mengabdi | 1. menjadi abdi (hamba): orang kulit hitam dr Afrika pernah dipaksa mengabdi di Amerika Syarikat; 2. berlaku seperti abdi, menumpukan seluruh jiwa dan tenaga (kepada atau untuk kepentingan seseorang atau sesuatu): rela mengabdi kepada negara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengabdi | menjadi abdi; berlaku sbg abdi: Ketika itu, mereka semuanya berjanji akan ~ kpd nusa dan bangsa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengabdi | menjadi abdi; berlaku sbg abdi: Ketika itu mereka semuanya berjanji akan ~ kpd nusa dan bangsa. | Kamus Pelajar |
memperhambai | mengabdi kpd; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghamba | , menghambai mengabdi (kpd): kasih itu jangan melampau-lampau sehingga ~ diri sendiri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendaulat | 1. menjunjung (mengabdi, berkhidmat kpd raja); 2. Id, bp merampas (kekuasaan dll) dgn tidak sah, menurunkan orang berpangkat atau berkuasa (spt raja dll) dr kedudukannya dgn paksaan: Raja Faruk telah didaulat oleh rakyat Mesir; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengabdian | perbuatan, hal dsb mengabdi atau mengabdikan: ~ terhadap agama, bangsa dan negara; Masalah ~ dan kerja paksa telah diselesaikan melalui undang-undang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkhidmat | 1. berbuat khidmat, berbakti, mengabdi atau taat setia (kpd): barulah sekarang aku dapat ~ kpd tanah air; 2. bertugas, bekerja: beliau telah ~ selama tiga tahun di Kementerian Pertahanan sebelum memegang jawatan baru ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
abdi | 1 orang yg menjadi milik orang lain dan terpaksa menjalankan segala perintah tuannya dan boleh pula diperjualbelikan; hamba tebusan. 2 orang bawahan; hamba. mengabdi menjadi abdi; berlaku sbg abdi: Ketika itu, mereka semuanya berjanji akan ~ kpd nusa dan bangsa. mengabdikan 1 menjadikan abdi; menghambakan: Sepanjang hayatnya, baginda telah ~ dirinya kpd Tuhan dgn takwa. 2 menjadikan sbg abdi; memperlakukan spt abdi: Pd zaman moden ini, masih ada juga orang yg sanggup ~ orang-orang bawahan mereka. 3 memakai (sesuatu utk); menggunakan (sesuatu utk): Beliau telah ~ segenap tenaganya utk kepentingan negara. pengabdian perbuatan, hal dsb mengabdi atau mengabdikan: ~ terhadap agama, bangsa dan negara; Masalah ~ dan kerja paksa telah diselesaikan melalui undang-undang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengaki | 1. turut bekerja dgn tidak mendapat bayaran (upah); 2. menurut segala perintah, mengabdi, patuh: betapa garangnya ia, tunduk ~ juga kpd anggota polis; ~ langit rata (lurus) sbg kaki langit; ~ meja bp tidak naik darjah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |