pemacu sumber(source drive) | Pemacu cakera yang memegang cakera data sumber yang ingin disalin. | Kamus Komputer |
kod sumber(source code) | 1. Suruhan dalam bahasa pengaturcaraan yang dihasilkan oleh pengatur cara komputer. 2. Kod yang terkandung dalam atur cara sumber. | Kamus Komputer |
dokumen sumber(source document) | Dokumen asal yang merupakan sumber bagi suatu data. | Kamus Komputer |
cakera sumber(source disk) | 1. Cakera yang memegang fail atau data yang ingin disalin. 2. Cakera yang merupakan sumber data yang sedang digunakan. | Kamus Komputer |
sumber maklumat(information source) | Sumber yang mengeluarkan maklumat. | Kamus Komputer |
sumber data(data source) | Peranti dalam sistem penghantaran data yang merupakan tempat punca data dijanakan atau dikeluarkan. | Kamus Komputer |
atur cara sumber(source program) | Atur cara dalam bahasa pengaturcaraan yang telah disiapkan oleh pengatur cara untuk disusun oleh komputer. | Kamus Komputer |