Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jual] | منجوال

Definisi : menukar barang dgn wang (memberi barang utk mendapat wang): seorang pegawai Inggeris pernah melihat buku itu dan di­mintanya aku ~ buku tersebut kepadanya; ~ akad menjual dgn perjanjian; ~ aksi Id = ~ lagak (tampang) terlalu berlagak mem­peragakan diri; ~ bangsa mengkhianati bangsa dan negara sendiri; ~ bicara = ~ omong Id pandai bercakap sahaja tetapi tidak berbuat apa-apa; ~ diri bp melacur; ~ kepala a) mem­buat sesuatu hanya utk faedah orang lain; b) menjadi askar sewaan; ~ lepas = ~ mutlak men­jual tanpa sesuatu perjanjian (tidak boleh ditebus lagi); ~ muka = ~ rupa mencari nafkah dgn menunjukkan rupa kpd orang ramai; ~ nama menggunakan nama orang utk ke­pentingan sendiri dll; ~ rugi menjual barang dgn menanggung rugi; ~ petai hampa = ~ tangkai cangkul sekah = ~ tangkai pangkur dedap prb percakapan yg tidak ada kebenarannya, omong kosong; dijual dahulu maka dibeli = telah dijual, maka dibeli prb difikirkan dahulu masak-masak, barulah dikerjakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jual] | منجوال

Definisi : memberikan barang dgn mengambil wang: Pekedai itu ~ barang-barangnya dgn harga yg berpatutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menjual

Puisi
 

Menjual lidi ke Batu Bara,
     Menjual lokan ke Batu Pahat;
Kerana dengki punya angkara,
     Orang baik disangka jahat.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Menjual petai hampa.

Bermaksud :

Membual; omong kosong.

 

Lihat selanjutnya...(5)

286

Kill two birds with one stone

Mencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan.

Berkayuh sambil ke hilir

We are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there.

Kami betul-betul berkayuh sambil ke hilir di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(14)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terpangkalpokoknya, modalnya; menjual ~ menjual dgn tidak ada laba;Kamus Dewan Edisi Keempat
kedaibangunan tempat menjual barang-barang, gerai, toko; rumah ~ bangunan tempat tinggal dan juga berniaga; ~ bar kedai tempat menjual minuman keras; ~ kopi kedai tempat menjual minuman dan kuih-muih; ~ lesen gerai tempat menjual makanan dan minuman; ~ makan kedai tempat menjual makanan (nasi dll); ~ minyak kedai tempat menjual minyak petrol; ~ pajak pajak gadai; ~ runcit kedai yg menjual barang-barang sedikit-sedikit kpd pengguna; ~ serbaneka kedai yg menjual aneka jenis barang; ~ urup- urup tempat menukar wang; berkedai 1. membeli-belah di kedai; 2. mem­punyai kedai, berniaga di kedai, membuka kedai: tidak banyak orang Melayu yg ~ di sana; ~ kopi menjual minuman dan kuih-kuih di kedai; mengedaikan menunjukkan (mempamer kan) barang-barang dagangan: di pasar telah disediakan tempat ~ barang-barang itu; terkedai telah dikedaikan, telah dipamerkan (bkn barang-barang dagangan dll): barang lukisan dan ukiran, sekaliannya ~ dgn permainya; kedaian 1. tempat berkedai; 2. almari dll tempat mempamerkan barang-barang dagangan: mereka melihat-lihat barang-barang yg tersusun dgn baik dlm tiap-tiap ~; perkedaian 1. perihal berkedai; 2. tempat berkedai, 3. sj tempat di kedai utk mem­pamerkan barang-barang dagangan; 4. barang yg dikedaikan (dipamerkan); pekedai penjual di kedai, orang yg berkedai; ~ kecil pekedai yg berniaga secara kecil-kecil­an.Kamus Dewan Edisi Keempat
ecer II(écér) Jw; mengecerkan menjual sedikit-sedikit, menjual (secara) runcit; eceran perihal menjual barang sedikitsedikit: pedagang ~ di pinggir jalan; harga ~ harga menjual barang sedikit-sedikit, harga (jualan) runcit.Kamus Dewan Edisi Keempat
komisi IIIB 1. badan utk tugas (kajian, siasat­an, dsb) tertentu, suruhanjaya; 2. = pergi ~ pergi ke sesuatu tempat utk menyiasat (me­nyelidiki) sesuatu perkara; 3. = barang ~ barang orang lain yg atau utk dijualkan dgn mendapat upah (komisen); menjual ~ menjual barang orang dgn menerima upah (komisen); 4. = wang ~ (bayaran) yg diterima sbg upah menjualkan barang orang: lebih banyak barang yg laku, lebih besar ~ yg diperoleh; mengomisi menyelidiki, memeriksa, me­nyiasat.Kamus Dewan Edisi Keempat
ecer/écér/; mengecerkan menjual sedikit-sedikit; menjual runcit. eceran 1 jualan sedikit-sedikit; jualan runcit: harga ~ harga runcit. 2 keluaran (surat khabar dll). pengecer orang yg menjual secara runcit; penjual runcit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ecer/écér/; mengecerkan menjual sedikit-sedikit; menjual runcit. eceran 1. jualan sedikit-sedikit; jualan runcit: harga ~ harga runcit. 2. keluaran (surat khabar dll). pengecer orang yg menjual secara runcit; penjual runcit.Kamus Pelajar
gadai1. pinjaman wang dgn menyerahkan barang sbg cagaran utk tempoh tertentu (kalau tidak ditebus dlm tempoh tersebut barang itu akan menjadi milik orang yg memberi pinjaman); ~ gelap gadai tanpa izin; 2. = barang ~ barang yg diserahkan sbg cagaran hutang;menebus ~ menebus barang yg menjadi cagaran hutang; menjual ~ menjual barang dgn syarat barang itu dapat ditebus dlm tempoh tertentu; (kedai) pajak ~ = rumah ~ tempat meminjam wang dgn menyerahkan sesuatu sbg cagaran; surat ~ surat yg menandakan hutang dgn cagaran barang; ~ terdorong kpd Cina prb terlanjur, tidak mungkin ditarik kembali;bergadai mendapatkan pinjaman dgn memberi (menyerahkan) sesuatu cagaran: dia sanggup ~ utk membiayai persekolahan anaknya; ~ golok (bergolok) berikhtiar mendapatkan sesuatu dgn bergadai; ~ nyawa mempertaruhkan nyawa, meletakkan diri sendiri dlm keadaan yg boleh menyebabkan maut utk atau kerana seseorang atau sesuatu;menggadai 1. Id menerima cagaran utk wang yg dipinjamkan; 2. = menggadaikan: ~ tanah; ~ nyawa bergadai nyawa; ~ terdorong ke pajak, sehari sebulan juga prb sesuatu perbuatan yg terlanjur walaupun kecil akibatnya sama spt yg besar juga; menggadaikan 1. menyerahkan sesuatu (tanah dll) sbg cagaran hutang: keadaan hidupnya demikian terdesak hingga ia terdorong ~ harta bendanya; 2. menyerahkan atau meletakkan sesuatu dlm keadaan terancam atau sbg cagaran utk mendapatkan sesuatu faedah dsb, mempertaruhkan: dia sedih raja ~ imannya; tergadai telah digadai; orang ~ orang yg menjadi jaminan hutang; tercacak bagai lembing ~ prb tertegun kehairanan; gadaian barang yg tergadai;penggadaian perihal (perbuatan) menggadai;pegadaian rumah gadai, pajak gadai;penggadai orang yg menjalankan pekerjaan menggadai.Kamus Dewan Edisi Keempat
menjual terpangkalmenjual dgn tidak ada laba;Kamus Dewan Edisi Keempat
menjual komisimenjual barang orang dgn menerima upah (komisen);Kamus Dewan Edisi Keempat
menjual rugimenjual barang dgn menanggung rugiKamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas