menyiarkan | 1 memberitahukan (sesuatu) kpd orang ramai dgn menggunakan radio (surat khabar dll); menghebahkan; mengumumkan: Radio Malaysia telah ~ berita ttg peperangan Pakinda. 2 menyebabkan sesuatu agama atau pendapat tersebar merata-rata; menyebarkan: Orang yg mula-mula sekali ~ agama Islam ke Tanah Melayu tidak diketahui dgn pasti. 3 memancarkan cahaya dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyiarkan | 1. menghebahkan kpd orang ramai (melalui radio, televisyen, surat khabar, dll), mengumumkan: berita itu telah disiarkan melalui radio; 2. memasukkan (gambar dll ke dlm majalah, surat khabar, dll) dan menerbitkannya: majalah itu ~ gambar dan kisah jenayah; 3. memperkembangkan atau menyebarkan (agama, pendapat, dll); 4. memancarkan (cahaya dll); 5. membawa ke serata tempat, menyebarkan, menyeratakan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siar I; menyiarkan | penyiar orang yg menyiarkan: ~ berita; ~ agama. | Kamus Pelajar |
siar I; menyiarkan | penyiaran perbuatan atau hal menyiarkan (sesuatu): meninggikan sistem pendidikan dan ~ Islam. | Kamus Pelajar |
memperdengarkan | 1. melakukan sesuatu (spt memainkan alat muzik, menyanyikan lagu, dsb) supaya didengar oleh orang lain, menyiarkan (lagu dsb) melalui radio: Hamzah sering diundang utk ~ gesekan biolanya dlm majlis yg besar-besar; 2. menyiarkan (mengemukakan dsb) supaya diketahui umum atau orang lain: keluhan para isteri tentang kelakuan suami yg keterlaluan banyak sekali diperdengarkan menerusi majalah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
warta | berita; khabar. ~ berita bermacam-macam berita. ~ harian surat khabar yg diterbitkan setiap hari. ~ kerajaan risalah yg diterbitkan oleh kerajaan utk menyiarkan undang-undang dll yg telah disahkan. mewartakan 1 memberitahukan: Wakil kita ~ bahawa persidangan itu telah berakhir. 2 menyiarkan sesuatu dlm warta kerajaan: Pindaan kpd peraturan itu belum diwartakan lagi. pewarta orang yg memberitakan; pemberita. wartawan orang yg kerjanya menulis rencana atau berita utk surat khabar dll: ~ bebas wartawan yg bebas menulis utk sebarang akhbar atau majalah. kewartawanan segala hal yg berkaitan dgn penerbitan dan penulisan surat khabar, majalah dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
siar I | ; ~ raya alat utk membuat pengumuman, mis pembesar suara (dlm majlis, perayaan dsb). menyiarkan 1 memberitahukan (sesuatu) kpd orang ramai dgn menggunakan radio (surat khabar dll); menghebahkan; mengumumkan: Radio Malaysia telah ~ berita ttg peperangan Pakinda. 2 menyebabkan sesuatu agama atau pendapat tersebar merata-rata; menyebarkan: Orang yg mula-mula sekali ~ agama Islam ke Tanah Melayu tidak diketahui dgn pasti. 3 memancarkan cahaya dll. tersiar telah diumumkan ke merata-rata tempat melalui radio (surat khabar dll); telah diterbitkan dan disebarkan. siaran sesuatu yg disiarkan atau yg dihebahkan utk pengetahuan umum: surat ~ surat yg berisi berita dll yg disebarkan kpd orang ramai. bersiaran mengendalikan siaran di televisyen atau radio: Penyiar radio itu mendapat penghargaan kerana ~ 24 jam tanpa henti. penyiaran perbuatan atau hal menyiarkan (sesuatu): meninggikan sistem pendidikan dan ~ Islam. penyiar orang yg menyiarkan: ~ berita; ~ agama. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
siar I | ; ~ raya alat utk membuat pengumuman, mis pembesar suara, dlm sesuatu majlis, perayaan dsb; menyiarkan 1. menghebahkan kpd orang ramai (melalui radio, televisyen, surat khabar, dll), mengumumkan: berita itu telah disiarkan melalui radio; 2. memasukkan (gambar dll ke dlm majalah, surat khabar, dll) dan menerbitkannya: majalah itu ~ gambar dan kisah jenayah; 3. memperkembangkan atau menyebarkan (agama, pendapat, dll); 4. memancarkan (cahaya dll); 5. membawa ke serata tempat, menyebarkan, menyeratakan; tersiar 1. telah dihebahkan (diumumkan, dikhabarkan ke merata-rata), tersebar ke manamana: khabar telah ~ bahawa peperangan telah berakhir; 2. telah diterbitkan dan dijual (buku, majalah, dll): kesemua cerpen dlm kumpulan ini telah ~ dlm mingguan Utusan Zaman; siaran sesuatu yg disiarkan atau diterbitkan (pengumuman, berita, dll): aku hendak mendengar semua ~ radio hari ini; surat ~ surat yg disebarkan kpd orang ramai; bersiaran mengendalikan siaran di televisyen atau radio: penyair radio itu mendapat penghargaan kerana ~ 32 jam tanpa henti; persiaran ark pengumuman, pemberitahuan; penyiaran 1. perbuatan menyiarkan: ~ agama Islam di Tanah Melayu; 2. (Kom) aktiviti mengadun dan memancarkan rancangan radio dan televisyen kpd khalayak di sekitar kawasan yg dapat diliputi oleh alat penerima siaran dgn menggunakan sistem analog, satelit atau kabel; penyiar 1. orang yg menyiarkan, pengembang (agama); 2. alat pemancar (radio dll); 3. penerbit dan penjual (buku dll); 4. petugas radio dan televisyen yg terlibat secara langsung dlm aktiviti penyiaran rancangan media elektronik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertabligh | menyiarkan ajaran Islam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyeratakan | menyiarkan, menghebahkan dsb ke serata tempat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |