Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.la] | مولا

Definisi : 1. = asal ~ asal, pokok pangkal: mari kita kembali ke ~nya; 2. yg paling awal, yg dahulu sekali, punca atau pangkal (keadaan tempat, waktu, dll); ~ pertama yg paling awal, pertama sekali; wang ~ wang yg dibayar dahulu (cengkeram, pertaruhan); 3. sebab, lantaran, fasal: apa ~nya dia datang ke mari? mula-mula 1. terlebih dahulu, pd awalnya, pertama-tama: binatang yg ~ sekali mening-galkan laut utk hidup di darat ialah cacing; 2. sejak, semenjak: ~ sampai ia belum makan lagi; semula 1. yg dahulu, yg mula-mula, sediakala: orang sakit itu sudah sembuh spt ~; 2. yg paling awal, yg pertama sekali: pendapatnya sekarang ini berlainan dr ~; 3. (sejak) awal, (dr) mula sekali: sejak ~ dia tidak bersetuju; 4. diulang sekali lagi (dr mula), lagi sekali: sejurus kemudian ia merebahkan dirinya ~ di atas katil; 5. balik (spt sediakala), kembali (spt dahulu): perasaan marah dan geramnya telah sejuk ~; membebaskan bandar itu ~ drpd tangan musuh; ~ jadi yg diwarisi baka; bermula 1. mempunyai mula (awal): penya-kit ini ~ dgn selesema; 2. berpunca, ber­pangkal: banjaran ini ~ dr negara Thai; 3. = bermula-mula terdahulu sekali, pertama­tama: bermula-mula yg masuk neraka itu segala raja yg zalim; 4. sediakala, yg dahulu, yg mula-mula: kedua laki isteri itu pun sama-sama duduk spt ~ dan berpandang-pan-dangan; 5. = sebermula sl pembuka kata utk sesuatu kisah dll, kata permulaan utk sesuatu kisah (peristiwa dsb), pertama-tama: ~ maka sampailah umurnya delapan belas tahun; sebermula bangkai bertimbun spt gunung, darah spt laut; 6. sl (yg) awal atau asal: maka semuanya dipersembahkan oleh Laksamana, dr ~ sampai kpd akhirnya; kebermulaan perihal (keadaan) bermula­nya: mustahillah utk mempercayai ~ waktu; mulai 1. mula-mula melakukan sesuatu: pd malam Jumaat ~lah ia datang mengintai di situ; pd hari itu juga aku ~ pula mengajar Tuan Thomson; 2. sejak (semenjak), dari: larangan itu berlaku ~ hari Khamis ini; memulakan 1. = memulai mula membuat (melakukan) sesuatu: dia terus menunjukkan cara mereka ~ peraduan itu; 2. melakukan (mengerjakan) dr mula, mengasaskan: me-mang sukar hendak ~ sesuatu perniagaan tetapi adalah lebih sukar lagi utk memelihara perniagaan itu; 3. membiarkan mula me­lakukan sesuatu: orang Parsi menunggu orang Islam ~ serangan; termula bp telah dimulakan: apabila sudah ~, susah hendak meninggalkan candu rokok ini; permulaan 1. awal, yg awal (pertama) se­kali, yg terdahulu: pd peringkat ~ inilah, penyakit itu boleh mendatangkan bahaya; 2. dasar, asas: Upu Daeng Mariwah itu ialah Yang Dipertuan Muda dan ialah yg mem-buat pokok ~ sumpah setia Melayu dan Bugis; 3. pendahuluan; ~ kata (kalam) kata penda­huluan: penyiasatan ~; berpermulaan mempunyai permulaan: se-suatu perbuatan harus ~; pemula 1. orang yg mula-mula membuat sesuatu; 2. sesuatu yg dipakai utk memulakan sesuatu; 3. Id pasukan anak serigala (sebelum pengakap). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.la] | مولا

Definisi : 1 paling awal; dahulu sekali: Dialah yg ~ duduk di sini. 2 sebab: Apa ~nya dia menangis ini? 3 = asal ~ pokok pangkal; asal. mula-mula dahulu sekali; pd awalnya: ~ ia berasa takut tetapi lama-kelamaan ia berani. bermula 1 mempunyai mula atau punca; berpangkal: Sungai ini ~ dr Gunung Kinabalu. 2 pertama kali; terdahulu sekali: Pd hari itulah saya ~ mendengar cerita itu. 3 = sebermula pd mulanya: ~ maka sampailah anak raja itu ke negeri Cina. memulai menjadi sbg mula kpd: kalimah “assalamualaikum” ~ ucapannya. memulakan 1 bermula melakukan atau membuat sesuatu: Mereka baru saja ~ gerakan bergotong-royong. 2 melakukan atau menjalankan sesuatu dr mula; mengasaskan: Beliaulah yg ~ syarikat kerjasama di kampung ini. termula telah dimulakan: Apabila sudah ~ makan ganja, susahlah hendak menghentikannya. permulaan 1 yg awal atau yg pertama sekali: Pd ~ perlumbaan itu, mereka semuanya berlari dgn laju. 2 asas atau pokok; dasar. pemula 1 orang yg mula-mula membuat sesuatu. 2 sesuatu yg digunakan utk memulakan sesuatu. semula 1 sekali lagi: Ia terpaksa menulis surat itu ~. 2 balik spt dahulu atau spt sedia kala; kembali spt yg mula-mula (keadaan, tempat dll): Badannya sudah sihat ~ selepas memakan ubat. 3 yg mula-mula; yg pertama sekali: Perangainya sekarang berbeza benar drpd ~. ~ jadi a. tanpa gangguan manusia: alam ~ jadi. b. memang demikian dr mula; tidak dibuat-buat: perangai ~ jadi; rambut yg ikal ~ jadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,

Puisi
 

Dari mula Melayu tak jaga,
     Pasal belajar ilmu meniaga;
Kalau tahu rugi laba,
     Berat ringan kita boleh jangka.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Kera menegurkan tahinya.

Bermaksud :

Barang siapa yang berbuat salah, ialah yang mula-mula memperkatakan kesalahan itu.

 

Lihat selanjutnya...(8)

454

In for a penny, in for a pound

Sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.

Berminyak biar licin

I begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on.

Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi berminyak biar licin. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(15)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
asal1 yg mula-mula (sekali): Warna ~ kereta itu putih. Tempat ~ orang-orang Negro di Amerika ialah Afrika. 2 pangkal permulaan; tempat yg mula-mula: Dr manakah ~ orang itu? ~ mula yg mula-mula (sekali); ~ usul asal keturunan; susur galur. 3 sebab atau keadaan yg mula-mula: ~ kapas menjadi benang, ~ benang menjadi kain. 4 biar: Buatlah kerja dgn sungguh-sungguh, jangan ~ ada saja. 5 = ~ saja, = asalkan dgn syarat; hanya apabila ...; kalau: Engkau boleh pergi ~ kerjamu sudah selesai. 6 = ~ saja, = asalkan supaya: Biar lambat ~ selamat. berasal 1 bertempat asal; datang drpd: Agama Hindu ~ drpd India. 2 berketurunan drpd: Mereka mengaku ~ drpd Raja Iskandar Zulkarnain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
julung-julungmula-mula, pertama-tama; buah ~ buah yg mula-mula; ~ kali = ~ sekali ark pertama sekali, mula-mula sekali, buat pertama kali.Kamus Dewan Edisi Keempat
asal1. yg mula-mula (sekali): Warna ~ kereta itu putih. Tempat ~ orang-orang Negro di Amerika ialah Afrika. 2. pangkal permulaan; tempat yg mula-mula: Dr manakah ~ orang itu?. ~ mula yg mula-mula (sekali); ~ usul asal keturunan; susur galur. 3. sebab atau keadaan yg mula-mula: ~ kapas menjadi benang, ~ benang menjadi kain. 4. biar: Buatlah kerja dgn sungguh-sungguh, jangan ~ ada saja. 5. =~ saja, = asalkan dgn syarat; hanya apabila ...; kalau: Engkau boleh pergi ~ kerjamu sudah selesai. 6. = ~ saja, = asalkan supaya: Biar lambat ~ selamat. berasal 1. bertempat asal; datang dr: Agama Hindu ~ dr India. 2. berketurunan dr: Mereka mengaku ~ dr Raja Iskandar Zulkarnain.Kamus Pelajar
gandajumlah atau banyaknya sbg tambahan yg sama besar dgn jumlah yg mula-mula: ~ dua hasil drpd mendarabkan sesuatu angka dgn angka itu sendiri;~ dua angka 7 ialah 49. dua (tiga, empat) kali ~ dua (tiga, empat) kali sebanyak yg mula-mula. berganda bertambah sekali drpd jumlah yg mula-mula. berganda-ganda menjadi banyak berkali-kali drpd jumlah yg mula-mula. Pd bulan lalu syarikat itu telah mendapat keuntungan yg ~. menggandakan menjadikan banyak satu kali drpd jumlah yg mula-mula; menjadikan berganda: Sekarang kita perlu bekerja keras supaya kita dpt ~ hasil tanaman kita. mempergandakan menggandakan sesuatu yg telah digandakan; menjadikan berganda-ganda: Mereka dpt ~ hasil tanaman dgn menggunakan jentera itu. gandaan 1. hasil menggandakan sesuatu nombor: Empat ialah ~ dua. 2. yg digandakan atau yg diulang sebutannya: kata ~ kata yg diulang sebutannya (spt kupu-kupu; cepat-cepat dll). pergandaan 1. hal berganda atau berganda-ganda:~ hasil tanaman itu adalah berkat usaha gigih para petani. 2. hasil drpd mempergandakan. penggandaan perbuatan atau hal menggandakan: ~ barang-barang keperluan itu adalah utk memenuhi permintaan pengguna. pengganda angka utk menggandakan sesuatu angka lain.Kamus Pelajar
julung-julungpertama sekali; mula-mula: buah ~ buah yg mula-mula sekali.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ganda1 jumlah atau banyaknya sbg tambahan yg sama besar dgn jumlah yg mula-mula: ~ dua hasil drpd mendarabkan sesuatu angka dgn angka itu sendiri; ~ dua angka 7 ialah 49. dua (tiga, empat) kali ~ dua (tiga, empat) kali sebanyak yg mula-mula. 2 yg diulang sebutannya: kata ~ kata yg diulang sebutannya (spt kupu-kupu, cepat-cepat). berganda bertambah sekali drpd jumlah yg mula-mula. berganda-ganda menjadi banyak berkali-kali drpd jumlah yg mula-mula. Pd bulan lalu syarikat itu telah mendapat keuntungan yg ~. menggandakan menjadikan banyak satu kali drpd jumlah yg mula-mula; menjadikan berganda: Sekarang kita perlu bekerja keras supaya kita dpt ~ hasil tanaman kita. mempergandakan menggandakan sesuatu yg telah digandakan; menjadikan berganda-ganda: Mereka dpt ~ hasil tanaman dgn menggunakan jentera itu. gandaan hasil menggandakan sesuatu nombor: Empat ialah ~ dua. pergandaan 1 hal berganda atau berganda-ganda: ~ hasil tanaman itu adalah berkat usaha gigih para petani. 2 hasil drpd mempergandakan. penggandaan perbuatan atau hal menggandakan: ~ barang-barang keperluan itu adalah utk memenuhi permintaan pengguna. pengganda angka utk menggandakan sesuatu angka lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bergori1. membeli mula-mula sekali (sebelum pembeli-pembeli lain); 2. menjual mula-mula sekali (kpd pembeli pertama).Kamus Dewan Edisi Keempat
julung-julungpertama sekali; mula-mula: buah ~ buah yg mula-mula sekali.Kamus Pelajar
gori IIKl; bergori 1. membeli mula-mula sekali (sebelum pembeli-pembeli lain); 2. menjual mula-mula sekali (kpd pembeli pertama).Kamus Dewan Edisi Keempat
sulungterdahulu atau tertua sekali; mula-mula sekali: Inilah anak saya yg ~. buah ~ buah yg pertama dr sesuatu pohon; gigi ~ gigi yg mula-mula tumbuh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas