Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mis.kin] | ميسکين

Definisi : tidak berharta benda, serba kekurangan (dlm barang-barang keperluan hidup), me­larat, papa; ~ papa terlalu miskin; rumah ~ rumah tempat orang-orang miskin dijaga; biar ~ asal cerdik terlawan juga orang kaya prb kebijaksanaan itu lebih juga drpd kekayaan; memiskinkan menjadikan miskin; kemiskinan perihal miskin, kekurangan, kepapaan: bukan sedikit jumlah perempuan yg terjerumus ke liang kesengsaraan itu lantaran ~; pemiskinan perihal, perbuatan atau tin­dakan memiskinkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mis.kin] | ميسکين

Definisi : serba kekurangan barang-barang keperluan hidup; tidak berharta: ~ papa terlalu miskin. memiskinkan menjadikan miskin. kemiskinan keadaan miskin; kepapaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Anak Cina berbaju satin,
     Sudah satin jarang pula;
Hina saya kerana miskin,
     Sudah miskin dagang pula.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Yang ombak itu ombak juga,
     yang air itu air juga.

Bermaksud :

Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(89)

352

Give him an inch and he will take a yard

Diberi sedikit tetapi hendak lebih lagi.

Diberi betis hendak peha.

Since she is too poor to take care of her nine children, I agreed to bear one of her son's education expenses. Unfortunately, people like to take advantage of the generosity of others. Now she expects me to do same for her other children. Give him an inch and he'll take a mile, indeed.

Oleh sebab wanita itu terlalu miskin untuk menjaga sembilan anaknya, saya pun bersetuju untuk menanggung perbelanjaan salah seorang anak lelakinya. Malangnya, orang suka mengambil kesempatan daripada kemurahan hati orang lain. Sekarang dia mengharapkan saya menanggung anak-anaknya yang lain pula! inilah yang dikatakan diberi betis hendak peha.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tinggal4 selalu atau kekal spt keadaan yg sedia; tidak berubah-ubah: Yg kaya bertambah kaya, yg miskin ~ miskin.Kamus Pelajar
miskinserba kekurangan barang-barang keperluan hidup; tidak berharta: ~ papa terlalu miskin. memiskinkan menjadikan miskin. kemiskinan keadaan miskin; kepapaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
miskintidak berharta benda, serba kekurangan (dlm barang-barang keperluan hidup), me­larat, papa; ~ papa terlalu miskin; rumah ~ rumah tempat orang-orang miskin dijaga; biar ~ asal cerdik terlawan juga orang kaya prb kebijaksanaan itu lebih juga drpd kekayaan; memiskinkan menjadikan miskin; kemiskinan perihal miskin, kekurangan, kepapaan: bukan sedikit jumlah perempuan yg terjerumus ke liang kesengsaraan itu lantaran ~; pemiskinan perihal, perbuatan atau tin­dakan memiskinkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
jembel(jémbél) Id sangat miskin; orang ~ orang miskin, pengemis; rakyat ~ rakyat yg miskin.Kamus Dewan Edisi Keempat
miskinserba kekurangan barang-barang keperluan hidup; tidak berharta: ~ papa terlalu miskin. memiskinkan menjadikan miskin. kemiskinan keadaan miskin; kepapaan.Kamus Pelajar
miskin papaterlalu miskin.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jatuh miskinmenjadi miskin;Kamus Dewan Edisi Keempat
fakirAr 1. (orang yg) berpendapatan kurang drpd pendapatan orang miskin (tidak mencukupi keperluan asas harian): tiap-tiap hari Jumaat, baginda mengurniakan sedekah kpd ~ dan miskin; 2. sl saya (yg miskin ini): apa kerja tuan datang ke rumah ~? 3. orang yg sengaja atau dgn kerelaan sendiri mengalami atau menanggung serba kekurangan dalam hidupnya utk mendapat kesempurnaan batin: baginda memakai pakaian ~ dan meninggalkan istana;~ miskin golongan yg sangat berkurangan (sangat miskin): bantuan makanan juga akan diberikan kpd ~ miskin;kefakiran perihal (keadaan) fakir.Kamus Dewan Edisi Keempat
fakir miskingolongan yg sangat berkurangan (sangat miskin): bantuan makanan juga akan diberikan kpd ~ miskin;Kamus Dewan Edisi Keempat
tinggal1 menetap atau diam (di…): Ia sudah lama ~ di bandar. 2 masih ada di tempatnya; tidak ke mana-mana: Awak ~ di sini, saya hendak ke bandar sekejap. 3 berbaki; berlebih: Duitnya ~ dua ringgit selepas membeli-belah. 4 selalu atau kekal spt keadaan yg sedia; tidak berubah-ubah: Yg kaya bertambah kaya, yg miskin ~ miskin. 5 dilalaikan; dicuaikan: Ke mana saja ia pergi, tidak pernah ~ sembahyang. 6 cuma; hanya: Persediaan utk kenduri sudah sedia, ~ bunga telur saja yg belum. 7 yg di­kosongkan; tidak bertunggu lagi: rumah ~. ~ arwah sudah meninggal. ~ baka yg ada cuma keturunan. ~ tulang sangat kurus. tempat ~ rumah atau tempat yg didiami. meninggal, = ~ dunia mati. meninggalkan 1 membiarkan tinggal; tidak membawa bersama: Ia ~ anaknya di rumah. 2 berlepas dr; pergi dr; menjauhkan diri dr: Ia ~ Kota Kina­­balu pd hari Ahad. 3 membiarkan berbaki; melebihkan: Faridah ~ dua keping roti utk adiknya. 4 mendahului atau mengatasi; melebihi: Dlm bidang kejuruteraan, orang-orang Jerman sudah ~ orang-orang Inggeris. 5 mengetepikan sesuatu perkara; tidak memasukkan dlm pertimbangan dll; tidak mem­pedulikan. 6 tidak memakainya atau tidak menggunakannya lagi (ttg adat, kebiasaan dll): Ia sudah lama ~ adat Perpatih. 7 melalaikan atau mencuaikan sesuatu kewajipan dll: Bapanya yg sudah tua itu tidak pernah ~ puasa. tertinggal 1 tercicir di belakang kerana tidak dpt menyaingi atau kerana tidak dpt mengejar: Dlm perlumbaan itu, Rosnah ~ di belakang sekali. 2 tidak dibawa bersama kerana terlupa; tercicir. ke­ting­galan 1 sudah ditinggalkan (oleh bas, kereta api dll): Reza sudah dua kali ~ bas kerana ia bangun lewat. 2 ter­cicir atau terkebelakang (dlm pelajar­an, kemajuan dll): Sejak sakit, ia sudah ~ dlm semua mata pelajarannya. ~ zaman tidak sesuai dgn keadaan sezaman. tidak ~ tidak mahu terkebelakang; tidak lalai. peninggalan 1 segala se­suatu yg ditinggalkan; pesaka: harta ~ harta pesaka. 2 sisa atau saki-baki dr zaman dahulu. sepeninggalan 1 sesudah pergi atau sesudah berangkat; sesudah mati: ~ ibunya, rumah itu menjadi kucar-kacir. 2 selama atau pd ketika ditinggalkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas