ingat | 1. masih ada dlm fikiran, tidak lupa: ia masih ~ lagi namaku; ~-ingat lupa antara ingat dgn tidak ingat (tidak berapa ingat); memberi ~ memberitahu (supaya ingat); 2. timbul lagi dlm fikiran, tahu, sedar: sesampai di pejabat baru saya ~ bahawa saya belum makan pagi; 3. (dlm keadaan) sedar, siuman: setelah beberapa lama pengsan maka ~lah ia akan dirinya; ~ akan keadaan diri sedar akan hal diri; tidak ~ a) terlupa; b) tidak sedarkan diri, pengsan; 4. = ingat-ingat hati-hati, berjaga-jaga, bersedia-sedia: kata orang tua-tua, ~ sebelum kena; 5. bp bercadang, berhajat, berniat: dia ~ nak bertolak semalam tetapi tak sempat; 6. bp fikir, rasa: saya ~ perkara ini mesti diselesaikan dgn segera; ~ ranting yg akan melenting, dahan yg akan mencucuk, duri yg akan mengait prb ketika membuat sesuatu pekerjaan hendaklah sentiasa berhati-hati terhadap segala bahaya dan rintangan; ~ sebelum kena, jimat sebelum habis prb hendaklah sentiasa berhati-hati supaya jangan terpedaya dan habis harta; ~ yg di atas, yg di bawah akan menimpa prb, Mn orang yg berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajibannya (jangan sampai orang yg di bawahnya disusahkan atau menentangnya); seingat, seingat-ingat sepanjang ingatan (seseorang): selama bekerja dgn Datuk dan berpuankan Datin, ~ saya, dia tidak pernah membantah; berseingat ark berhati-hati; ~ diri berhati-hati supaya diri selamat; beringat, beringat-ingat berjaga-jaga, berhati-hati, cermat: dia sangat ~ pd masa berucap itu agar jangan tersinggung sesiapa; mengingat 1. ingat (akan): dia cuba ~ kembali perkara-perkara yg telah dipercakapkan; 2. peduli (akan), mengenang: beliau meminta supaya tiap-tiap anggota polis itu sentiasa ~ tugas mereka; mengingati mengingat akan: dia sentiasa ~ pesan ibunya; kata-kata cikgu tadi diingatinya kembali; mengingatkan 1. mengingat akan: keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang ~ sesuatu; 2. memberi ingat, memberi nasihat, dll supaya sedar akan tanggungjawab (kewajiban, tugas, dll): ibunya pernah ~ bahawa tidak ada sebaik-baik tempat utk mengadu selain drpd Tuhan; 3. menimbulkan ingatan (menyebabkan terkenang): sepasang kasut hitam yg telah tembus tapaknya ~ dia kpd pak ciknya di kampung; memperingati 1. mengenangkan sesuatu peristiwa dsb dgn perayaan (kenduri dll): perayaan itu diadakan kerana ~ hari tertubuhnya Malaysia; 2. mencatat, membuat peringatan (dlm buku dll); memperingatkan memberi ingat, memberi nasihat dll supaya sedar akan tanggungjawab dll: saya telah banyak kali ~ mereka tentang bahaya bermain bunga api dekat rumah; teringat ingat dgn tiba-tiba, terkenang, timbul dlm fikiran: dia ~ satu kisah yg hampir-hampir sama dgn pengalamannya sekarang; teringat-ingat terkenang-kenang, sentiasa ingat, tergambar dlm ingatan: walaupun telah lama berpisah tetapi saya masih ~ mukanya yg sentiasa tersenyum itu; teringatkan teringat akan; ingatan 1. sesuatu yg diingat, sesuatu yg timbul dlm fikiran: kalau tak salah ~ saya orang itu pernah datang meminta kerja di pejabat ini; 2. kuasa utk mengingat sesuatu (yg didengar, dipelajari, dibaca, dilihat, dll): walaupun umurnya telah lanjut ~nya masih kuat lagi; (menjawab) dgn ~ (menjawab soalan) dgn apa yg ada dlm ingatan (dgn tidak melihat buku catatan); 3. fikiran, kesedaran, sesuatu yg terbit dlm fikiran: tiba-tiba ~nya melayang kpd isteri dan anak-anaknya yg berada di kampung; pd masa itu ~ku hanya satu iaitu hendak menjadi seorang pelukis yg terkemuka; hilang ~ pengsan, tidak sedarkan diri; ~nya kurang baik fikirannya kurang sempurna (hampir-hampir nak gila); sakit ~ sakit otak (gila); 4. perhatian: sila ambil ~ bahawa kerja ini mesti disiapkan dlm tempoh seminggu lagi; 5. (Komp) bahagian di dlm komputer yg menyimpan maklumat; ingat-ingatan 1. kenang-kenangan: pd masa hidup kita hendaklah membuat jasa utk menjadi ~ dan sebut-sebutan orang di belakang hari; 2. tidak berapa ingat, ingat lupa; peringatan 1. nasihat (teguran dll) utk diingati: saya telah beberapa kali mengingatkan dia tentang kecuaiannya itu tetapi ~ saya tidak dipedulikannya; 2. catatan, keterangan: semua perkara besar yg berlaku tiap-tiap hari dicatatnya dlm sebuah buku ~; 3. sesuatu yg digunakan utk memperingati atau mengenang sesuatu, kenang-kenangan: ia membeli sebuah lencana kecil tanda ~ menyambut kemerdekaan; tugu ~; 4. ingatan: ~ manusia hanya singkat sahaja; pengingatan perihal mengingati (mengingatkan); pengingat orang yg tidak mudah lupa sesuatu(yg didengar, dipelajari, dibaca, dilihat, dll): dia itu ~ benar orangnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyanjung-nyanjung | memuji dgn berlebih-lebihan, menghormati sangat-sangat, mengangkat-angkat: hairan benar, mengapa pula majalah itu ~ namaku begitu sekali? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
megah | 1. kelihatan gagah (hebat dll), masyhur, mulia: namanya tidak se~ dahulu lagi; 2. bangga: aku turut mendengar dan berasa ~ namaku disebut berulang kali; bermegah, bermegah-megah berasa megah, membanggakan diri, membesar-besarkan diri: orang kaya itu ~ dgn kekayaannya; memegahkan mendatangkan (menimbulkan) rasa megah, membanggakan: di hadapan mereka itu berjejal motokar yg serba ~; memegah-megahkan membangga-banggakan: maka tidak perlulah dimegah-megah-kan jika apa yg diperolehnya merupakan pemberian orang sahaja; kemegahan 1. sesuatu yg dimegahkan, kemasyhuran, kemuliaan, kebanggaan; 2. perasaan megah: ~nya sbg pemilik peti tele-visyen yg tunggal di kampung kami sudah tersinggung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memupuskan | membinasakan, memunahkan, menghapuskan, menghilangkan sama sekali: adakah kasih sayang kita yg lama bercambah itu akan kita pupuskan?; apakah ertinya hidup ini bagiku kalau engkau pun telah ~ namaku dr hatimu?; ~ malu menghilangkan malu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyebut | 1. menggelar (sesuatu), memberi nama (panggilan yg tertentu): adapun Tun Fatimah disebut orang Raja Perempuan Besar; 2. memanggil, menyeru (nama dll): aku hanya turut mendengar dan berasa megah namaku disebut berulang-ulang; 3. melafazkan, mengucapkan (sesuatu perkata-an, kalimah, dll): guru hendaklah ~ sesuatu perkataan itu dgn terang; 4. memperkatakan (menceritakan, mengatakan) sesuatu: kenyataan kerajaan itu tidak ~ sebarang kemalangan jiwa spt yg telah disebut tadi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebut | bp = menyebut; menyebut 1. menggelar (sesuatu), memberi nama (panggilan yg tertentu): adapun Tun Fatimah disebut orang Raja Perempuan Besar; 2. memanggil, menyeru (nama dll): aku hanya turut mendengar dan berasa megah namaku disebut berulang-ulang; 3. melafazkan, mengucapkan (sesuatu perkata-an, kalimah, dll): guru hendaklah ~ sesuatu perkataan itu dgn terang; 4. memperkatakan (menceritakan, mengatakan) sesuatu: kenyataan kerajaan itu tidak ~ sebarang kemalangan jiwa spt yg telah disebut tadi; menyebut-nyebut selalu benar menyebut: mulutnya ~ ibunya; tersebut 1. telah disebut (diceritakan dll), pernah disebut: maka saya pun terimalah rial yg ~ itu dgn beribu-ribu terima kasih; 2. terkatakan, terperikan: maka segala perahu itu pun berlabuh di Tanjung Kerawang itu, maka tiadalah ~ lagi; 3. = kesebutan ark terkenal atau termasyhur (bkn orang dll); ~lah perkataan sl akan diriwayatkan (dikisahkan, diceritakan) halnya; sebutan 1. apa yg disebut, (sesuatu) yg disebut: ada yg perempuan spt yg telah lalu ~nya pd bab yg pertama; 2. cara melafazkan atau menyebut (perkataan dll), ucapan, lafaz: pendengaran bergantung pd bunyi ~ huruf saksi; ~ baku sebutan (huruf atau perkataan) yg telah ditentukan atau diterima sbg yg betul atau yg sewajarnya, sebutan standard; 3. = sebut-sebutan yg selalu dipercakapkan (dibualkan dll), buah mulut: telah jadi sebut-sebutan, anak komandan polisi yg baik dan rendah hati; baginya, Tuhan hanya menjadi ~ tetapi tidak disembah; 4. panggilan (gelaran, jolokan, ejekan, dsb): Tunku Abdul Rahman mendapat ~ Bapa Malaysia; 5. (Mat) simbol atau rangkaian simbol yg mempunyai nilai-nilai tertentu (spt 3xy2); 6. Id cerita (dlm sesuatu ayat), hal, perkara; penyebutan 1. perihal menyebut: ia ber-kehendakkan ~ dan penggunaan perkataan dgn betul; 2. panggilan, gelaran, sebutan: segala orang dalam, memanggilnya Dato’ Tun, sementara ~ segala anak cucunya Dato’ Putih; penyebut 1. (orang) yg menyebut; 2. Id penyambut dlm angka pecahan (angka 3 dlm angka pecahan ). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membawa | 1 memegang sesuatu sambil berjalan; memegang sesuatu dr suatu tempat ke suatu tempat yg lain: Tiap-tiap hari, saya ~ bekal ke sekolah. 2 mengajak pergi bersama; memimpin atau mengiring utk menunjukkan jalan: Pd hari Ahad yg lalu, saya ~ adik saya bersiar-siar di Taman Tasik Perdana. 3 menyebabkan berlakunya sesuatu; mengakibatkan; mendatangkan: Usaha ini akan ~ kesenangan kpd kita. 4 menarik atau melibatkan (dlm sesuatu perkara, urusan dsb): Kamu jangan ~ namaku dlm urusan ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bawa | ; membawa 1 memegang sesuatu sambil berjalan; memegang sesuatu dr suatu tempat ke suatu tempat yg lain: Tiap-tiap hari, saya ~ bekal ke sekolah. 2 mengajak pergi bersama; memimpin atau mengiring utk menunjukkan jalan: Pd hari Ahad yg lalu, saya ~ adik saya bersiar-siar di Taman Tasik Perdana. 3 menyebabkan berlakunya sesuatu; mengakibatkan; mendatangkan: Usaha ini akan ~ kesenangan kpd kita. 4 menarik atau melibatkan (dlm sesuatu perkara, urusan dsb): Kamu jangan ~ namaku dlm urusan ini. ~ diri a. pergi melarikan diri. b. menjaga serta menyesuaikan diri dgn keadaan. ~ hati a. mencurahkan isi hati (kpd). b. merajuk dan pergi ke tempat lain (kerana kecil hati, kecewa dsb). ~ jalan menunjukkan jalan; memulakan sesuatu pekerjaan. ~ makna (maksud) mempunyai sesuatu maksud. ~ mati (maut) menyebabkan mati. ~ mulut bercakap-cakap ttg hal orang. ~ untung a. menyebabkan mendapat untung. b. pergi mencari penghidupan di tempat lain. membawakan 1 membawa sesuatu yg akan diberikan kpd orang lain; membawa sesuatu utk: Ahmad ~ adiknya buah limau dan buah anggur. 2 membaca (sajak dsb) atau menyampaikan lagu dll: Dlm jamuan itu, Ahmad telah ~ lagu Bunga Tanjung. terbawa 1 dibawa dgn tidak sengaja: Mula-mula saya hanya bermain-main dgn tongkat datuk, tetapi kemudian tongkat itu ~ pulang. 2 dpt dibawa; sanggup dibawa; terdaya: Barang sebanyak itu tidak ~ olehnya. bawaan 1 apa-apa yg dibawa: ~ yg melebihi 40 kilogram beratnya akan dikenakan bayaran tambahan. 2 harta benda yg dibawa ketika berkahwin: Apabila berlaku perceraian, ~ isteri pulang kpd isteri. 3 benda yg dibawa sbg hadiah; buah tangan: Setiap kali dia datang, ada-ada saja ~nya. 4 berkaitan dgn sesuatu yg dibawa oleh: penyakit ~ air penyakit yg tersebar melalui air yg tercemar. pembawaan 1 perbuatan (hal, cara dsb) membawa atau membawakan. 2 sifat (tabiat dsb) seseorang sejak lahir. pembawa 1 orang yg membawa sesuatu: ~ berita. 2 benda yg membawa sesuatu: kuman ~ penyakit. 3 orang yg mengemudikan kenderaan; pemandu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pupus I | habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya, punah: bekerja di arkib dan mengutip bahan-bahan yg kian ~; sbg seorang yg berjiwa seni tidaklah ~ atau mati seninya dgn kerana hidupnya yg sengsara itu; ia sudah ~ ia tidak mempunyai kaum keluarga lagi; harta bendanya telah ~ harta bendanya habis semuanya; memupuskan membinasakan, memunahkan, menghapuskan, menghilangkan sama sekali: adakah kasih sayang kita yg lama bercambah itu akan kita pupuskan?; apakah ertinya hidup ini bagiku kalau engkau pun telah ~ namaku dr hatimu?; ~ malu menghilangkan malu; terpupus sudah terhapus (hilang, lenyap, dll): perbuatanmu yg derhaka itu merupakan suatu aib yg tidak akan ~ lagi; kepupusan hilang lenyapnya, hapusnya sama sekali: kajian mengenai masalah ~ penyu akan dijalankan oleh kerajaan negeri; memelihara warisan budaya drpd ~; pemupusan perihal (perbuatan dsb) memupuskan, pemusnahan, penghapusan: kadar pemulihan hutan yg tidak seimbang dgn kadar ~; pemupus orang yg memupuskan; ~ orang orang yg menolong menghilangkan malu (orang lain), penyelamat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sanjung | ; menyanjung 1. sangat menghargai (sesuatu yg dianggap baik, berani, dll), meletak-kan pd tempat (kedudukan) yg mulia, memuji: mereka ~ tinggi kepala negara mereka; 2. = ~ hati mengambil hati, memujuk: pandai benar engkau ~ hati orang; penghulu disan-jung dgn adatnya, orang alim disanjung dgn kajinya, orang muda disanjung dgn mudanya prb a) kalau memuji orang hendak-lah dgn pujian yg kena pd tempatnya; b) mengambil hati orang hendaklah dgn perkara yg digemarinya; menyanjung-nyanjung memuji dgn berlebih-lebihan, menghormati sangat-sangat, mengangkat-angkat: hairan benar, mengapa pula majalah itu ~ namaku begitu sekali? sanjungan 1. penghormatan, pujian: dgn kemenangan itu agama Islam telah tersebar dgn pesatnya dan mendapat ~ yg tinggi; 2. suka dipuji-puji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |