Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata padi nya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
jerami1. batang padi yg sudah kering yg padi­nya sudah dituai; 2. urat yg terdapat di celah-celah isi nangka.Kamus Dewan Edisi Keempat
tugalbatang kayu dll yg tajam hujung­nya utk membuat lubang di tanah yg akan ditanami padi dll: padi ~ padi yg ditanam di tanah kering; padi huma. menugal membuat lubang dgn tugal di tanah kering utk menanam padi, jagung dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
padi I1. sj tumbuhan (rumput yg buahnya dijadikan beras), Oryza spp.; 2. buah pokok padi; ~ bendang (paya, sawah) padi yg ditanam di tempat yg berair; ~ berat (dalam, lambat) padi yg lama baru berbuah, padi yg lambat berbuah; ~ berdukung padi yg kembar buah­nya dan dianggap bertuah; ~ bibit padi yg bakal disemai; ~ bukit (gogo, huma, ladang) padi yg ditanam di tempat yg tidak berair; ~ burung sj tumbuhan (rumput) yg biasanya tumbuh di sawah, Echibochloa crusgalli; ~ cerai padi yg cepat berbuah dan kecil-kecil buahnya; ~ kernap padi semaian utk meng­gantikan pokok yg mati; ~ ketam padi pulut; ~ kunca peminjaman wang oleh petani dgn perjanjian akan dibayar dgn padi apabila masak nanti; ~ lekas (radin, ringan) padi yg cepat berbuah; ~ Mahsuri sj padi kacukan (antara padi dr Taiwan dgn padi dr Kedah) yg menghasilkan tanaman dua kali setahun; ~ Malinja sj padi kacukan (antara padi Malay­sia, India dan Jepun) yg menghasilkan biji padi yg besar; ~ pulut (sipulut) padi yg berasnya melekat-lekat (biasanya dibuat penganan dll); ~ rambai Kd sj padi yg panjang, berwarna putih (tidak lagi ditanam sekarang); ~ usang a) padi yg lama tersimpan; b) Kl orang tua yg berpengalaman banyak; ~ dikebat dgn daunnya prb mengusahakan sesuatu tidak dgn modal lain tetapi dgn bahagian usaha itu jua; ~ masak jagung mengupih prb keuntungan yg diperoleh dgn berlipat ganda; ~ segenggam dgn senang hati, lebih baik drpd ~ selumbung dgn bersusah hati prb kesenangan hati lebih berharga drpd kekayaan; ~ sekepuk hampa, emas spt loyang, kerbau sekandang jalang prb perihal seseorang yg nampaknya kaya tetapi sebe­narnya miskin; ~ selumbung dimakan orang banyak prb hiburan kpd isteri drpd seorang suami yg beristeri lebih drpd satu; ~ setangkai bernas semuanya prb keluarga yg bahagia dan beruntung semuanya; baik membawa resmi ~, jangan membawa resmi lalang = spt buah ~, makin berisi makin rendah, jangan spt lalang, makin lama makin tinggi = spt ilmu ~ kian berisi kian runduk prb semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong); bukan tanahnya menjadi ~ prb bukan tampannya akan jadi orang baik-baik; jika ada ~, tentu ada hampanya = jika ada ~ berhampalah, jika ada hati berasalah prb siapa yg berasa tersindir, dialah yg berbuat sbg yg disindirkan itu; jika kasih akan ~, buangkanlah akan rumput prb jika kasihkan anak isteri, berhentikanlah drpd mengasihi orang lain; menyisip ~ dgn bilalang (lalang) prb mencam­purkan yg baik dgn yg jahat, akhirnya musnah­lah yg baik itu; spt ~ hampa, makin lama makin mencongak prb orang sombong yg tidak berilmu, makin lama semakin tinggi cakapnya; tak ada ~ yg bernas setangkai prb tidak ada sesuatu yg sempurna segala-galanya; berpadi 1. mempunyai padi; 2. bertanam (bersawah, berladang) padi; musim beremas kemas, ~ menjadi prb orang berharta dapat mencapai apa yg dikehendakinya; padi-padian segala tumbuhan (rumput) jenis padi.Kamus Dewan Edisi Keempat
tuai Ipisau pemotong padi, pengetam, ani-ani; bertuai (telah) dipotong dgn tuai: masih banyak lagi padi yg belum ~; menuai memotong padi dgn tuai, mengetam (padi): petani-petani di sini menanam padi dlm bulan Oktober dan ~ atau mengetam­nya dlm bulan Februari; bagaimana di­tanam, begitulah dituai prb tiap-tiap per­buat­an akan mendapat balasan yg wajar; tuaian yg dituai, hasil menuai: kerajaan telah menetapkan harga padi sebanyak RM16 sepikul bagi padi ~ pertama; penuaian perihal menuai, pengetaman: ~ padi musim ini sudah dimulakan; penuai 1. alat utk menuai (padi), ani-ani, pengetam, tamin; 2. orang yg menuai.Kamus Dewan Edisi Keempat
padi berdukungpadi yg kembar buah­nya dan dianggap bertuah;Kamus Dewan Edisi Keempat
menuaimemotong padi dgn tuai, mengetam (padi): petani-petani di sini menanam padi dlm bulan Oktober dan ~ atau mengetam­nya dlm bulan Februari;Kamus Dewan Edisi Keempat
ambur IIBr tabur, hambur; padi ~ sj padi yg ditanam secara dihambur atau ditabur benih-nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
hampa1 tidak berisi (bkn padi); kosong: Padi yg ~ itu dibuangnya. 2 tidak berjaya mencapai cita-cita; kecewa; gagal; sia-sia: Akhirnya, pd 17 Januari 1912, pasukan Kapten Scott itu pun sampailah di Kutub Selatan dan alangkah ~nya mereka kerana bendera Norway telah sedia berkibar di situ. menghampakan 1 membuat menjadi hampa; mengosongkan. 2 menyebabkan berasa hampa atau kecewa; membiarkan pulang dll dgn tangan kosong (tidak berhasil dll); mengecewa­kan: Dia meminta maaf kerana telah ~ harapan ayahnya. kehampaan keadaan atau perasaan hampa; kekosongan; kekecewaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hampa1. tidak berisi (bkn padi); kosong: Padi yg ~ itu dibuangnya. 2. tidak berjaya mencapai cita-cita; kecewa; gagal; sia-sia: Akhirnya, pd 17 Januari 1912 pasukan Kapten Scott itu pun sampailah di Kutub Selatan dan alangkah ~nya mereka kerana bendera Norway telah sedia berkibar di situ. menghampakan 1. membuat menjadi hampa; mengosongkan. 2. menyebabkan berasa hampa atau kecewa; membiarkan pulang dll dgn tangan kosong (tidak berhasil dll); mengecewakan:Dia meminta maaf kerana telah ~ harapan ayahnya. kehampaan keadaan atau perasaan hampa; kekosongan; kekecewaan.Kamus Pelajar
jahitmenyambung sesuatu (kain dll) dgn menggunakan jarum dan benang; jenis-jenis­nya: ~ cengkam; ~ bunga padi; ~ lubang; ~ sang­kut; ~ silang pangkah; tukang ~ = penjahit; berjahit (telah) dijahit: sehelai kain sarung yg belum ~; dua helai kain putih yg sudah siap ~; menjahit 1. menyambung sesuatu (kain dll) dgn menggunakan jarum dan benang: dia tidak biasa ~ dgn menggunakan mesin jahit; 2. membuat pakaian: kakak sedang ~ pakaian utk hari raya; jahit-menjahit pekerjaan menjahit (mem­buat pakaian dsb): dia membuka sebuah sekolah ~; menjahitkan 1. menjahit utk orang lain: Aminah ~ adiknya baju; 2. menjahit sesuatu dgn (sesuatu) yg lain: dia ~ lengan baju itu dgn bahagian badannya; jahitan 1. cara menjahit; 2. benda yg dijahit; 3. hasil menjahit; penjahitan perbuatan (kerja) menjahit; penjahit 1. orang yg kerjanya membuat pakaian, tukang jahit; 2. jarum yg digunakan utk menjahit.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910

Kembali ke atas