Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.ri.ta.kan] | منچريتاکن

Definisi : 1. mengisahkan sesuatu kpd: demikianlah diceritakan oleh yg empunya cerita; 2. mengkhabarkan (memberitahukan, mengatakan, dll) sesuatu: saya takut hendak ~ rahsia itu kepadanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.ri.ta.kan] | منچريتاکن

Definisi : 1 menuturkan (sesuatu cerita); meriwayatkan: Penghulu tua itu telah ~ beberapa buah cerita Melayu lama kpd kami. 2 mengkhabarkan atau memberitahukan sesuatu: Saya takut hendak ~ rahsia itu kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menceritakan

Peribahasa

Mengembangkan ketiak amis.

Bermaksud :

Menceritakan keburukan diri sendiri atau kaum keluarganya kepada orang lain. (Bandingkan dengan: Mencencang lauk tengah halat).

 

Lihat selanjutnya...(8)

488

Promises are like piecrust: easy made and easy broken

Jangan percaya atau berharap kepada janji kerana ia sering dimungkiri

Titian biasa lapuk, janji biasa mungkir

She promised not to mention the incident again, but promises are like piecrust: easy made and easy broken. I was shocked and humiliated when she retold the story in front of my fiancée.

Dia berjanji tidak akan menyebut lagi peristiwa itu, tetapi titian biasa lapuk, janji biasa mungkir. Aku sungguh terkejut dan naik malu apabila dia menceritakan semula kisah itu di hadapan tunangku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menceritakan1 menuturkan (sesuatu cerita); meriwayatkan: Penghulu tua itu telah ~ beberapa buah cerita Melayu lama kpd kami. 2 mengkhabarkan atau memberitahukan sesuatu: Saya takut hendak ~ rahsia itu kpdnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menceritakan kembalimengulang cerita atau kisah yg telah didengar (dibaca dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
menceritakan1. mengisahkan sesuatu kpd: demikianlah diceritakan oleh yg empunya cerita; 2. mengkhabarkan (memberitahukan, mengatakan, dll) sesuatu: saya takut hendak ~ rahsia itu kepadanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
menceritakan1. menuturkan (sesuatu cerita); meriwayatkan: Penghulu tua itu telah ~ beberapa buah cerita Melayu lama kpd kami. 2. mengkhabarkan atau memberitahukan sesuatu: Saya takut hendak ~ rahsia itu kpdnya.Kamus Pelajar
rawi IAr 1. = perawi orang yg meriwayatkan hadis Nabi, periwayat: ~ hadis; 2. orang yg bercerita, pengarang cerita: kata ~ bahawa Sultan Muhammad Shah itu di atas kerajaan terlalu sekali adil; merawi beriwayat, bercerita; merawikan meriwayatkan, menceritakan; perawian perihal menceritakan riwayat hidup: ~ teks HS; perawi orang yg meriwayatkan hadis.Kamus Dewan Edisi Keempat
kisahhal, cerita, kejadian, riwayat: Daim menceritakan ~ pemergian Zaini itu kpd Zalizah; guru membincangkan ~ pembiakan nyamuk; ~ Sang Kancil menipu Maharaja Singa; ~ ibarat kisah yg watak-watak dan kejadian­-kejadian di dalamnya melambangkan atau meneladani sesuatu; berkisah menyampaikan sesuatu kisah: yg pandai bercerita dan mahir ~; mengisahkan menceritakan, meriwayat­kan: buku ini ~ pengembaraan dan penghidupan seorang yg masyhur; ia telah menulis sebuah rencana yg ~ pergerakan wanita di Indonesia; pengisahan perihal (perbuatan dsb) mengi­sahkan; pengisah tukang cerita (kisah dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
meriwayatkanmenceritakan sesuatu; mengisahkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memerihalkanmenceritakan atau menjelaskan sesuatu; menerangkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memerikanmenceritakan sesuatu hal; mengatakan; mengisahkan: buku-buku yg ~ kisah-kisah cinta.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menceterakanmenceritakan: Setelah itu, Pak Mat pun ~ perihal datangnya orang India itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas