menyakiti | 1 menyebabkan orang berasa sakit: Sebenarnya polis tidak boleh ~ orang-orang tahanan. 2 menjadikan sakit: Kata-katanya ~ hatiku. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyakiti | 1. menyebabkan berasa sakit (sengsara, sedih, pilu, dll): janganlah kamu suka mengganggu dan ~ orang lain; aku tidak sanggup ~ hatimu; 2. ark sakit ketika melahirkan anak: ketika itu bininya sedang ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyakiti | 2 menjadikan sakit: Kata-katanya ~ hatiku. | Kamus Pelajar |
menyakiti | 1 menyebabkan orang berasa sakit: Sebenarnya polis tidak boleh ~ orang-orang tahanan. | Kamus Pelajar |
melukai | 1. mendatangkan luka pd; ~ musuh mendatangkan luka pd musuh; 2. = melukakan menyakiti (hati): sindiran yg ~ hati dihamburkan kepadanya; ~ hati menyakiti hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menduri | 1. spt duri: tajamnya ~ landak; 2. ki menyakiti (menyusahi dll) hati: ~ hatiku melihat perangainya yg tidak senonoh; kata-kata yg ~ kata-kata yg menyakiti hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sadis | 1. suka atau bersifat menyakiti atau menyeksa orang dr segi fizikal atau mental utk mendapat keseronokan atau kepuasan: memang ada lelaki ~ yg mendapat kepuasan seks dgn mendera pasangannya; jenaka itu begitu ~ bagi Zura; 2. tidak mengenal belas kasihan, kejam: kelihatan penuh ~, burung hering itu menyiat-nyiat mangsanya; 3. orang yg suka menyakiti atau menyeksa orang utk mendapat keseronokan atau kepuasan, orang yg melakukan sadisme. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melukakan | menyakiti (hati): sindiran yg ~ hati dihamburkan kepadanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menusuk hati | menyakiti hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menggunting hati | menyakiti hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |