mengena-ngenakan | menipu; memperdaya: Mereka sengaja hendak ~ orang tua itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengena | 1 kena tepat (pd yg dituju atau sasarannya): Tembakannya ~ dan perompak itu jatuh lalu mati. 2 memberi hasil; mendapat hasil: Jeratnya ~. Pancingnya ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengena-ngenakan | mempermainkan, memperdaya, menipu: selalu sahaja dia hendak ~ kita dgn berbagai-bagai tipu helahnya; ~ tangan kpd ki a) menghukum dll; b) memukul dgn tangan, menangani; ~ baju di badan maka sesuai prb menimbangkan baik buruk perbuatan orang lain berasaskan perasaan atau sifat diri sendiri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengena | 1. tepat kena pd sasaran, matlamat, yg dituju, dll: tembakannya ~ dan harimau itu rebah tersungkur; 2. memperoleh tangkapan (bkn jerat, perangkap, umpan), mendapat (hasil tangkapan dsb): 3. mendatangkan hasil atau kesan yg dikehendaki atau diharapkan (bkn muslihat atau tipu daya): perangkapku pun ~ juga seekor kancil besar; kerana ia tahu umpannya sekarang ~, ia mencari muslihat lain lagi utk langkah selanjutnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengena | 1. kena tepat (pd yg dituju atau sasarannya):Tembakannya ~ dan perompak itu jatuh lalu mati. 2. memberi hasil; mendapat hasil:Jeratnya ~. Pancingnya ~. | Kamus Pelajar |
sangkut paut | 1. hubungan atau kaitan (dlm beberapa perkara dll): ceritanya itu ada ~nya dgn sejarah; 2. kena-mengena (dlm hal kekeluargaan dll), bertalian: orang itu tidak ada ~ dgn kita; 3. kaitan hutang-piutang (bayar-membayar); bersangkut paut ada kena-mengena, berkaitan (dgn), bertalian (dgn): karangan hendaklah drpd perkara-perkara yg ~ dgn pekerjaan yg dibuat; menyangkutpautkan menjadikan kait-me-ngait, melibatkan, mengaitkan: banyak toh-mahan dan cerita karut yg ~nya dgn projek-projek kerajaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kena-mengena | 1 (ada) sangkut pautnya; (ada) hubungannya atau (ada) kaitannya: Saya tidak ada ~ dgn perkara itu. 2 bersaudara-mara; berkeluarga; berkerabat: Dia ~ dgn saya kerana datuknya sepupu datuk saya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lukahnya mengena | ki tipu muslihatnya berhasil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kena-mengena | 1. ada sangkut pautnya (hubungannya, kaitannya, dll): apa ~nya perkara ini dgn ayahnya?; orang yg diawasi itu sebenarnya ada ~ dgn penipuan yg berlaku itu; 2. ada hubungan kekeluargaan (persaudaraan), berkerabat: ia ~ dgn saya kerana ia berkahwin dgn sepupu saya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kena-mengena | 1. ada sangkut pautnya; ada hubungannya atau ada kaitannya:Saya tidak ~ dgn perkara itu. 2. bersaudara-mara; berkeluarga; berkerabat:Dia ~ dgn saya kerana datuknya sepupu datuk saya. | Kamus Pelajar |