mengunjurkan | 1 membuat ramalan atau agakan ttg keadaan, keputusan, hasil dll yg akan datang berdasarkan fakta atau data yg sedia ada: Mereka ~ keuntungan sebanyak RM2/- juta bagi tahun depan. 2 melukis garis dsb yg mengunjur ke luar dr sesuatu permukaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengunjurkan | meluruskan (kedua-dua belah kaki) ketika duduk atau berbaring. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengunjurkan | 1. meluruskan kedua-dua belah kaki (ketika berbaring, duduk), mem-baringkan dgn meluruskan kedua-dua belah kaki: dia merentangkan tangan dan ~ kaki, seakan-akan hendak melepaskan penat badannya; 2. meramalkan atau menganggar-kan sesuatu situasi (hasil, keputusan dsb) yg akan datang berdasarkan data, fakta dsb yg sedia ada, memprojeksikan: bank koperasi itu ~ keuntungan sebelum cukai sekurang-kurangnya RM85 juta bagi tahun 2003 ini; kami ~ 30 peratus pendapatan drpd pen-dapatan seluruh dunia menjelang tahun 2005; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengunjurkan | membuat unjuran dr arah tertentu. | Kamus Pelajar |
mengunjurkan | meluruskan (kedua-dua belah kaki) ketika duduk atau berbaring. | Kamus Pelajar |
unjur II | mengunjurkan membuat unjuran dr arah tertentu. | Kamus Pelajar |
unjur I | mengunjurkan meluruskan (kedua-dua belah kaki) ketika duduk atau berbaring. terunjur kedua-dua belah kaki diluruskan sewaktu duduk atau berbaring. | Kamus Pelajar |
kerusi rehat | kerusi tempat duduk dgn mengunjurkan kaki; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlunjur | menghulurkan kaki (sewaktu duduk dll), mengunjurkan kaki: tempat duduk banyak yg kosong, jadi kami pun tidur berlunjur; berapa panjang ~, begitulah selimut prb membuat sesuatu biarlah menurut kesanggupan diri sendiri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lunjur | menghulurkan kaki (sewaktu duduk dll), mengunjurkan kaki: tempat duduk banyak yg kosong, jadi kami pun tidur berlunjur; berapa panjang ~, begitulah selimut prb membuat sesuatu biarlah menurut kesanggupan diri sendiri; melunjurkan 1. menghulurkan, mengunjurkan (kaki): ia duduk di beranda dgn ~ kaki bermalas-malas; 2. ki meluaskan: ia akan ~ makna dalamannya; terlunjur terentang, terhulur (kaki), terbaring mengunjur: di atas kaki yg ~ itu, anaknya meletakkan kepalanya; unjur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |