jejak audit(audit trail) | Jejak atau bekas laluan yang ditinggalkan oleh sesuatu urus niaga apabila ia diproses. Jejak ini bermula pada titik urus niaga dimulakan dan berakhir di tempat urus niaga tamat. Pada setiap tahap, rekod tertentu dirakamkan untuk membolehkan urus niaga dijejak semula ke tempat asalnya. Jejak ini berguna jika terdapat keperluan untuk memastikan kesahihan urus niaga atau jika timbul masalah, seperti penyelewengan dan pecah amanah. | Kamus Komputer |
perdagangan | perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara): cukai yg tinggi ke atas barang-barang yg diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu; usaha-usaha utk memajukan ~ antara negara-negara yg sedang maju; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
niaga | ; berniaga berjual beli; berdagang: Saya lebih suka ~ drpd bekerja sbg kerani. memperniagakan menjadikan sesuatu sbg bahan berniaga; memperdagangkan: Beliau telah ~ hasil tanaman dr kampung ke bandar-bandar. perniagaan urusan berjual beli utk mencari keuntungan; perdagangan: ~ syarikat itu makin sehari makin besar. ~ borong perniagaan secara besar-besaran antara pemborong dgn peruncit. peniaga orang yg berniaga; pedagang. ~ tunggal peniaga yg menjadi tuan punya sesuatu perniagaan tanpa berkongsi dgn orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
niaga | berniaga berjual beli; berdagang: Saya lebih suka ~ drpd bekerja sbg kerani. memperniagakanmenjadikan sesuatu sbg bahan berniaga; memperdagangkan: Beliau telah ~ hasil tanaman dr kampung ke bandar-bandar. perniagaan urusan berjual beli utk mencari keuntungan; perdagangan: ~ syarikat itu makin sehari makin besar. ~ borongperniagaan secara besar-besaran antara pemborong dgn peruncit. peniaga orang yg berniaga; pedagang. ~ tunggal peniaga yg menjadi tuan punya sesuatu perniagaan tanpa berkongsi dgn orang lain. | Kamus Pelajar |
pakej | /pakéj/ 1 tawaran atau cadangan yg dikemukakan terhadap sesuatu urus niaga, perkhidmatan, dll dgn butiran lengkap (kos, bilangan hari, dsb) yg mesti diterima semuanya sbg suatu keseluruhan: ~ percutian ke Pulau Langkawi. 2 ist atur cara dan dokumen berkaitan yg membentuk suatu sistem perisian yg bersepadu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
buku II | helaian kertas berjilid yg berisi tulisan dsb utk dibaca atau yg mengandungi ruangan kosong utk ditulis; ~ akaun set rekod (termasuk lejar, invois, perjanjian, surat-menyurat, dll) dlm perakaunan utk mencatatkan semua urus niaga sesebuah organisasi; ~ catatan buku tempat ditulis catatan; ~ harian a) buku catatan kirakira jual beli hari-hari; b) buku catatan harian (pd kapal dll); ~ hitam buku yg mencatatkan nama-nama orang yg dianggap berbahaya dll; ~ jualan harian rekod khas setiap jualan barang niaga yg dicatat buat pertama kalinya; ~ kecil buku yg kecil saiznya (biasanya berkulit nipis) dan mengandungi keterangan ringkas tentang sesuatu; ~ kedatangan buku yg menandakan kehadiran murid ke sekolah setiap hari; ~ kerja buku yg mengandungi keterangan ringkas tentang sesuatu hal yg diajarkan serta soalan-soalan yg perlu dijawab oleh pelajar; ~ kosong buku yg belum bertulis (bercetak) apa-apa di dlmnya; ~ laporan buku yg mengandungi laporan (tentang kerja dsb); ~ latihan = ~ rampaian buku utk murid sekolah membuat latihan berhubung dgn sesuatu pelajaran); ~ panduan buku yg menjadi panduan dlm mengerjakan sesuatu pekerjaan; ~ pelawat buku yg mengandungi tandatangan pelawat ke sesuatu tempat; ~ putih buku yg mengandungi keterangan kerajaan tentang sesuatu; ~ rujukan buku tempat mencari keterangan yg lebih lanjut; ~ sekolah buku yg dipakai oleh murid (pelajar) sekolah; ~ simpanan bank buku yg dikeluarkan oleh bank kpd pelanggannya, yg mengandungi rekod kira-kira simpanan pelanggan di dlm bank; ~ teks buku yg digunakan oleh pelajar sbg buku rujukan yg standard utk sesuatu mata pelajaran tertentu; ~ terpakai buku yg sudah digunakan oleh seseorang dan dijual kembali; ~ tulis buku kosong utk menulis; ~ tunai buku yg mencatatkan wang tunai yg diterima dan dikeluarkan; tidak masuk ~ bp tidak masuk kira;membukukan 1. mencatat(kan) dlm buku: segala penjualan mesti dibukukan; 2. menerbitkan sbg buku atau dlm bentuk buku, menjadikan buku atau berupa buku: kerja mereka ialah merakamkan cerita pelipur lara yg kemudian akan dibukukan; kertas kerja dan hasil seminar tersebut cukup baik jikalau dibukukan dan didokumentasikan;kebukuan spt bahasa tulisan (formal): perkataan itu agak ~ bunyinya;pembukuan 1. perihal mencatat dlm buku: ~ hasil urus niaga mestilah dilakukan setiap hari; 2. penerbitan (pengeluaran dsb) dlm bentuk buku: ~ puisi juga diberi perhatian oleh para penerbit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pakej | (pakéj) 1. tawaran (cadangan) yg dikemukakan terhadap sesuatu urus niaga, perkhidmatan, dll dgn butiran lengkap (kos, bilangan hari, dsb) yg mesti diterima semuanya sbg suatu keseluruhan: ~ percutian ke Pulau Langkawi; 2. (Komp) atur cara dan dokumen berkaitan yg membentuk suatu sistem perisian yg bersepadu; mempakejkan memasukkan tawaran (cadangan, perkhidmatan dsb) ke dlm satu pakej: semua perkhidmatan terbabit dipakejkan ke dlm pakej tersebut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyawa | 1. roh yg menghidupkan manusia (haiwan dll), jiwa, semangat: janganlah berlengah hingga ~ sampai ke halkum; undang-undang itu ialah ~ dan semangat manusia; ~nya sudah melayang ia sudah mati; membuang ~ = menyabung ~ menentang bahaya maut; minta ~ minta dihidupkan; ~-~ ikan hampir-hampir mati; 2. ki yg amat disayangi (dikasihi), buah hati, jantung hati: aduhai adinda, ~ kekanda; ~ bergantung di hujung kuku prb dlm keadaan yg sulit dan berbahaya; satu ~ dua badan prb sehidup semati (bkn dua orang sahabat atau sepasang suami isteri); senyawa sudah menjadi satu, berpadu benar, bersatu benar, bersebati; bersenyawa menjadi satu (dgn), bersebati (dgn): hidrogen dan oksigen kalau dicampurkan ~ menjadi air; mensenyawakan menjadikan senyawa; mempersenyawakan menjadikan bersenyawa, menyebatikan: kalau unsur-unsur ini dipersenyawakan, terdapatlah benda-benda lain; persenyawaan perihal bersenyawa, perpaduan, penyebatian: percantuman antara sel jantan dgn sel telur ini dinamakan ~; ~ sendiri penswasenyawaan; ~ silang persenyawaan antara dua haiwan atau tumbuhan drpd spesies yg sama; bernyawa 1. mempunyai nyawa, hidup; 2. ki ada aktiviti yg berlangsung, bergerak dgn pelbagai kegiatan (urus niaga dsb) dijalankan, hidup: perut Dataran Merdeka kini ~ semula apabila sebuah kompleks beli-belah wujud di situ. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
barang | 1 segala macam perkakas rumah dan perhiasan: ~-~nya dijaga dgn baik. 2 benda secara umum atau sesuatu yg wujud: Saya hendak ke kedai membeli ~ makanan. kereta ~ kereta utk membawa bermacam-macam benda. 3 lebih kurang; kira-kira: Tolong belikan saya buah kundang ~ sekati. 4 apa-apa saja: ~ katanya, tidak dpt dibantah lagi. ~ gelap barang yg dibawa masuk atau keluar secara tidak sah (spt diseludup). ~ kemas barang pakaian wanita yg berharga yg dibuat drpd emas dsb (spt cincin, rantai leher). ~ keperluan barang yg diperlukan dlm kehidupan. ~ kes barang (spt senjata, dompet), dokumen dsb yg dikemukakan dlm mahkamah sbg bukti utk sesuatu kes perbicaraan. ~ mewah barang yg mahal dan indah yg dpt memberi kepuasan tetapi bukan barang keperluan. ~ niaga barang yg diperniagakan. barangan ist benda atau perkhidmatan yg diperjualbelikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tanda I | 1. lambang atau simbol yg digunakan dlm tulisan yg mempunyai erti tertentu: kesilapan yg selalu dilakukan oleh kanak-kanak ialah meninggalkan ~ koma, noktah, seruan; 2. lambang dll yg digunakan utk mengenali (mengetahui, mengecam, dll) sesuatu; ~ pangkat tanda yg menunjukkan tingkatan dlm tentera dll; papan ~ papan nama sesuatu tempat (kawasan, syarikat, dsb); 3. perbuatan (suara dll) sbg isyarat, isyarat: ia mendehem sedikit akan jadi ~ bagi orang yg ada di atas rumah, bahawa ia telah datang; 4. alamat (akan berlakunya sesuatu dll): jika ada laki-laki yg dapat mengembalikan kepercayaanku yg telah rosak ini, maka itu ~nya aku akan mati; 5. barang apa yg menjadi keterangan sesuatu perbuatan, bukti: tidak ada ~-~ yg boleh dipegang yg menunjukkan ia mempunyai perhubungan dgn Kamal; 6. hal yg menunjukkan sesuatu (penyakit dll), gejala: ada tiga ~ utk mengenali penyakit baka sawan ini; ~ angka ganda (Mat) angka yg menunjukkan beberapa kali sesuatu angka digandakan; ~ baca = ~ bacaan tanda-tanda dlm tulisan (vokal pd huruf Jawi, noktah, koma, koma bertitik, dll); ~ bahagi tanda (÷) yg menun-jukkan bahawa sesuatu angka harus dibahagi; ~ bahaya tanda yg menunjukkan bahawa ada bahaya; ~ bertunang cincin dll yg menunjuk-kan seseorang itu telah bertunang; ~ beti bukti yg menunjukkan sesuatu kejahatan; ~ bukti penyataan telah berbukti; ~ cema bukti-bukti utk menuduh (mengadukan pd hakim); ~ cerai Id sempang utk memisahkan suku kata (huruf dll); ~ gambar Id lambang utk sesuatu parti atau calon dlm pilihan raya; ~ hayat = ~ hidup = ~ kenangan = ~ mata barang pem-berian utk peringatan; ~ hormat isyarat utk menghormati seseorang; ~ koma (,); ~ kali (darab) (×); ~ kurung ( ); ~ kurung dakap { }; ~ kurung siku [ ]; ~ kutip = ~ petik Id tanda pembuka kata (dlm tulisan “...”); ~ lahir tompok yg biasanya berwarna merah atau coklat pd kulit seseorang sejak lahir; ~ mati tanda º pd tulisan Arab yg menunjukkan bahawa sesuatu huruf itu mati; ~ niaga simbol (logo) atau perkataan yg telah didaftar mengikut undang-undang sbg tanda kepunyaan (hak) sesuatu kilang pembuatan (orang perseorangan dsb); ~ panah tanda penunjuk (®); ~ pangkat tanda yg menunjukkan pangkat (dlm tentera dll); ~ penghubung sempang utk menghubungkan suku kata (kata); ~ peringatan barang yg dipakai sbg peringatan; ~ perpuluhan tanda desimal; ~ pundak tanda pangkat pd bahu; ~ selar cap besi bakar (pd kulit); ~ serah wang perbelanjaan perkara menurut adat; ~ seru = ~ seruan (!); ~ tambah Id = ~ campur (+); ~ soal (?); ~ sudut (<); ~ tanya Id a) tanda soal; b) hal yg belum terang lagi (yg masih memerlukan penjelasan); ~ terima (penerimaan) surat tanda telah menerima wang dll, resit; ~ tinggi tanda yg menyatakan tinggi tempat (dr aras laut) dlm peta; bertanda 1. ada tandanya, bercap dgn (tanda nama dll): penutupnya ada ~ rusa, kotaknya dicetak dgn perkataan yg berbentuk lekuk dan warna-warni; 2. sudah bertunang; bertanda-tandaan bertukar cincin tanda (sbg bukti sudah bertunangan); menandai 1. membubuh tanda pd sesuatu (supaya dapat dikenali), memberi bertanda, menunjukkan (dgn tanda dll), membubuh cap, dll: mana-mana yg amat penting isinya, lalu dinyatakannya atau ditandai, supaya segera diperlihatkan kpd tuannya; 2. membubuh tandatangan, menandatangani (surat dll); 3. mengetahui atau mengenali sesuatu (dgn melihat tanda-tandanya), mengecam: hal ini boleh ditandai dgn rasa mual, sakit pinggang, sesak nafas, kaki membengkok, dsb; 4. memerhati (melihat) dgn teliti, mengamat-amati: marilah engkau kutandai supaya engkau kukenal; 5. mencatat supaya diketahui: pukul lapan pagi, cikgu mulai ~ kedatangan kanak-kanak; menandakan 1. menyatakan atau menunjukkan (bahawa), menjelaskan: kerusi-kerusi rotan telah kelihatan buruk ~ tidak berapa dijaga; 2. menjadi tanda (isyarat), memberi alamat bahawa: ia berdiam diri itu ~ bahawa ia sangat marah; 3. memberitahukan dgn menggunakan tanda (isyarat), membubuh tanda supaya diketahui (dimaklumi dll): panduan jalan raya ditandakan dgn papan-papan tanda; 4. membuktikan dgn: tidak ada buktinya ~ ia berdosa; tertanda 1. dibubuh tanda; 2. ditandatangani; pertandaan alamat, gelagat, isyarat; penandaan perihal menandai: titik digunakan utk menggantikan koma dlm ~ perpuluhan di Indonesia; petanda, pertanda 1. tanda, alamat: pertumbuhan badan-badan kesatuan sekerja merupakan ~ baik bagi membela nasib pekerja-pekerja; 2. (Palembang) ark pemberian ketika bertunang; penanda apa yg digunakan sbg tanda, sesuatu yg menandakan: lepaskan pula air dr dlm buret itu hingga sampai pd paras kertas ~ tabung uji kosong ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |