Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.si/] | مڠوسيق

Definisi : 1. = mengusik-usik mengganggu (secara bermain-main), menggoda (tidak dgn sungguh-sungguh): ia ~ dgn gurau jenaka; 2. = mengusik-usik menjamah (mengenai) sedikit, menyentuh, menyinggung: jangan bagi orang ~ barang ini; 3. mengganggu (dgn maksud jahat), mengacau: tidak tahu isteri orang yg diusik; 4. menyebut-nyebut sesuatu perkara, membangkit-bangkit, mengungkit-ungkit: dlm kempen pilihan raya baru-baru ini, mereka telah ~ hak-hak orang Melayu; 5. mengkritik, mengecam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.si/] | مڠوسيق

Definisi : 1 mengacau atau mengganggu seseorang; menggoda: Pemuda itu suka ~ anak dara orang. 2 mengganggu secara bermain-main: Pak Abu selalu ~ rakan-rakannya yg baru kahwin. 3 menyentuh sedikit; menjamah: Jangan biarkan kanak-kanak ~ lukisan yg dipamerkan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
usik
Kata Terbitan : usikan, mengusik,

Puisi
 

Terang bulan bagai diukir,
     Tupai mengusik bunga durian;
Sebarang perbuatan habiskan fikir,
     Tidak menyesal hari kemudian.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sarang tabuhan jangan dijolok.

Bermaksud :

Jangan sengaja mencari kesusahan. (Bandingkan dengan: a. Mengusik anjing tidur, b. Menjolok sarang tabuan).

 

Lihat selanjutnya...(5)

314

Wake not a sleeping lion

Jangan sengaja mencari susah dengan mengganggu sesuatu atau seseorang yang boleh mencetuskan masalah.

Mengusik anjing tidur

Why should your bother them when they don't bother you? Wake not a sleeping lion . We don't want them to ruin our trade which is just booming.

Mengapa awak harus mengganggu mereka sedangkan mereka tidak pula mengganggu awak? Jangan mengusik anjing tidur. Kita tidak mahu mereka merosakkan perniagaan kita yang baru berkembang naik.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mengusik1. = mengusik-usik mengganggu (secara bermain-main), menggoda (tidak dgn sungguh-sungguh): ia ~ dgn gurau jenaka; 2. = mengusik-usik menjamah (mengenai) sedikit, menyentuh, menyinggung: jangan bagi orang ~ barang ini; 3. mengganggu (dgn maksud jahat), mengacau: tidak tahu isteri orang yg diusik; 4. menyebut-nyebut sesuatu perkara, membangkit-bangkit, mengungkit-ungkit: dlm kempen pilihan raya baru-baru ini, mereka telah ~ hak-hak orang Melayu; 5. mengkritik, mengecam;Kamus Dewan Edisi Keempat
usik1. perbuatan mengganggu (mengacau) orang lain, gangguan: jangan peduli sangat ~ orang itu; 2. ark tidak tenang, bergerak-gerak, lasak; berusik dilakukan sesuatu padanya, diganggu, disentuh (dipegang, dijamah, dsb), dialihkan: hutan di Pantai Timur hampir tidak ~; mengusik 1. = mengusik-usik mengganggu (secara bermain-main), menggoda (tidak dgn sungguh-sungguh): ia ~ dgn gurau jenaka; 2. = mengusik-usik menjamah (mengenai) sedikit, menyentuh, menyinggung: jangan bagi orang ~ barang ini; 3. mengganggu (dgn maksud jahat), mengacau: tidak tahu isteri orang yg diusik; 4. menyebut-nyebut sesuatu perkara, membangkit-bangkit, mengungkit-ungkit: dlm kempen pilihan raya baru-baru ini, mereka telah ~ hak-hak orang Melayu; 5. mengkritik, mengecam; usik-mengusik saling mengusik antara satu sama lain: kami memang suka bergurau dan ~ apabila bertemu; terusik 1. telah diusik (diganggu, dicemari dsb): di kawasan pedalaman itu masih terdapat banyak lubuk ikan yg belum ~; 2. ki tersentuh (terharu dsb) perasaan: perasaan-nya mudah ~ apabila mendengar lagu itu; usikan 1. gangguan, ejekan, gurau senda: ia tidak peduli akan ~ dan gurau senda kawan-kawannya; 2. celaan, kritikan; pengusik orang yg (suka) mengusik, peng-ganggu.Kamus Dewan Edisi Keempat
usik-mengusiksaling mengusik antara satu sama lain: kami memang suka bergurau dan ~ apabila bertemu;Kamus Dewan Edisi Keempat
ganggu; mengganggu 1. mengusik, mengacau: pekerjaan orang jangan diganggu; 2. mengusik, mempermain-mainkan, menggoda (perempuan): tidak baik awak ~ murid perempuan itu; 3. menghalangi, mencegah, memacetkan, merusuh: batuknya ~ ia bercakap; ~ keamanan merosakkan ke­amanan; terganggu terusik, tercegah, terhalang: pasukan keamanan nampaknya ~ oleh pengganas-pengganas di hutan;gangguan 1. perbuatan mengganggu (mengusik dsb), usikan, godaan; 2. sesuatu yg mengganggu (mengacau, menghalang, menyusahkan, dsb), halangan;~ fikiran keadaan jiwa (perasaan atau minda) yg tidak tenteram, cemas, bercelaru dsb akibat sesuatu tekanan, terutamanya faktor luaran atau persekitaran; ~ mental (Ubat) sebarang penyakit atau keadaan seseorang, yg berlaku akibat perubahan organik atau tak organik pd otak, yg seterusnya mengganggu fungsi otak; ~ seksual perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, meraba dsb, biasanya dilakukan berulang-ulang, terutamanya oleh orang lelaki terhadap wanita;penggangguan perihal atau perbuatan mengganggu; pengganggu orang dll yg (suka, selalu) mengganggu.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengusik1 mengacau atau mengganggu seseorang; menggoda: Pemuda itu suka ~ anak dara orang. 2 mengganggu secara bermain-main: Pak Abu selalu ~ rakan-rakannya yg baru kahwin. 3 menyentuh sedikit; menjamah: Jangan biarkan kanak-kanak ~ lukisan yg dipamerkan itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengganggu1. mengusik, mengacau: pekerjaan orang jangan diganggu; 2. mengusik, mempermain-mainkan, menggoda (perempuan): tidak baik awak ~ murid perempuan itu; 3. menghalangi, mencegah, memacetkan, merusuh: batuknya ~ ia bercakap; ~ keamanan merosakkan keamanan;Kamus Dewan Edisi Keempat
jail IIJk 1. dengki; 2. suka mengusik; menjaili 1. mendengki; 2. mengusik.Kamus Dewan Edisi Keempat
usik; mengusik 1 mengacau atau mengganggu seseorang; menggoda: Pemuda itu suka ~ anak dara orang. 2 mengganggu secara bermain-main: Pak Abu selalu ~ rakan-rakannya yg baru kahwin. 3 menyentuh sedikit; menjamah: Jangan biarkan kanak-kanak ~ lukisan yg dipamerkan itu. usikan 1 gangguan utk mengusik; ejekan; gurau senda. 2 sentuhan yg sedikit. pengusik orang yg suka mengusik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
usilJk suka mengusik (mengganggu), gemar turut campur dlm hal orang lain, suka menjaga tepi kain orang; tak mahu ~ tidak mahu masuk campur, tidak mengendahkan; usilan suka mengusik (mengganggu).Kamus Dewan Edisi Keempat
menguratmengusik-usik atau mengganggu perempuan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123456789

Kembali ke atas