Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
nyaring (adjektif)
1. Dalam konteks suara
bersinonim dengan keras dan terang, lantang, mersik, muluk, tinggi lagi merdu, nyarik, sonor, santer,
Berantonim dengan perlahan

2. Bersinonim dengan elok pendengaran: tajam pendengaran, lekas mendengar, telinga lintah,
Berantonim dengan pekak

Kata Terbitan : menyaringkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
peluitsj alat yg berbunyi nyaring apabila ditiup, siren: kedengaran deru jentera kereta api dgn ~nya yg nyaring; seorang anggota polis membunyikan ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
suara1 bunyi yg dikeluarkan dr mulut manusia spt pd ketika bercakap (bernyanyi dll): ~nya sungguh nyaring. 2 bunyi yg dikeluarkan oleh binatang atau oleh alat perkakas (spt radio, televisyen): Kedengaran ~ murai berkicau. 3 keinginan (pendapat, pernyataan bersetuju atau tidak) yg dikemukakan dlm mesyuarat dll: Dlm mesyuarat itu, ~ saya tidak dipedulikan sama sekali. Dia telah menang dgn mendapat ~ terbanyak. ~ latar a. suara lembut yg kedengaran mengiringi suara penyanyi utama. b. ulasan atau penerangan dlm sesebuah filem dokumentari, rencana dsb oleh penutur yg wajahnya tidak dpt dilihat. bersuara mengeluarkan suara; bercakap. menyuarakan mengatakan atau mengucapkan sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
suara 1 bunyi yg dikeluarkan dr mulut manusia spt pd ketika bercakap (bernyanyi dll): ~nya sungguh nyaring.Kamus Pelajar
laungsuara yg kuat (utk memanggil atau menyeru), suara yg nyaring; berlaung = ~ kata sl berucap dgn suara nyaring, berseru; melaung berteriak (memanggil, menyeru) dgn suara yg kuat: sambil memegang tangan adiknya, Ramli cuba ~ dgn sekuat-kuatnya; melaungkan 1. meneriakkan, memanggil­kan: ketika itu Wan Dah ~ supaya jangan dikejar perahu yg lari itu; 2. = melaung-laungkan menganjurkan (mengucapkan dsb) sehingga atau dgn cara diketahui umum, menyerukan: beliaulah yg selalu ~ peng­gunaan tong sampah; laungan panggilan, teriakan: ~nya itu didengar orang; pelaung 1. = gong ~ sl gong utk meng­himpunkan (mengerahkan, memanggil) orang; 2. = alat ~ alat utk membesarkan suara; sepelaung, sepelaungan sejauh yg boleh didengar teriakan orang, jarak yg agak dekat.Kamus Dewan Edisi Keempat
teriak1. teriakan; 2. Kd, Kl tangis; berteriak 1. berseru (memanggil dll) dgn suara yg keras dan nyaring, melaung, meme­kik: maka ~lah kawan bertanya, ‘Perahu dr mana ini?’; 2. Kd, Kl bp menangis; meneriak memanggil (menyeru, melaung) dgn suara yg keras dan nyaring: tiada berapa lama sampailah ia ke rumahnya, lalu Pak Pandir ~ Mak Andeh; meneriaki ark memanggil dgn berteriak; meneriakkan 1. menyerukan sesuatu dgn suara yg keras dan nyaring, melaungkan, me­me­kikkan: budak-budak berlarian ke kam­pung dan ke rumah ~ Nor sudah bebas; 2. menyerukan atau menawarkan (dgn ber­teriak): kedengaran suara penjaja itu ~ barang-barang dagangannya; 3. = meneriak-neriakkan menggembar-gemburkan (sesuatu fahaman dll), melaung-laungkan, mempropa-gandakan: semboyan yg diteriakkan dan ditulis oleh kaum Nazir terdapat di mana-mana; teriakan seruan dgn suara yg keras dan nya­ring (utk memanggil, menarik perhatian, dll), jeritan, laungan, pekikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
seru I; kata ~ a) kata utk memanggil; b) kata yg dikeluarkan dgn tiba-tiba (kerana kesakitan, terperanjat, dll); berseru 1. memanggil dgn berteriak (dgn suara nyaring): Mariam ~ dgn suara tinggi; 2. mempelawa, mengajak, menganjurkan: Presiden Park telah ~ kpd semua rakyat supaya bekerja dgn lebih kuat lagi; berserukan sl = menyerukan; menyeru memanggil, meneriak: pegawai itu ~ nama Salim; pesuruh Allah ~ manusia supaya mengenal Allah dan taat kpd Allah; menyerukan 1. meneriakkan atau meng­ucapkan sesuatu dgn nyaring: seorang pe­gawai yg berpakaian hebat telah ~ suatu titah drpd yg maha mulia; 2. menghebahkan, mengkhabarkan, mengumumkan: keputus­annya akan diserukan kemudian; 3. meng­anjurkan atau mengusulkan (supaya): rencana yg ~ supaya ada kerjasama antara sastera­wan, wartawan, dan ahli sains Melayu sa­ngat menarik perhatian; 4. = menyeru-nyerukan mengheboh-hebohkan, meng­gembar-gemburkan; seruan 1. sesuatu yg diserukan, panggilan (dgn suara yg nyaring): ~ yg berapi-api dan pidato-pidato sahaja tidak akan memberi apa-apa manfaat; 2. anjuran, ajakan: Nabi mula-mula menyampaikan ~ Islam kpd orang yg hampir sekali dengannya; penyeruan perbuatan menyeru (menye­rukan): Abu Talib telah memberi sepenuh­-penuh sokongan kpd Rasulullah dlm ~nya itu; penyeru 1. ark seruan; 2. orang yg menyeru atau menyerukan, juruhebah.Kamus Dewan Edisi Keempat
kuat1 bertenaga utk membuat kerja dll; tegap tubuh badannya; gagah: Badannya sihat lagi ~. Mana yg lebih ~, singa atau harimau? 2 hebat (bkn tiupan angin dll); kencang; nyaring (bkn bunyi suara dll); tenat (bkn penyakit dll); teruk: Angin bertiup dgn ~nya. Suaranya semakin ~. Emaknya sakit ~. 3 tidak mudah rosak; tidak mudah putus atau tidak mudah pecah (bkn tali dll): kukuh; teguh; tahan: Baju ini ~ jahitannya. Tali itu ~, sukar utk memutuskannya. 4 ki tidak mudah berubah hati (pendirian dll); teguh (iman dll): Jika imanku tidak ~, sudah pasti aku menurut kemahuan mereka. 5 suka melakukan sesuatu (yg biasanya tidak baik) dgn banyak: ~ makan; ~ minum arak; ~ berjudi. berkuat bersungguh-sungguh; berkeras hati: ~ benar dia hendak melanjutkan pelajarannya ke luar negara. menguatkan 1 membuat sesuatu supaya menjadi kuat (teguh dll): Utk ~ badan, makanlah ubat ini. 2 mengeraskan bunyi (suara dll): Kerana anaknya masih berdegil, dia telah ~ suaranya. memperkuat menjadikan lebih kuat: Dia ~ ikatan pd berkas kayu itu sebelum mengangkatnya. kekuatan 1 tenaga; daya: Umurnya beransur tua dan ~nya pun makin berkurang. 2 keadaan kuat; keteguhan; kekukuhan: Kita hendaknya janganlah mengecil-ngecilkan ~ pihak musuh. penguatan perbuatan atau hal menguatkan. penguat orang atau sesuatu yg menguatkan. sekuat 1 sama kuatnya dgn: Kassim tidak ~ abangnya. 2 = sekuat-kuat dgn sedaya upaya; dgn sepenuh tenaga: Budak itu menjerit ~ hatinya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tawaperbuatan melahirkan rasa suka (dgn suara terkekeh-kekeh dll): kuat sungguh bunyi ~nya; ~ orang-orang yg sedang berseloroh itu kedengaran lagi; Tuan Haji Fuad men­dengar deraian ~ ratusan muridnya; tertawa melahirkan rasa suka (senang hati) dgn suara terkekeh-kekeh, gelak, tergelak: kemudian ia ~ kuat-kuat; ~ kecil ketawa yg tidak kuat; ~ besar = ~ ter-bahak-bahak ketawa dgn keras dan nyaring; mentertawai 1. tertawa terhadap; 2. meng-hina, mengejek; mentertawakan 1. ketawa (tertawa) akan sesuatu, menggelakkan: murid-murid turut ketawa, walaupun tidak mengetahui apa yg ditertawakan oleh gurunya itu; 2. tertawa terhadap sesuatu: dia ditertawakan kerana kelucuannya; 3. tertawa kerana melihat se-suatu, mengejek, mencemuh: Fakar ~nya menjadikan hatinya semakin marah; dia memutuskan tidak akan lari kerana takut ditertawakan orang dan jadi giatan seumur hidup; tertawaan bahan ketawa: kelakuannya yg kebudak-budakan itu menjadi ~ orang; ketawa tawa; mengetawai mentertawai; mengetawakan mentertawakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
lembap1. masih basah (mis tuala, tanah, dll), tidak kering: kain baju yg dijemur itu masih ~; jalan masuk ke kedai itu ~ dan becak; 2. tidak rancak (suara, bunyi-bunyian, dll), tidak nyaring, kendur, tawar; 3. lambat atau kurang mencapai kemajuan (dlm pelajaran), tidak cerdas, lemah, lembam: Salimlah satu-satu­nya budak yg ~ dlm pelajaran, tetapi dia petah bercakap; jika peruncit membeli keluaran yg tidak diminati oleh para pelanggan, perniagaannya akan mengalami masalah jualan yg ~ dan mengalami kerugian; melembap menjadi lembap (kulit dsb): peringkat penjagaan kulit, iaitu membersih, menyegar dan ~; melembapkan menjadikan (menyebabkan) lembap: tanah yg terlalu kering perlu dilembap­kan terlebih dahulu; lembapan sesuatu (bahan dsb) yg lembap; kelembapan 1. perihal lembap (tidak kering): kabusnya tebal kerana ~nya tinggi; 2. perihal lambat atau kurang mencapai kemajuan, perihal lembap (tidak cerdas, lemah, lembam), kelemahan, kelembaman: ~ industri perikanan di negara ini mula dikesan pd awal tahun 1980-an; pelembapan perihal (tindakan dsb) menjadi­kan lembap: pertama pembersihan, penyegar­an dan ~ muka; pelembap (bahan dsb) yg melembapkan (kulit dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
sayu1. = ~ rawan = ~ rayu perasaan sedih (pilu, gundah, hiba, dll): hatinya mengkal bercampur ~; ia selalu merindui anak itu dgn ~ rawan; 2. tidak berseri (mata), kuyu, muram atau suram (muka): matanya layu, pemandangan ~; 3. tidak nyaring (suara), lembut dan menyedihkan; bersayu-sayu sedih (suara dll), sedih benar: dia merayu ~; menyayu menjadi sayu (sedih dll): tangan-nya meraba-raba perutnya yg sakit itu dan suaranya ~; menyayukan menyebabkan jadi sayu (sedih, hiba, dll), menyedihkan, menghibakan: Lamah memeluknya dgn ratapan yg ~, suaranya hampir tidak dapat didengar; kesayuan perihal sayu (sedih, pilu, dll), kesedihan, kepiluan: masa utk berpisah sudah tiba, dan mereka pun berpeluk-peluk ~; aku juga merasai ~ yg dirasai oleh mereka itu; penyayu orang yg mudah berasa sayu: dia seorang gadis yg ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas