kibas I | ; mengibas, mengibas-ngibas 1. bergerak-gerak ke atas ke bawah spt melambai atau mengipas; 2. menyebat (meja dll) dgn kain dll (utk menghilangkan debu dll), mengebas: dia ~ bangku itu dgn sapu tangan sebelum mendudukinya; mengibaskan, mengibas-ngibaskan menggerakkan (sayap dll) ke atas ke bawah spt melambai-lambai: seekor ayam jantan me-ngibas-ngibaskan kepaknya dan berkokok dgn nyaringnya; 2. mengibar-ngibarkan dgn keras (kain dll), mengebas: kain-kain hendaklah dikibaskan utk menghilangkan debu yg melekat padanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengibas | bergerak-gerak spt melambai atau spt mengipas sesuatu: Telinga gajah selalu ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengibas-ngibas | 1. bergerak-gerak ke atas ke bawah spt melambai atau mengipas; 2. menyebat (meja dll) dgn kain dll (utk menghilangkan debu dll), mengebas: dia ~ bangku itu dgn sapu tangan sebelum mendudukinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengibas | 1. bergerak-gerak ke atas ke bawah spt melambai atau mengipas; 2. menyebat (meja dll) dgn kain dll (utk menghilangkan debu dll), mengebas: dia ~ bangku itu dgn sapu tangan sebelum mendudukinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kitai | ; mengitai-ngitaikan mengibas-ngibaskan jari atau tangan (kerana kesakitan): jarinya terkena seterika panas lalu dikitai-kitaikannya kerana kesakitan; terkitai-kitai menggeletar (spt tangan orang tua), mengibas-ngibaskan jari atau tangan (kerana kesakitan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kipas I | 1. alat yg dikibas-kibaskan utk menggerakkan atau mengadakan angin (utk menyamankan badan): sebelah tangannya mengibas-ngibaskan ~ ke badannya yg berpeluh; 2 = ~ angin alat yg mempunyai bilah-bilah yg berputar ligat utk mengadakan atau menggerakkan angin (supaya keadaan di bilik dll terasa nyaman); 3. alat yg mempunyai bilah-bilah yg berpusing utk menjalankan enjin kapal terbang dll, baling-baling, propeler; ~ air alat utk menyapu air pd kaca kereta (biasanya pd waktu hujan turun); ~ angin = ~ (angin) elektrik bilah-bilah (baling-baling) yg dipusingkan dgn kuasa elektrik utk menyejukkan atau menyamankan keadaan dlm bilik dll; ~ berdiri kipas angin yg dicagakkan pd tiang yg mempunyai tapak; ~ dinding kipas angin yg dipasang pd dinding; ~ gantung kipas siling; ~ kotak kipas angin yg berbentuk kotak; ~ meja kipas berdiri yg rendah, biasanya diletakkan di atas meja; ~ siling kipas angin yg dipasang tergantung di siling (rumah dll); berkipas 1. mempunyai kipas, menggunakan kipas; 2. (sedang) menyejukkan (mengangini) diri dgn kipas; 3. = berkipas-kipas mengibas-ngibaskan atau melambaikan ekor dll; mengipas 1. Id bergerak-gerak kencang (bkn jantung); 2. = mengipasi menyejukkan (badan dll) dgn mengibas-ngibaskan kipas dll: Najelah ~ dadanya kerana kepanasan; mengipas-ngipas mengipasi: dia memusing-musingkan topi itu seolah-olah ~ badannya; mengipaskan 1. mengibaskan (kipas, sayap, dll); 2. menepis (menangkis) dgn tangan dll: pemuda itu menghulurkan tangannya hendak memegangnya tetapi segera dikipaskannya; pengipas orang yg mengipas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengipaikan | mengibas-ngibaskan (ekor). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kibas I | ; mengibas bergerak-gerak spt melambai atau spt mengipas sesuatu: Telinga gajah selalu ~. mengibaskan 1 menggerakkan (ekor, sayap dll) ke atas ke bawah: Harimau itu ~ ekornya ke sana ke mari seolah-olah ada sesuatu yg terdengar olehnya. 2 menggerakkan sesuatu spt menggerakkan kipas utk menghilangkan debu atau abuk yg ada pdnya: ~ selimut; ~ tuala. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengepak-ngepak | mengibas-ngibaskan kepak (spt ayam yg hendak berkokok dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengitai-ngitaikan | mengibas-ngibaskan jari atau tangan (kerana kesakitan): jarinya terkena seterika panas lalu dikitai-kitaikannya kerana kesakitan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |