk tanam dan memelihara ~. berternak memelihara binatang, spt lembu, kambing: Pd anggapan mereka, bertani lebih mendatangkan keuntungan drpd ~. menternak memelihara ternak supaya biak (banyak); membiakkan ternak: Mereka ~ kambing dan lembu utk dijual. penternakan perbuatan atau hal menternak binatang. peternakan tempat menternak binatang. peternak orang yg kerjanya berternak. penternak orang yg menternak binatang: ~ lembu dan kambing. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemelihara | 1. orang yg memelihara; 2. suka memelihara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mak pungut | Id perempuan yg mengambil serta memelihara anak orang spt memelihara anaknya sendiri, ibu angkat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mak angkat | = ~ pungut Id perempuan yg mengambil serta memelihara anak orang spt memelihara anaknya sendiri, ibu angkat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tebat I | 1. tambak utk menyekat pengaliran air, bendung, empang; 2. tempat (kolam dll) utk memelihara ikan, kolam memelihara ikan, balung; menebat 1. membuat tebat pd sungai dll, membendung, mengempang; 2. membuat kolam ikan (di sungai dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memelihara | 1 menjaga dgn baik; membela; merawat: ~ anak isteri; 2 mengusahakan atau mengolah sesuatu baik-baik; mengawasi dan menjaga baik-baik: ~ keamanan negara; ~ sawah ladang. 3 membela atau menternak (binatang): Pak Mat banyak ~ lembu. 4 melindungi (drpd bahaya dsb): Semoga Tuhan ~ kamu drpd sebarang malapetaka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memelihara | 1. membela, menjaga, merawat: mereka ~nya sehingga ia dewasa; di rumah sakit dia dipelihara dgn sempurna; ~ tubuh drpd diserang oleh penyakit; 2. mengerjakan (mengusahakan, membina, dll) dgn baik; ~ pelajaran dan bahasa; ~ cucuk tanam; 3. menternak binatang: ia banyak ~ lembu; 4. mempunyai atau menyimpan (gundik dll); 5. membiarkan (menggiatkan) tumbuh (janggut, rambut, dll); 6. menyelamatkan, melepaskan (melindungi) drpd bahaya dll: dipeliharakan Allah drpd segala bala dan aniaya; terlalu adil sekali ia ~ negerinya; ~ lidah menjaga supaya tidak terkeluar kata-kata yg kurang baik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bela | ; membela 1 menjaga atau memelihara baik-baik; mengasuh: Ia ~ anaknya dgn penuh kasih sayang. 2 menjaga atau memelihara binatang ternakan: Di samping bersawah, ayah ~ kambing. 3 menjaga negara supaya selamat; mempertahankan supaya selamat; menyelamatkan: Jika mahkota ini tidak dibuang, tiada patik semua dpt ~ kenaikan ini. belaan yg dibela: haiwan ~. pembelaan 1 perbuatan memelihara (menjaga dsb); pemeliharaan; penjagaan: ~ orang sakit. 2 perbuatan mempertahankan negara dll supaya selamat dsb. pembela orang yg membela: ~ ayam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membela | 1. memelihara: ~ ayam dan itik; ~ anak sehingga dewasa; 2. memelihara makhluk halus spt pelesit, hantu, dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ternak | 1. ark yg berasal dr, yg dilahirkan di: mereka itu ~ Singapura; orang ~ penduduk negeri, anak negeri, bumiputera; 2. = ternakan binatang peliharaan (kuda, lembu, kerbau, kambing, dll): beliau gemar sekali bercucuk tanam dan memelihara ~; tukang ~ a) orang yg memelihara binatang; b) = tukang ~ wang bp ceti, pelepas wang; berternak, menternak memelihara ternak (kuda, lembu, dll): perusahaan ~ itu dijalan-kan secara besar-besaran; mereka ~ binatang dan bercucuk tanam; menternakkan 1. memelihara supaya banyak, membiakkan ternak (lembu, ayam, dll): mereka juga ~ lembu utk dijual; 2. membungakan wang: hutangnya kpd orang yg suka ~ wang telah dapat dibayar oleh Zainudin; penternakan perihal memelihara dan membiakkan binatang, pemeliharaan dan pembiakan binatang; penternak orang yg menternakkan (binatang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |