Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.rut] | منوروت

Definisi : 1. berjalan dll mengikut jalan (garis, hala, dll) yg tertentu, tidak menyim­pang dr jalan dll yg tertentu: ~ jalan yg benar; 2. mencontohi (perbuatan orang lain dll), meneladan, meniru: telah dilihat oleh Cina, diturutnya, sebab itulah maka Cina gemar makan kangkung sampai sekarang; 3. mengikut apa yg disuruh (diperintah dll), tidak melawan, patuh kpd: maka segala orang itu pun semuanya ~ spt kata penghulunya; 4. meluluskan (permintaan, kehendak, dll), memenuhi (syarat, ketentuan, dll), menyam-paikan (harapan dll): Balzac tidak akan dapat melahirkan karya-karyanya yg agung itu jika ia ~ kehendak orang tuanya utk bertugas sbg seorang ahli undang-undang; 5. mengikut (berjalan dll), meng­ekori (dr belakang): dia berjalan menuju ruangan yg di sebelah barat bangunan, aku ~nya dr belakang; 6. spt yg dikhabarkan (diberitakan, dihebahkan, dll), sepanjang (berita dll): ~ yg diketahui sebanyak satu suku juta ringgit harga saham telah terjual; 7. sesuai dgn, tidak bertentangan dgn, tidak melanggar (syarat dll), selaras dgn: hari ini ~ pendapat orang alim ialah hari yg baik; 8. tidak bersalahan drpd, serupa dgn: rupanya ~ rupa neneknya; 9. ikut serta (melakukan sesuatu dll), turut serta: Sultan Mansor Shah pun ~ menyebut nama Hang Tuah itu Laksamana; 10. bergantung pd: maju mun­dur­nya dlm pelajarannya ~ kerajinannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.rut] | منوروت

Definisi : 1 mencontoh perbuatan orang lain; meniru. 2 patuh atau taat; mengikut apa-apa yg diperintahkan: Ia ~ saja apabila disuruh oleh ketuanya. 3 mengikut dr belakang: Dia sentiasa ~ ke mana saja bapanya pergi. 4 spt yg diberitakan atau spt yg dikhabarkan: ~ akhbar tsb, lebih drpd dua puluh orang telah tercedera dlm kemalangan itu. 5 tidak menyimpang dr jalan tertentu: Kereta api itu berjalan ~ rel. 6 tidak membantah (ttg permintaan, kehendak dll): Ia ~ segala kehendaki isterinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Ramai orang naik pedati,
     Saya seorang berkuda tunggangan;
Ramai orang menurut hati,
     Saya seorang dilarang jangan.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bertangga naik,
     berjanjang turun.

Bermaksud :

Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjanjang naik, bertangga turun).

 

Lihat selanjutnya...(86)

337

Love is blind

Cinta yang lebih menurut hawa nafsu berbanding kewarasan akal budi sehinggakan seseorang itu tidak nampak akan, atau tidak mahu mengakui, keburukan orang yang dikasihi.

Kasih itu roh (semangat) yang buta

She did again. She fell head over heels in love with another woman's husband. We didn't know what he saw in that man. She knew that the man was jobless and gambling seemed to be his passion. When her parents tried to stopher from seeing his useless man

Dia buat hal lagi. Kali ini dia bercinta pula dengan suami orang. Tidak tahulah apa yang menarik sangat tentang lelaki itu dari pandangan matanya. Dia menyedari bahawa kekasihnya itu penganggur dan kaki judi. Apabila orang tuanya cuba menghalang perhubungannya dengan lelaki yang tidak berguna itu, dia mengugut untuk membunuh diri. Betullah kata orang, cinta itu buta.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
analogikias, perbandingan (yg memper­lihatkan ciri-ciri persamaan (sebahagiannya); menurut ~ menurut kias (perbandingan), berdasarkan perbandingan (persamaan); beranalogikan menggunakan (mempunyai) sesuatu sbg analogi: kesimpulan yg ~ fakta-fakta yg belum pasti kesahihannya; menganalogikan menggunakan (mem­punyai) sesuatu sbg analogi.Kamus Dewan Edisi Keempat
formalmenurut peraturan (bentuk, ciri-ciri, cara, dsb) tertentu (yg sudah diterima atau yg dianggap wajar dsb), menurut aturan, menurut adat kebiasaan, rasmi: berpakaian ~; mengajar nahu secara ~; memformalkan menjadikan formal; keformalan perihal (keadaan, sifat dsb) formal: laras ialah penggunaan bahasa yg ditentukan oleh beberapa faktor sosial, antaranya ialah taraf ~ situasi sewaktu bahasa digunakan; pemformalan perbuatan (proses) memformalkan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
turut-menurut1. saling menurut, ikut-mengikut, tidak tentang-menentang; 2. ark menurut sahaja (fikiran orang dll), ikut-ikutan;Kamus Dewan Edisi Keempat
dengar-dengarmenurut khabar yg diterima, menurut yg diketahui: ~nya Idah selalu bergaduh di sana; ~ angin menurut khabar angin;Kamus Dewan Edisi Keempat
menurut (urutan) abjadmenurut urutan huruf dlm abjad;Kamus Dewan Edisi Keempat
taat1 sentiasa menurut perintah atau menurut suruhan; tidak mengingkari; patuh: Rakyat hendaklah ~ kpd peme­rintah. 2 = ~ setia tidak berlaku curang; jujur dan setia: Aku bertuah mendapat isteri yg ~ sptmu. mentaati tidak membantah akan perintah dll; mematuhi: Tiap-tiap orang Islam wajib ~ rukun Islam yg lima. ketaatan sifat atau keadaan taat; kepatuhan; kesetiaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tunduk3 menurut perintah atau menurut peraturan: Pekerja-pekerja di situ semuanya ~ kpd ketua mereka. Kamus Pelajar
dengar; panggil tak ~ ki jauh (sekali); corong ~ Id corong alat mendengar; salah ~ salah me­nangkap (percakapan, kata-kata yg di­tutur­kan, dll); dengar-dengar menurut khabar yg diterima, menurut yg diketahui: ~nya Idah selalu bergaduh di sana; ~ angin menurut khabar angin; engar-dengaran 1. mempedulikan, meng­endahkan, mendengar (menerima, menurut, percaya, dsb): jangan tuanku ~ akan sembah orang yg tiada sebenarnya; 2. perasaan seolah-olah mendengar (sesuatu), perasaan spt terdengar-dengar: cuma ~ saya sahaja agaknya; berdengar Mn didengar(kan), dipedulikan, diturut(kan); mendengar 1. menangkap (bunyi, suara) dgn telinga: pd mulanya dia tidak ~ orang mengetuk pintu; 2. mendapat (khabar, berita, dll), mendapat tahu: setelah ia ~ khabar Raja Iskandar datang, maka Raja Kida Hindi pun menghimpunkan segala rakyat dan raja-raja; 3. memberikan perhatian kpd kata-kata dsb seseorang (utk mengikutnya, memper­timbangkannya, dsb), mempedulikan, me­ngikut (kata, suruhan, dll): kerana si isteri ~ hasutan orang, kedamaian rumah tangga tidak terdapat di rumahnya; ~, mengingat (menimbangkan) memutuskan Id (digunakan berkaitan dgn) proses membuat sesuatu ke­putusan (resolusi); dengar cakap enggang, makan buah beluluk, dengar cakap orang, terjun masuk lubuk prb hendaklah berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu pekerjaan, jangan men­dengar cakap orang; didengar ada, dipakai tidak prb tidak mengikut nasihat; men­dengarkan, mendengari 1. men­de­ngar akan (sesuatu): fikiran Khatijah semakin terang apabila ~ suara takbir memuji Tuhan; kemudian Datuk Ujang men­ceritakan kisah yg pernah didengarinya drpd seorang ko­munis yg ditawan; 2. meng­endahkan, mem­pedulikan, mengikutkan (na­sihat, bujuk­an, dll): jangan kamu dengarkan sangat cakap orang; memperdengarkan 1. melakukan sesuatu (spt memainkan alat muzik, menyanyikan lagu, dsb) supaya didengar oleh orang lain, menyiarkan (lagu dsb) melalui radio: Hamzah sering diundang utk ~ gesekan biolanya dlm majlis yg besar-besar; 2. menyiarkan (menge­mukakan dsb) supaya diketahui umum atau orang lain: keluhan para isteri tentang kelakuan suami yg keterlaluan banyak sekali diperdengarkan menerusi majalah; terdengar 1. (sudah) didengar: apabila ~ oleh Pak Pandir bunyi itu, ia pun lari lintang-pukang; 2. dapat (boleh) didengar: sebelum dia masuk, ~ olehnya bunyi orang mencuci baju; 3. ki sanggup (tahan) didengar: tenarlah bunyi sumpah seranahnya akan Pak Pandir, hingga tiada ~ oleh anjing dan kucing; 4. didengar, diketahui: berita itu sudah ~ merata-rata; terdengar-dengar seolah-olah (masih) men­­­dengar, seolah-olah belum luput dr telinga; kedengaran 1. (dapat) didengar, terdengar: dr jauh ~ bunyi loceng sayup-sayup dibawa angin; 2. diperoleh berita, diketahui: setelah ~lah ke benua Siam, maka paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah; pendengaran 1. pancaindera utk men­dengar, alat mendengar (seluruh bahagian telinga): kalau ~ rosak, tentu tidak boleh mendengar lagi; 2. perihal mendengar(kan), apa yg dapat didengar: Kak Bedah meng­angkat kepalanya utk menjelaskan ~nya; pendengar 1. alat (perkakas, benda) utk mendengar(kan); 2. orang yg mendengar (bunyi, percakapan, dsb): ~ radio; 3. = pen­dengaran pancaindera utk mendengar; 4. Id mahasiswa tidak berdaftar tetapi mengikuti (mendengar sahaja) kuliah-kuliah.Kamus Dewan Edisi Keempat
taat 1 sentiasa menurut perintah atau menurut suruhan; tidak mengingkari; patuh: Rakyat hendaklah ~ kpd pemerintah.Kamus Pelajar
abjad1. huruf-huruf dlm sesuatu bahasa yg disusun mengikut urutan yg tertentu (spt A, B, C hingga Z bagi tulisan Rumi dan alif, ba, ta hingga nya bagi tulisan Jawi); menurut (urutan) ~ menurut urutan huruf dlm abjad; 2. urutan atau susunan huruf Arab (dgn setiap huruf mempunyai nilai angka utk menyata­kan tahun dll, mis alif = 1, ba = 2, jim = 3, dal = 4, dll); mengabjadkan menyusun (perkataan dll) menurut abjad: ~ nama semua peserta; pengabjadan perihal mengabjadkan, penyu­sun­an perkataan (senarai nama dll) mengikut urutan abjad.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas