rangkaian(network) | 1. Struktur yang terdiri daripada titik-titik yang bersambung. 2. Sistem penyambungan antara peralatan perhubungan, komputer, dan peralatan persisian. | Kamus Komputer |
lapisan rangkaian(network layer) | Lapisan ketiga model ISO bagi protokol perhubungan data. Lapisan ini memberikan fungsi dan tatacara pertukaran unit data rangkaian antara dua bahagian pengangkut data melalui penyambungan rangkaian. Lapisan ini membebaskan bahagian pengangkutan daripada masalah pensuisan. | Kamus Komputer |
kesedaran rangkaian(network awareness) | Pengetahuan tentang status rangkaian yang perlu diketahui oleh terminal cerdas atau pangkalan utama dalam rangkaian perhubungan komputer. | Kamus Komputer |
rangkaian teragih(distributed network) | 1. Rangkaian komputer bagi sistem pemprosesan data teragih dengan setiap nod yang berada dalam sistem disambungkan secara telekomunikasi untuk membolehkan nod tersebut berinteraksi dengan nod lain. 2. Jalinan penyambungan dan aturan bagi sistem bebas yang berada di tempat berasingan yang jauh supaya dapat bekerjasama untuk melaksanakan suatu fungsi. | Kamus Komputer |
rangkaian neural(neural network) | Sistem komputer yang terdiri daripada pemproses yang disambungkan dalam rangkaian untuk menyerupai rangkaian otak manusia. | Kamus Komputer |
rangkaian komputer(computer network) | Sistem penyambungan antara dua komputer atau lebih dengan peralatan persisian. Rangkaian ini membolehkan pemprosesan sendirian dan selari dijalankan, dan membolehkan maklumat, data, persisian, seperti peranti simpanan kekal yang besar dan pencetak, dikongsi bersama oleh semua komputer dalam rangkaian ini. | Kamus Komputer |
rangkaian gelang(ring network) | Rangkaian komputer dengan setiap nod disambung pada jirannya secara berterusan sehingga membentuk suatu gelung atau lingkaran bulat. | Kamus Komputer |
rangkaian bintang(star network) | Rangkaian komputer dengan komputer hosnya berada di tengah-tengah sistem dan setiap komputer dalam rangkaian ini perlu melalui komputer hos untuk berhubung dengan komputer lain dalam rangkaian ini. | Kamus Komputer |
rangkaian berhierarki(hierarchical network) | Rangkaian komputer yang disusun secara berlapis-lapis dengan nod yang berada di lapisan paling bawah dikawal oleh nod di lapisan yang lebih tinggi, dan lapisan ini pula dikawal oleh lapisan tinggi yang seterusnya. | Kamus Komputer |
rangkaian bas(bus network) | Sistem rangkaian komputer yang menggunakan satu talian pengagihan sepunya sebagai saluran komunikasi antara semua sistem yang tersambung pada talian ini. | Kamus Komputer |