menjolok mata | a. sangat jelas kelihatan. b. memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yg tidak sopan, cara berpakaian dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjolok | 1 merodok sesuatu dgn galah supaya gugur: ~ buah mangga muda. 2 merodok ke dlm lubang dgn kayu dll: Ia ~ lubang itu supaya tikus di dlmnya keluar. 3 memasukkan jari ke dlm lubang hidung atau kerongkong: Dia ~ tekaknya kerana ketulangan. 4 bertanya-tanya utk mencari keterangan dll; memancing-mancing. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjolok | 1. menusuk (merodok) sesuatu dgn galah dll supaya gugur, menusuk ke dlm lubang dll: kalau engkau hendak ~ buah rambutan itu carilah galah yg panjang sedikit; 2. memasukkan jari tangan ke dlm lubang hidung (kerongkong dll); 3. memancing-mancing keterangan dll drpd orang, mengajuk atau menduga (hati orang); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jolok I | ; menjolok 1. menusuk (merodok) sesuatu dgn galah dll supaya gugur, menusuk ke dlm lubang dll: kalau engkau hendak ~ buah rambutan itu carilah galah yg panjang sedikit; 2. memasukkan jari tangan ke dlm lubang hidung (kerongkong dll); 3. memancing-mancing keterangan dll drpd orang, mengajuk atau menduga (hati orang); ~ alang (orang) yg sangat tinggi; ~ anak menggugurkan kandungan; ~ hati mengajuk hati; ~ mata a) sangat jelas kelihatan, sangat nyata; b) memberi malu, menyakitkan hati; ~ sarang tebuan prb melakukan sesuatu yg mendatangkan bahaya; yg dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas prb keuntungan yg diharap-harapkan tidak didapat, sedangkan modal atau alat utk mendapatnya hilang juga; menjolokkan menjolok utk; jolokan perbuatan menjolok (memancing-mancing keterangan dll, menduga hati orang dsb): dia dapat berasa ~nya tentang tanggungjawab Yang Berhormat itu terhadap rakyat telah mencuit hati orang besar itu; penjolok galah dll utk menjolok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jolok | ; menjolok 1 merodok sesuatu dgn galah supaya gugur: ~ buah mangga muda. 2 merodok ke dlm lubang dgn kayu dll: Ia ~ lubang itu supaya tikus di dlmnya keluar. 3 memasukkan jari ke dlm lubang hidung atau kerongkong: Dia ~ tekaknya kerana ketulangan. 4 bertanya-tanya utk mencari keterangan dll; memancing-mancing. ~ mata a. sangat jelas kelihatan. b. memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yg tidak sopan, cara berpakaian dsb). menjolokkan menjolok utk. penjolok sesuatu yg digunakan utk menjolok. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jolok | menjolok 1. merodok sesuatu dgn galah supaya gugur:~ buah mangga muda. 2. merodok ke dlm lubang dgn kayu dll:Ia ~ lubang itu supaya tikus di dlmnya keluar. 3. memasukkan jari ke dlm lubang hidung atau kerongkong:Dia ~ tekaknya kerana ketulangan. 4. bertanya-tanya utk mencari keterangan dll; memancing-mancing. ~ mata a. sangat jelas kelihatan.b. memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yg tidak sopan, cara berpakaian dsb). menjolokkan menjolok utk penjolok sesuatu yg digunakan utk menjolok. | Kamus Pelajar |
galah | 1 tongkat panjang yg dibuat drpd buluh atau kayu dan digunakan utk menjolok buah-buahan dll: Buah cempedak di luar pagar, ambil ~ tolong jolokkan. 2 sj tombak atau lembing yg digunakan utk memburu babi hutan. ~ canggah galah yg bercabang hujungnya. ~ pancang (unjam) galah yg dipancangkan utk menambat perahu. ~ panjang permainan kanak-kanak yg dimainkan oleh dua pasukan di atas petak-petak yg bergaris di atas tanah (simen dsb). ~ sanggamara galah yg berkait hujungnya utk mengait perahu. bergalah 1 mempunyai atau ada galah: Saya tidak ~ utk menjolok buah itu. 2 menggunakan galah; menggerakkan atau menjalankan sesuatu dgn galah: Baginda telah lari ke hulu negeri dgn ~ rakit. sepenggalah setinggi atau sepanjang galah. matahari ~ tingginya lebih kurang pukul 7–8 pagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjolokkan | menjolok utk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merocoh | menjolok (dgn galah, tongkat, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menojah | menjolok, menikam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |