bela | (béla); mencari ~ = mengambil ~ = menuntut ~ menuntut balas (dgn cara membunuh pembunuh, memukul orang yg telah memukul orang lain, dll); membela 1. membunuh diri utk ikut mati: bersama-sama di atas lorong itu ialah mayat isteri-isteri yg telah ~ kematian suami mereka; 2. membalas membunuh dll: mereka bermuafakat hendak ~ kematian ayah mereka; 3. melindungi, menyelamatkan, mempertahankan: aku ingin melihat anak aku menjadi doktor atau peguam supaya dapat ~ nasib orang miskin spt aku; jikalau mahkota ini tiada dibuangkan, tiadalah patik semua dapat ~ kenaikan ini; tradisi ~ rakyat; ~ diri mempertahankan diri (drpd tuduhan, dakwaan, dsb); terbela dapat dibela (dilindungi, diselamatkan, dipertahankan): nasib bangsa Melayu tidak ~ pd zaman penjajahan; pembelaan perihal membela: si miskin tetap menderita tanpa ~ yg sewajarnya; pembela orang yg membela; ~ uri pemain terakhir dlm permainan gasing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keadilan | sifat (perbuatan, tindakan, dll) yg adil: ~ seseorang raja atau pemerintah; ia menuntut ~ ia menuntut penyelesaian yg adil; menciptakan ~ masyarakat mengadakan susunan dan keadaan yg adil bagi kehidupan dlm masyarakat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menuntut bela | menuntut balas (dgn cara membunuh pembunuh, memukul orang yg telah memukul orang lain, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tagih I | menagih 1. menuntut supaya dibayar hutang (sewa, yuran, dll), meminta dijelaskan (hutang dll): dia sangat berdukacita kerana dua hari lagi tuan rumah datang ~ wang sewa rumahnya; 2. menuntut supaya menunaikan janji dll, menggugat: Rokayah ~ janji minta dibelikan kimono sutera; menagih 1. menuntut supaya dibayar hutang (sewa, yuran, dll), meminta dijelaskan (hutang dll): dia sangat berdukacita kerana dua hari lagi tuan rumah datang ~ wang sewa rumahnya; 2. menuntut supaya menunaikan janji dll, menggugat: Rokayah ~ janji minta dibelikan kimono sutera; tagihan 1. wang dll yg ditagih, hasil drpd menagih: tanggal sepuluh datanglah ~ sewa rumah utk bayaran rumah Mariatun; 2. tuntutan (gugatan) supaya menunaikan janji dll: surat ~ hutang; penagihan perihal menagih, desakan supaya membayar hutang dll: hutang ini ada ~, dan kalau tidak dibayar juga, nanti dituntut di muka pengadilan; penagih orang yg menagih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menuntut malu | membalas sesuatu perbuatan jahat yg memalukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menuntut janji | meminta supaya menepati janji. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menuntut bela | membalas kejahatan orang; membela kematian seseorang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menuntut balas | membalas sesuatu perbuatan; membalas dendam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menuntut | 1 meminta dgn mendesak supaya sesuatu dilakukan atau ditunaikan: Pekerja-pekerja itu ~ gaji lebih. 2 meminta supaya dijelaskan hutang dll: Tiap-tiap bulan, tauke itu pergi ~ hutang drpd pelanggan-pelanggannya. 3 berusaha utk mencari ilmu pengetahuan atau utk mendapatkan sesuatu: Ia pergi ~ ilmu ke Mesir. 4 membawa sesuatu perkara ke mahkamah; mendakwa. ~ balas membalas sesuatu perbuatan; membalas dendam. ~ bela membalas kejahatan orang; membela kematian seseorang. ~ janji meminta supaya menepati janji. ~ malu membalas sesuatu perbuatan jahat yg memalukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menuntut malu | membalas sesuatu perbuatan jahat yg memalukan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |