pengintegrasian | proses mengintegrasikan sesuatu (masyarakat, pandangan, dll): akademi gelanggang terbuka bagi ~ perspektif pelbagai bidang sains sosial; ini merupakan kesan langsung drpd kegagalan ~ politik negara kota itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ibu kota (negara, negeri) | kota yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
negara kesatuan | negara yg dikuasai langsung oleh pemerintahan pusat (bukan persekutuan); ~ kota negara berautonomi yg terdiri drpd kota dan wilayah di sekelilingnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
negara I | 1. suatu masyarakat yg menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan; 2. kawasan yg di bawah kekuasaan kerajaan tertentu, negeri: ~ China; 3. yg berkaitan dgn negara (masyarakat dan kawasan di bawah suatu kerajaan); ahli ~ pemerintah negara, negarawan; bank ~ bank kepunyaan negara; tata~ aturan dan susunan negara; ~ bahagian negara yg menjadi anggota sesebuah negara persekutuan; ~ bangsa negara berdaulat yg didiami oleh satu bangsa; ~ besar negara yg kuat dan berpengaruh; ~ dunia ketiga negara-negara di Afrika, Asia dan Amerika Latin secara kolektif yg dianggap masih mundur atau sedang membangun; ~ hukum negara yg menjalankan kekuasaannya menurut hukum; ~ jiran = ~ tetangga negara yg berjiran (mempunyai sempadan yg sama); ~ kebajikan negara yg mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyatnya dgn memberikan berbagai-bagai perlindungan sosial, spt elaun pengangguran, pencen, perubatan percuma dsb; ~ kesatuan negara yg dikuasai langsung oleh pemerintahan pusat (bukan persekutuan); ~ kota negara berautonomi yg terdiri drpd kota dan wilayah di sekelilingnya; ~ maju negara kaya yg sebahagian terbesar ekonominya bergantung pd industri dan penduduknya menikmati taraf hidup yg tinggi; ~ matahari terbit negara Jepun; ~ membangun negara yg sedang giat meningkatkan taraf hidup, ekonomi, dll; ~ mundur negara(-negara) yg masih jauh ketinggalan terutamanya dlm kemajuan ekonomi; ~ perindustrian negara yg kemajuan dan kekuatan ekonominya berteraskan pelbagai industri; ~ pertanian negara yg sebahagian besar drpd penduduknya petani atau yg ekonominya berdasarkan pertanian; ~ polis negara yg kebebasan dan pergerakan rakyatnya dikawal oleh pemerintah dgn menggunakan kekuasaan polis; ~ pulau negara yg wilayahnya terdiri drpd sebuah pulau; ~ Selatan nama lain bagi negara membangun; ~ Utara nama lain bagi negara maju; bernegara mempunyai negara; kenegaraan perihal negara: hidup kemasyarakatan dan hidup ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keramaian | 1. perihal ramai (riuh-rendah dll): melalui jendela aku lihat ~ lalu lintas; ia suka berkunjung ke negara-negara asing, melihat ~ kota dan pemandangan di perdesaan; 2. perayaan, pesta: ~ menyambut hari perkahwinannya ialah suatu peristiwa besar; satu ~ telah diadakan bagi menyambut hari kemerdekaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
integrasi | penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dll) menjadi satu kesatuan, penyatuan: soal ~ kaum ke arah satu masyarakat beridentiti Singapura; pencapaian ~ budaya hanya mungkin tercapai dgn mencari ruang-ruang budaya yg membolehkan wujudnya kerjasama dlm erti yg sebenar; berintegrasi bergabung, berpadu; mengintegrasikan menggabungkan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dll) menjadi satu kesatuan: semua suku harus ~ diri menjadi satu keluarga besar bangsa Indonesia; peranan pemasaran harus diperluas dan diintegrasikan dlm organisasi; terintegrasi disatupadukan: bangsa yg ~ kelompok etniknya; pengintegrasian proses mengintegrasikan sesuatu (masyarakat, pandangan, dll): akademi gelanggang terbuka bagi ~ perspektif pelbagai bidang sains sosial; ini merupakan kesan langsung drpd kegagalan ~ politik negara kota itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menguasai | 1. berkuasa atas (sesuatu), mengenakan kuasa (kewibawaan, pengaruh, dsb) pd atau ke atas (sesuatu): mereka dapat ~ seluruh kota itu; negara yg cuba ~ negara lain dgn kekuatan tenteranya; 2. mengatasi dan mengawal (keadaan dll), mengekang (nafsu); ~ hawa nafsu mengekang (mengawal) hawa nafsu; 3. memiliki dan menguruskan (mengendalikan): sebahagian besar drpd ladang-ladang getah itu dikuasai oleh orang asing; 4. mengetahui dgn mendalam, menjadikan diri mahir atau berpengetahuan tentang sesuatu: setiap orang Malaysia berkemungkinan ~ lebih drpd satu bahasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
warga | 1. ahli (suatu keluarga, syarikat, dll), anggota; ~ dalam kerabat raja yg tinggal dlm istana; ~ dunia orang yg bukan rakyat sesuatu negara; ~ emas bh orang yg sudah tua; ~ jagat ark warga dunia; ~ kota penduduk kota; ~ tua warga emas: Hari W~ Tua Sedunia disambut pd 1 Oktober; 2. ark tingkatan masyarakat dlm agama Hindu, kasta; kewargaan keanggotaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ura-ura | 1. sl mesyuarat, perbincangan, perun-dingan, pembicaraan; 2. cadangan, usul: ada ~ persatuan itu mahu menubuhkan kedai syarikat kerjasama; berura-ura 1. sl bermesyuarat, berbincang, berunding; 2. merancang-rancang, bercadang, bermaksud, bertujuan: pernah juga dia ~ hendak menulis cerita berdasarkan percintaan guru sama guru; negara-negara di rantau ini tidak ~ hendak menubuhkan pakatan tentera; mengura-urakan 1. = memperura-urakan membicarakan, membincangkan: akan pekerja-an ini jangan kita perura-urakan kerana rakyat yg mengelilingi kota ini suka juga; 2. merancang-rancangkan, mencadangkan, meng-usulkan: persidangan itu diura-urakan oleh Parti Rakyat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepala negeri | a) ark ibu negeri, ibu kota; b) ketua negara (spt presiden dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |