tanah | 1 lapisan bumi yg di atas sekali (tempat orang mendirikan rumah, bercucuk tanam dll): Beliau telah membeli sebidang ~ seluas lima ekar di Sabak Bernam. 2 kawasan bumi yg bersempadan, yg diperintah oleh sebuah kerajaan atau yg diduduki oleh sesuatu bangsa: ~ Melayu; ~ Jawa. 3 warna dasar pd kain dll. ~ datar (pamah) tanah yg rata. ~ gambut tanah lembut yg bercampur dgn tumbuh-tumbuhan yg reput. ~ gembur tanah yg subur yg terdiri drpd campuran pasir, tanah liat dan bahan organik yg reput. ~ jajahan negeri (negara) yg dijajah oleh negara asing. ~ liat tanah yg lekat apabila basah dan menjadi keras apabila dipanaskan (biasanya digunakan utk membuat bata dll). ~ merah tanah liat yg di dlmnya terdapat zat besi dan biasanya digunakan utk membuat jalan. ~ pusaka tanah yg diwarisi turun-temurun. ~ rizab tanah simpanan atau tanah yg dikhaskan utk sesuatu tujuan atau utk sesuatu golongan. ~-tanih segala macam tanah. ~ tumpah darah tempat seseorang dilahirkan. ~ usang tanah yg tidak subur lagi. ~ wakaf tanah yg didermakan utk kegunaan orang ramai. bertanah mempunyai tanah; memiliki tanah: Orang-orang yg tidak ~ hendaklah diberi tanah hutan yg baru dibuka supaya mereka dpt bercucuk tanam, berkebun dan berladang. pertanahan hal-hal mengenai tanah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
laterit | tanah liat merah yg terbentuk drpd pereputan batu dan terdiri drpd besi oksida dan aluminium hidroksida. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanah merah | sj tanah liat berwarna merah yg mengandungi zat besi (biasanya digunakan utk membuat jalan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanah merah | tanah liat yg di dlmnya terdapat zat besi dan biasanya digunakan utk membuat jalan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
batu merah | tanah liat (batu) yg merah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanah | ~ merah tanah liat yg di dlmnya terdapat zat besi dan biasanya digunakan utk membuat jalan. | Kamus Pelajar |
batu bata | batu merah empat persegi yg dibuat drpd tanah liat bakar dan digunakan utk membuat dinding rumah dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
batu bata | batu merah empat persegi yg dibuat drpd tanah liat bakar dan digunakan utk membuat dinding dll. 2 sesuatu yg bentuknya spt batu bata: ~ emas; ~ timah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bata | 1 = batu ~ batu merah empat persegi yg dibuat drpd tanah liat bakar dan digunakan utk membuat dinding dll. 2 sesuatu yg bentuknya spt batu bata: ~ emas; ~ timah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bata | 1. = batu ~ batu merah empat persegi yg dibuat drpd tanah liat bakar dan digunakan utk membuat dinding dll. 2. sesuatu yg bentuknya spt batu bata:~ emas; ~ timah. | Kamus Pelajar |