Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyim.pan] | مڽيمڤن

Definisi : 1. menaruh di tempat yg se­lamat (supaya tidak rosak, tidak hilang, dll): barang itu disimpan dlm stor; 2. menghimpun (wang), menabung: seorang biasanya ~ se­banyak 15 peratus drpd pendapatannya; 3. = menyimpani mengemas-ngemas supaya teratur atau tersusun (pinggan mangkuk dll); 4. tidak membuang, membiarkan, mengekal­kan: beliau telah menyingkirkan beberapa orang tokoh antikomunis dan ~ serta me­nambah lagi bilangan tokoh-tokoh yg prokomunis dlm kabinetnya; dia lebih suka ~ rambut panjang; 5. memendam (perasaan), menyembunyikan atau tidak melahirkan (perasaan): Mahmud juga ada ~ hati ter­hadap Ramlah; 6. memegang (rahsia) dgn teguh, merahsiakan; 7. menaruh (memakai, menggunakan) secara rahsia atau sulit: ia ada ~ seorang gundik; 8. memiliki dan memakai (ilmu pengetahuan biasanya ilmu batin), mem­punyai; 9. mengandungi, memuat: ubat itu ~ pelbagai khasiat; 10. membuat peringatan atau catatan, merekodkan: ~ kira-kira; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyim.pan] | مڽيمڤن

Definisi : 1 menaruh sesuatu di tempat yg selamat supaya tidak hilang dsb: Dia ~ kain bajunya di dlm almari. 2 mengemaskan sesuatu supaya tersusun atau teratur semula: Selepas puas bermain, Adli ~ barang-barang permainannya. 3 meme­gang (rahsia dsb) teguh-teguh; merahsiakan: Dia memang tidak dpt ~ rahsia. ~ hati memendam atau menaruh rasa suka, cinta dsb terhadap seseorang secara diam-diam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simpan
Kata Terbitan : menyimpan, tersimpan, simpanan, penyimpan,

Puisi
 

Pukul lapan pukul sembilan,
     Pukul sepuluh jam mati;
Pandai makan pandai menyimpan,
     Jikalau gopoh main tak jadi.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga.

Bermaksud :

Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyimpan embacang masak).

 

Lihat selanjutnya...(11)

368

Many a mickle makes a muckle

Duit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga.

Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.

''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Many a mickle makes a muckle , doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years,'' she answered.

''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tatabukuilmu menyimpan kira-kira, urusan menyimpan kira-kira (dlm perniagaan dan perdagangan).Kamus Dewan Edisi Keempat
penyimpanan1. perihal menyimpan; 2. tempat menyimpan (mengumpulkan);Kamus Dewan Edisi Keempat
tabung1 bekas yg dibuat drpd ruas buluh sbg tempat menyimpan sesuatu: ~ nira. 2 tempat menyimpan wang yg dibuat drpd buluh dll. 3 sesuatu yg berbentuk bulat torak; silinder: ~ gas. 4 wang derma yg dikumpulkan utk sesuatu maksud: ~ pertahanan negara. ~ damak bekas tempat me­nyimpan damak. ~ darah badan yg mengumpulkan dan menyimpan darah (di hospital dll). ~ uji tabung kaca yg digunakan dlm makmal utk membuat percubaan kimia dll. menabung menyimpan wang dlm tabung dll: Kami ~ setiap bulan utk bekalan hari tua. menabungkan memasukkan wang dll ke dlm tabung; menyimpan dlm tabung: Mereka ~ wang yg di­kumpulkan itu. tabungan tempat me­na­bungkan wang. penabungan per­­buatan menabungkan (wang dll); pe­nyimpanan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tabung I1. bekas drpd ruas buluh dll (utk menyimpan sesuatu), bumbung: ~ air; 2. bekas yg berbentuk silinder: ~ gas oksigen; 3. peti atau kotak (utk surat dll); 4. tempat menyimpan wang (drpd buluh dll), celengan; 5. sesuatu yg berbentuk bulat torak (dlm enjin dll), silinder; 6. wang yg dikumpulkan (dgn mengutip derma dll) utk maksud tertentu, dana: T~ Pertahanan Negara; ~ damak tabung (drpd buluh) tempat me­nyimpan damak; ~ darah badan yg me­ngumpul dan menyimpan darah (di hospital dll); ~ didih sj tabung kaca yg berdinding tebal (digunakan dlm makmal utk men­didihkan bahan cecair); ~ empar sj tabung kaca berdinding tebal, kecil, dan digunakan sebagai bekas utk bahan campuran dlm alat pengempar; T~ Haji Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji; ~ kimia Id = ~ uji tabung (bekas berbentuk silinder) drpd kaca utk mengadakan percubaan atau ujian makmal; ~ madat sj paip utk menghisap madat; ~ pekak tabung wang yg biasanya dibuat drpd buluh; ~ pemilihan a) bekas tempat memasukkan lidi yg digunakan sbg ganti surat undi; b) kotak utk memasukkan surat undi; ~ seruas ki tidak dapat menyimpan rahsia; ~ surat peti surat; ~ tablet tabung pil; tinggal di ~ dituntungkan, tinggal di aweh dikiraikan prb telah diberikan atau diserahkan semuanya (pengajaran); menabung menyimpan wang (di bank, dlm tabung, dll): aku mulai ~ dan ~ terus dan ketika wangku terkumpul delapan rupiah, kubeli sepeda keluaran negeri Belanda; menabungkan memasukkan wang dll ke dlm tabung, menyimpan dlm tabung (bank dll): mereka ~ wang syiling atau ringgit lama dlm tin-tin susu yg ditebuk; tabungan 1. tempat menabungkan wang, celengan (drpd buluh dll); 2. = wang ~ wang yg disimpan, simpanan (wang); ~ masjid wang yg dikumpulkan utk keperluan masjid; ~ pos (akaun) simpanan wang di pejabat pos; penabungan perihal menabung wang, pe­nyimpanan wang; penabung orang yg menabung (wang), penyimpan.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyimpan hatimemendam atau menaruh rasa suka, cinta dsb terhadap seseorang secara diam-diam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyimpan1 menaruh sesuatu di tempat yg selamat supaya tidak hilang dsb: Dia ~ kain bajunya di dlm almari. 2 mengemaskan sesuatu supaya tersusun atau teratur semula: Selepas puas bermain, Adli ~ barang-barang permainannya. 3 meme­gang (rahsia dsb) teguh-teguh; merahsiakan: Dia memang tidak dpt ~ rahsia. ~ hati memendam atau menaruh rasa suka, cinta dsb terhadap seseorang secara diam-diam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyimpan1. menaruh di tempat yg se­lamat (supaya tidak rosak, tidak hilang, dll): barang itu disimpan dlm stor; 2. menghimpun (wang), menabung: seorang biasanya ~ se­banyak 15 peratus drpd pendapatannya; 3. = menyimpani mengemas-ngemas supaya teratur atau tersusun (pinggan mangkuk dll); 4. tidak membuang, membiarkan, mengekal­kan: beliau telah menyingkirkan beberapa orang tokoh antikomunis dan ~ serta me­nambah lagi bilangan tokoh-tokoh yg prokomunis dlm kabinetnya; dia lebih suka ~ rambut panjang; 5. memendam (perasaan), menyembunyikan atau tidak melahirkan (perasaan): Mahmud juga ada ~ hati ter­hadap Ramlah; 6. memegang (rahsia) dgn teguh, merahsiakan; 7. menaruh (memakai, menggunakan) secara rahsia atau sulit: ia ada ~ seorang gundik; 8. memiliki dan memakai (ilmu pengetahuan biasanya ilmu batin), mem­punyai; 9. mengandungi, memuat: ubat itu ~ pelbagai khasiat; 10. membuat peringatan atau catatan, merekodkan: ~ kira-kira;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyimpan~ hati memendam atau menaruh rasa suka, cinta dsb terhadap seseorang secara diam-diam.Kamus Pelajar
menyimpan3 memegang (rahsia dsb) teguh-teguh; merahsiakan: Dia memang tidak dpt ~ rahsia.Kamus Pelajar
menyimpan2 mengemaskan sesuatu supaya tersusun atau teratur semula: Selepas puas bermain, Adli ~ barang-barang permainannya.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas